script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lihat Kesan Menyeluruh, Cadangan Kenali Subjek Agama Lain !


KUANTAN - Cadangan memperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti perlu dilihat secara menyeluruh serta berdasarkan sentimen masyarakat Islam pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, cadangan itu bukan sahaja perlu dilihat kesannya terhadap bidang pendidikan tetapi sosial masyarakat negara ini.

“Bukan setakat kesan pendidikan sebab masyarakat pada hari ini agak sensitif tentang pekara ini. Sama ada mereka bersedia atau tidak.

“Contohnya pendidikan seks, ini satu subjek yang wajar kita ajar tetapi sama ada masyakat bersedia atau tidak. Ini antara isu yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memasak Bubur Lambuk Q-Fish dan Promosi Jualan Ikan di Pasar Nelayan Sepat di sini hari ini.



Beliau mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya kerajaan memperkenalkan mata pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Presiden MBM, Jufitri Joha dilaporkan berkata, mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memberi peluang kepada pelajar memahami agama lain.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak pelbagai pihak termasuk Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beranggapan masih ramai pelajar muslim di negara ini gagal memahami serta mengaplikasikan ilmu agama Islam yang sepatutnya diajar di alam persekolahan.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.