
PEKAN, 22 Sept - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharin menegaskan beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup unutk mengesahkan penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes cincin RM24 juta. "Saya punyai bukti biarpun pihak-pihak berkenaan cuba memadamkannya", kata beliau yang juga popular dengan nama Chegubard. Beliau berkata demikian dalam ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Markaz PAS, Felda Chini 3 di sini malam tadi. Menurut Chebgubard lagi, beliau hairan dengan sikap UMNO dan media arus perdana yang cuba memesongkan minda dan menipu rakyat. "Mereka keluarkan cerita kononnya mencabar saya supaya membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Padahal saya sudah pun pergi ke pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum itu lagi. Bukankah ini menunjukkan kebodohan mereka", kata Chegubard. Beliau turut menafikan yang dia membawa cerita fitnah dalam hal itu. Cuma katanya media cuba memutar belit kononnya dia sengaja mahu memalukan isteri Perdana Menteri. "Saya dedahkan kerana kebenaran, jika tidak kenapa pihak berkenaan bergegas ke KLIA dan menyoal siasat pegawai yang bertanggungjawab tehadap kemasukan cincin tersebut. Jika ia fitnah sudah pasti mereka tidak tergesa-gesa dan kelam-kabut menutup bukti-bukti berkenaan. Mujurlah saya sempat meramkan gambar pada skrin komputer pihak kastam di KLIA sebelum rekod itu dipadamkan oleh pihak berkenaan. Mereka ubah cerita kononnya cincin dibawa ke sini untuk pameran dan kemudian dibawa ke Singapura. Mereka cuba memesongkan fakta selepas gusar dengan pendedahan yang saya telah pun saya lakukan", kata Chegubard.
Chegubard juga telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65 juta juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedahkan. "InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah", katanya. Yang menarik ingin diangkat oleh beliau ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku. Menurut Chegubard, pada tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS yang hanya menang dengan majoriti sekitar 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai-ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai-ramai orang-orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Parlimen Pekan. Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah "sudut" Pekan sudah jadi asing bagi penduduk asal di Pekan kerana kehadiran mereka ini.
[Cuma sepatutnya semalam, Chegubard mengedarkan risalah cincin cincin berlian RM24.45 juta yang ada kaitanya dengan Rosmah Mansor. Kata beliau, seharusnya risalah itu mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' barulah mereka mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak. Apapun, Chegubard dijangka akan turun lagi ke Pahang pada bulan Oktober ini di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang di Jalan Beserah. Syabas kami ucapkan kepada "anak-anak muda" yang terus mendepani arus perubahan rakyat].






Pada mulanya, Dr Brian Leslie McDonald dari Australia mahu dijadikan senjata utama untuk ‘melumpuhkan isu Lelaki Y dan air mani Anwar’, namun akhirnya, saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti dan bahan lawak dalam mahkamah.
BalasPadamSemasa prosiding pagi ini, Dr McDonald dilaporkan terpaksa menunjukkan sijil-sijilnya kepada mahkamah untuk menunjukkan beliau merupakan seorang saksi yang berkredibiliti.
Usaha terdesak menunjukkan sijil-sijil itu terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan McDonald bukan seorang pakar yang melakukan uji kajinya sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya melakukan analisis berdasarkan teori.
Nampak remeh, tetapi jika sampai peringkat terpaksa bawa beg besar semata-mata untuk tunjuk sijil-sijil di mahkamah dan bukannya bukti analisis untuk mematikan hujah pendakwa, itu sudah termasuk dalam kes lawak jenaka.
Namun, hakikat yang belum dapat disangkal hingga kini, McDonald bukan seorang specialist(pakar) tetapi beliau hanya seorang consultant(perunding).
Pendakwa turut berjaya membuktikan di Brunei dan negaranya sendiri, Australia, di mana dalam mahkamah di kedua-dua negara itu telah menolak keterangan McDonald kerana beliau didapati tidak pakar dalam bidang yang diperkatakan.
Keadilandaily melaporkan dalam sesi pagi tadi Ram Karpal bertanya kembali kepada McDonald adakah kerana beliau hanya menjalankan ujian dan analisa terakhir pada tujuh tahun lalu yakni pada tahun 2004 akan menjejaskan kepakarannya, saksi keempat pembela itu berkata beliau tidak menjalankan ujikaji dengan tangannya sendiri, namun beliau mendakwa melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.
Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itu tidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.
Semasa sesi soal balas saksi keempat itu, Keadilandaily melaporkan Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang dikatakan ketawa kecil sepanjang sesi soal balas itu.
Malah portal organ PKR itu turut mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Mohd Yusof turut ketawa kecil apabila melihat gelagat Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang.
Mohd Yusof dilaporkan masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.
Begitu juga dengan sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.
Kenapa tingkah laku peguam Anwar itu menjadi bahan lawak umum ?
sbb nak sedap hati pemimpin umno dan puak2 umno...
BalasPadamanon 534....itu blum lawak lagi,yg ni baru rajalawak,ahli kimia malaysia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditingalkan 48jam secara terbuka,sebagai pernemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai,blh masuk guiness book of rekod,ahli kimia kat malaysia ni,malaysia boleeeeeh...dlm masa 56jam disimpan secara terbuka,lepas tu diserah kpd ahli kimia 2hari kemudian,masih blh menemui sampel DNA dgn baik...pelik bin ajaib malaysia ni....klau nk menipu pun berpada2lah....
BalasPadamBenda tak boleh, jadi boleh senua kat Malaysia.
BalasPadamPakar mana pun bawak kat sini semua kalah, tarikh Tivoli villa masa kejadian pertama dulu pun boleh terkebelakang, satu dunia tahu ini hal. Kalau mahkamah lain2 negara kes macam ni dah dicampak dalam tong sampah jer, kat malaysia kena campak juga tapi kat Sg. Buloh la. Tak ada kes boleh jadi kes kalau lawan Amno.
Pakar dari negara orang putih boleh jadi gila kalau dipanggil untuk kes kes di Malaysia. Mereka yang mengajar ilmu ini pun tak pernah mereka buat apa yang Malaysia buat lebih lebih lagi mahkamah Malaysia. Nak buat camna PM mMalaysia memang muka tak tahu malu, tapi bila mahkamah panggil untuk sessi soal balas mereka kata nanti memalikan Malaysia. Pulak dah ! memang biawak bangsa melayu keturunan Amno.
DASI mungkin ke Sg Buloh lagi kerana mungkin keputusan dah lama ada ditangan Hakim. Bila DSAI masuk Sg Buloh nanti PRU pun berlaku.
BalasPadamTapi yakin dan percayalah bahawa selepas DSAI masuk Sg Buloh, maka akan berlumba-lumbalah harga barang turun, harga minyak turun dan kemungkinan TOL akan dihapuskan. Jadi janganlah susah dan gelana.
Pendek kata panjang cerita...
BalasPadamJangan lupa yang ini:
'Saya yakin dan saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Anwar memang seorang pengamal GAY dan terlibat dalam salahlaku moral - KARPAL SINGH.
Ini kes berat. harapkan sokong tapi sokong pula yang bakal membawa rebah. Tu la kalau nak cari peguam carilah yang bijak sikit. Ini entah2 mat saleh tak pas setara SPM. Otak anak guam dengan peguam sama otak belacan!
BalasPadamNi lagi kononnya pakar DNA. DNA apa? DNA kepala hotak gila Anwar ada la...
BalasPadamaku suka che gu bard ni..... dia mmg berprinsip
BalasPadamapa la korang ni..bising sana sini..masjid tak diamarahkan..last2 kambing lembu dok dalam masjid.peti besi kene rembat pun tak sedar.yang lain sibuk pilitik menghancurkan hati.bila kau cakap marah.kate takan dok masjid jer.yela kalau tak kita sapa lagi nak imarahkan masjid.masjid/surau ibarat hati bagi kampung.
BalasPadamHahahah seronok baca... Ya komen lagi komenn... Yang nyata negeri pahang ni apa dah jadi negeri yang hasil bumi perbagai dari emas ke biji besi balak .. Banyaklah sepatutnya makin kaya... Kalau tak pun adalah tempias2 untuk rakyat... Ni kita kena tempias bayar hutang kerajaan heheehhehe wajar ke, negeri yang disebut sebagai muflis dan negeri yang banyak berhutang.. Huhuhuhu ADAKAH SALAH UNTUK KAMI RAKYAT ATAU PRIBUMI PAHANG BERSUARA...CUBA MEMBANGKITKAN KESEDARAN UNTUK MENGUBAH NASIB KAMI... KAMI TIDAK BANYAK PILIHAN SELAIN MEMILIH PAKATAN RAKYAT YANG MENJANJIKAN KEHIDUPAN YG LEBIH SELESA DAN PERUBAHAN ... KAMI TAK KATA PR BAGUS ..SEBAB TU KAMI NAK BERI MEREKA PELUANG UNTUK MENERAJUI NEGERI PAHANG DAN MALAYSIA KHUSUSNYA BUKAN NAK BUAT EKSPERIMEN NI BUKAN LAB... CUMA KAMI BERFIKIRAN TERBUKA DAN BERANI MENCUBA.... -salam dari anak asli pekan
BalasPadamAnak asli pahang satu komen yg baik.. Tapi hati2 ... Ingatt hati2 takut nanti kena bom plak huhuhu
BalasPadamBerbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, atau mungkin tidak keterlaluan negara-negara lain di Asia atau mungkin dunia, Malaysia mengalami kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, Filipina, Myanmar, Bangladesh dsb. Sekiranya PATI-PATI yang berada di Malaysia ditawarkan dan diberikan pilihan untuk menjadi warganegara Malaysia, sudah pasti mereka akan melilih 'YA SAYA INGIN MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA'! Ini bermakna Malaysia lebih baik dan lebih 'mesra manusia'!
BalasPadamSeorang ulama terkenal Indonesia sendiri pernah berkata:
...'Mantan Presiden Sukarno semasa hayatnya telah gagal dalam impiannya untuk mengujudkan dan membangunkan satu acuan, satu negara dan bangsa Indonesia yang berdaya saing dan berdaya maju. Ya mantan presiden Sukarno ternyata gagal! Namun justeru Malaysia telah berjaya meneruskan impian itu dengan pencapaian dan polisi yang begitu dinamik dimulai daripada era Dr Mahathir dan tampak bakal diteruskan kesinambungannya oleh PM Malaysia Najib Rajak. Maka saya sebagai rakyat negara berjiran dan serumpun, amat berbesar hati dan sepantasnya bangga. Maka saya menyeru kepada semua rakyat Indonesia yang nongkrong dan mencari makan di bumi Malaysia, jangan berbuat onar yang bakal merugikan diri sendiri. Kita sepantasnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk turut mengecapi nikmat keberhasilan Malaysa...'!
Moralnya di sini adalah...
Lu fikir la sendiri...!
Saturday, September 24, 2011 8:39:00 AM
Anonymous Anonymous said...
Apa kata Badut Anwar Bin Ibrahim?
Dia dengan angkuh bagai lagak seekor kakaktua yang gah mendepang sayap sambil bertembang:
Poor Malaysia...
Ganyang Malaysia!
Apa punya warga Malaysia kayak begini?
Anwar itu kayaknya lebih berbahaya ketimbang onar Komunis dalam peristiwa Maret 11.
Gampang betul Jakarta nih...
BalasPadam