script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Yayasan Pahang Belanja RM1.2 bilion Untuk Biayai Pendidikan


KUANTAN - Yayasan Pahang membelanjakan kira-kira RM1.2 bilion untuk membiayai biasiswa, pinjaman dan program pendidikan, sukan, kebudayaan serta kemasyarakatan dalam membantu menggerakkan mobiliti sosial di negeri ini sejak 1983.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelbagai program itu memberi manfaat kepada 1.5 juta penerima mencakupi segenap lapisan masyarakat di semua penringkat pendidikan dan latihan.

“Sejak dahulu kepemimpinan kerajaan negeri memikirkan bahawa pendidikan itu penting. Sesebuah negeri yang ingin maju, pendidikan kita letak di tempat pertama.

“Rakyat perlu berilmu kalau ingin majukan negeri, sebab itu kerajaan negeri mencari ruang dan peluang bagi memastikan penduduknya mendapat pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Parlimen Kuantan oleh Yayasan Pahang dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Pahang di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Nawawi; Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Shariff; ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dan Pengerusi Penyelaras Program, Datuk Seri Abd. Hamid Nazahar.

Seramai 2,904 pelajar dari 30 buah sekolah menengah di Parlimen Kuantan menerima BSM melibatkan implikasi kewangan lebih RM871,000 yang merupakan bayaran penggal kedua bagi tahun ini berjumlah RM300 seorang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.