script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak


TEMERLOH - Jumlah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka mencecah sebanyak 1.6 juta sepanjang sembilan hari musim perayaan tahun ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Secara purata jumlah kenderaan yang melalui KLK adalah 108,000 buah pada hari biasa dijangka meningkat kepada 179,000 buah manakala di LPT1, 48,000 kenderaan pada hari biasa dijangka meningkat kepada 76,600 kenderaan sehari.

"Bagi menghadapinya jumlah peningkatan itu, cadangan waktu perjalanan (TTA) akan dikeluarkan bagi mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak selain melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.

"Kami juga akan memberikan diskaun tol yang akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian, melakukan rondaan trafik dan fasiliti, menambah 17 hingga 24 peratus kakitangan serta mendapatkan bantuan dari pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.

Nik Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada program Berkongsi Barakah Ramadan iaitu edaran pek buah kurma dan juadah iftar kepada pengguna LPT1 di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia Datuk Sr Aziz Abdullah.

Menurut Nik Fauzi, Anih Berhad meneruskan tradisi tahunannya pada bulan Ramadan dengan mengedarkan edaran pek buah kurma dan juadah iftar secara percuma kepada pengguna di dua lebuh raya konsesinya.

Nik Fauzi berkata edaran pek buah kurma yang bermula pada 17 Mei hingga akhir Ramadan dilaksanakan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak menjelang waktu berbuka puasa.

Edaran secara percuma juadah iftar yang mengandungi set lauk, nasi, air mineral dan kurma pula dibuat menerusi kaunter pandu lalu khas bermula pukul 5.30 petang hingga 7.30 petang di R&R Genting Sempah, Temerloh dan Gambang arah timur.

Nik Fauzi berkata sumbangan tahun ketiga itu melibatkan 11,000 pek buah kurma percuma dan 2,500 pek juadah berbuka itu juga merupakan tanda penghargaan mereka kepada pengguna dua lebuh raya itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.