script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Di Jangka Berdebat Dengan Kit Siang Selepas Ramadan !


MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan debat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, maklumat berkenaan debat termasuk tajuk, syarat perdebatan, tarikh, masa dan tempat akan dibincangkan bersama beberapa pihak yang terlibat dalam tempoh terdekat. 

"Insya-Allah kita akan tentukan tarikh, saya minta lepas Ramadan ini, tidak mungkin kita hendak berdebat dalam bulan Ramadan pula.

"Tarikh, tempat dan kaedahnya akan ditentukan tapi yang pasti debat itu akan tetap diadakan," katanya.

Najib ditemui selepas menghadiri majlis Iftar Jamaie di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Klebang di sini tadi. 


Turut hadir hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.

Terdahulu, dalam laporan sebuah portal hari ini, Najib mengeluarkan kenyataan mencabar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk berdebat.

Najib berkata, beliau bersedia mengadakan “apa saja” perdebatan gaya bebas dengan Kit Siang, selepas pemimpin kanan DAP itu menyerang secara terbuka mengenai frasa "Malu Apa Bossku" yang didakwa melanggar prinsip Rukunegara, baru-baru ini.

Pada Julai tahun lalu, Kit Siang turut mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Kleptokrasi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.