script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Faiz: Nga Kor Ming Perakui Idea Hebat Najib Wujudkan MCKIP


KUANTAN - Kenyataan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berhubung pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng di sini jelas memperakui idea hebat penubuhannya oleh kerajaan terdahulu.

Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, selaku penduduk di Indera Mahkota, beliau berterima kasih kepada Kor Ming dan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kerana mengakui MCKIP mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.

“Kenyataan terbaharu Kor Ming ini ternyata memperakui idea hebat kerajaan terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia baharu kerana sanggup membuat pusingan ‘U’ demi negara kerana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka memfitnah kerajaan terdahulu kononnya projek MCKIP ini akan menjual negara kepada China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Semalam, Kor Ming selepas lawatan kerjanya ke MCKIP dilaporkan berkata, MCKIP merupakan lambang persahabatan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan model kerjasama itu berpaksikan kepada formula menang-menang kepada kedua-dua negara.

Alliance Steel juga menurut Kor Ming, merupakan pelabur terbesar di MCKIP dan setakat ini telah membawa masuk dana pelaburan berjumlah RM12 bilion serta lebih 3,000 daripada 5,000 pekerjanya adalah rakyat tempatan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.