script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Air Katira, Sata, Puding Raja Juadah Berbuka Agong, Permaisuri


KUANTAN - Air katira, sata, puding raja, murtabak dan pulut panggang antara juadah yang dibeli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bazar Ramadan Mahkota Square di sini, hari ini.

Baginda yang berkenan mencemar duli untuk berbuka puasa bersama rakyat Pahang di Padang MPK di sini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di bazar itu pada 6.50 petang.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan barisan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah seterusnya berkenan ‘meronda’ bazar Mahkota Square selama hampir 15 minit untuk membeli juadah berbuka selain bertanya khabar peniaga dan pengunjung bazar, yang semuanya kelihatan teruja melihat kelibat baginda berdua.

Baginda berdua kemudiannya berkenan berbuka puasa di padang MPK 1 yang terletak bersebelahan bazar itu, yang merupakan tradisi tahunan pasangan diraja itu sejak dahulu pada setiap kali bulan Ramadan.

Sementara itu, peniaga sata Safiuddin Omar, 27, dari Kota Bharu, Kelantan mengakui agak terkejut apabila Al-Sultan Abdullah berkenan membeli sata dan pulut panggang jualannya, kerana kedudukan gerainya yang berada di barisan akhir.

"Tergamam juga apabila tuanku berada di depan kerana ini kali pertama saya menerima pelanggan diraja walaupun sudah tiga tahun berniaga di sini. Mungkin rezeki saya hari ini, tuanku berkenan membeli kerana sebelum ini saya hanya mendengar rakan-rakan peniaga dapat bertemu tuanku.

"Lebih seronok kerana mengetahui sata yang merupakan resepi keluarga saya menjadi sebahagian daripada juadah berbuka tuanku berdua untuk hari ini," katanya yang sudah mengusahakan perniagaan itu selama lima tahun.

Peniaga air, Khairul Afendi Mohamed, 31, berkata Al-Sultan Abdullah berkenan membeli air katira, air kelapa, teh susu dan jus durian belanda di gerainya.

"Baginda juga ramah... sempat bertanya khabar dan ingin tahu bagaimana perniagaan pada kali ini sementara menanti saya membungkus air. Agak gemuruh juga tapi saya pura-pura tenang sahaja," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.