script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahathir: Duit Raya Peneroka Felda Belum Di Muktamadkan !


PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum memuktamadkan pemberian insentif khas Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) walaupun berbaki seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam di seluruh negara meraikan perayaan itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu dan meminta persoalan berhubung pemberian 'duit raya' itu dirujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Ada ke? Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita dah bagi dah sebelum ini tetapi tak tahulah mereka (peneroka Felda) pegawai kerajaan ataupun tidak. Kena tanya Azmin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2019 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada masa sama, Mahathir berkata, pemberian bayaran insentif khas itu juga tidak menjadi sebahagian daripada agenda perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

"Kita tidak bincang tentang Felda (dalam mesyuarat ini) tetapi kita telah bincang mengenai Felda banyak kali dalam forum lain dan kita mempunyai cadangan-cadangan tertentu untuk memperbaiki keadaan di Felda," katanya.

Kerajaan pada tahun lalu mengumumkan bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada kira-kira 100,000 peneroka Felda dan peserta Felcra di seluruh negara.

Kosmo! Online melaporkan, kira-kira 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara dihimpit kerisauan apabila hajat mereka untuk memperoleh insentif ataupun duit raya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri masih belum menampakkan sinar. 

Susulan kebimbangan itu, Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) yang mewakili suara hati kumpulan peneroka di seluruh negara tampil mendesak kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi permintaan mereka bagi memastikan sambutan raya pada tahun ini lebih bermakna.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara, susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.

Azmin dilaporkan berkata, kerajaan tidak berupaya memberikan sebarang janji dalam mengumumkan ‘duit raya’ kepada peneroka seperti amalan yang dilaksanakan sejak 2011 bagi memastikan setiap perbelanjaan menepati matlamat jangka panjang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.