script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Politik Kenang 'Kepantasan' Almarhum Sultan Ahmad Shah


KUANTAN - Kepantasan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menyantuni rakyat akan menjadi kenangan terindah wakil rakyat Pahang yang berpeluang menyaksikan sendiri kebaikan peribadi baginda.

Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen berkata antara kenangan paling tidak boleh dilupakannya bersama almarhum ialah semasa tragedi kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands pada Ogos 2013.

"Saya dimaklumkan almarhum segera bertolak dari Kuantan untuk bertemu dengan mangsa dan keluarga mereka. Baginda berangkat ke lokasi kejadian hanya beberapa jam selepas kemalangan berlaku.

"Di lokasi, baginda menitahkan supaya semua bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa disegerakan. Saya sebagai Anggota Dewan Negeri (ADUN) Ketari semasa itu, tahu perlu belajar satu dua perkara daripada sikap keprihatinan almarhum," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi tadi dan jenazahnya akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor esok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata almarhum merupakan bukti slogan 'raja dan rakyat berpisah tiada' disebabkan sifat pemurah baginda membantu rakyat, tanpa mengira masa.

"Pernah terjadi kebakaran di Sekolah Menengah Datuk Bahaman di Lanchang, almarhum bergegas berangkat dan berkenan meluangkan masa selama hampir empat jam bertemu dan menenangkan pelajar.

"Baginda enggan pulang selagi tidak melihat bantuan sewajarnya diberikan kepada pelajar. Itu antara kenangan saya dengan almarhum yang memang tidak dapat dilupakan," katanya.

Keperibadian almarhum juga diakui ADUN Pulau Tioman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang kemangkatan baginda dimuliakan pada bulan Ramadan.

Bagi ADUN Beserah Andansura Rabu, beliau menyifatkan kemangkatan almarhum sebagai kehilangan besar kepada Pahang kerana keperibadian baginda yang sangat dekat di hati rakyat.

"Pada 2013, ketika Beserah dilanda banjir, almarhum adalah antara insan pertama yang hadir ke kawasan berkenaan bagi bertemu dengan penduduk yang terjejas," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.