script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Lelaki Nigeria Di Dakwa Bunuh Ketua Jururawat !


SEPANG - Seorang lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian keatas Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, di sebuah unit Kondominium Third Avanue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, telefon bimbit, televisyen litar tertutup (CCTV) dan laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu dalam mahkamah sama, dua lagi rakan tertuduh iaitu lelaki warga Pakistan Rasool Ghulam, 38, dan wanita Nigeria Cletus Helen Eboh, 35, yang ditahan berkaitan kes itu dibebaskan selepas mahkamah memberikan jaminan bon masing-masing RM11,000 dan RM13,000 kepada mereka.

Pada masa sama mahkamah turut memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.