script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Perbandaran Kuantan Di Gesa Bertimbang Rasa 'Menguatkuasakan Undang-Undang' Saman Parking Di Sekitar Kawasan Jalan Bank Kuantan !

KUANTAN, 9 Sept - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa supaya lebih bertimbangrasa terhadap mana-mana kenderaan awam yang diletakkan di Jalan Bank dekat sini. Ini kerana kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan dan tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk kemudahan orang ramai. Tindakan Penguatkuasa MPK mengeluarkan saman terhadap kenderaan kenderaan dikawasan terbabit amatlah mendukacitakan sebenarnya. Tambahan pula bagi kenderaan yang jelas tidak menghalang lalu lintas dan diletakkan secara teratur di kawasan itu. Amat malang bila mana, penguatkuasa MPK sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk menyaman kenderaan yang berada di situ tanpa mengambilkira situasi semasa. "Bayangkan, saya hanya masuk sekejap saja dalam bank untuk berurusan tiba-tiba bila keluar saja saman sudah dilekatkan pada kenderaan saya. Bukan saya tidak mahu meletakkan kereta di petak yang betul, masalahnya di kawasan ini kemudahan tersebut tidak mencukupi. Makanya saya duduk didalam kereta yang diletakkan diruangan bersebalah petak parkir berkenaan dengan harapan supaya tidak disaman. Seketika kemudian saya masuk sekejap ke dalam sebuah bank untuk mengambil wang dan terus berlari ke arah kenderaan saya. Namun, sungguh mengecewakan bila mana tidak sampai pun lima minit saya kembali, kelihatan penguatkuasa MPK sedang keluarkan notis saman parking".


Jalan Bank jadi tumpuan orang ramai kerana ia dipenuhi dengan deretan
institusi kewangan seperti HSBC, CIMB Bank, BSN dan juga Maybank

"Saya merayu dan mengatakan kawasan itu kekurangan parkir, makanya saya terpaksa letak seketika disitu sambil menunggu dalam kenderaan sebelum mengambil wang. Saya juga merayu agar diberi pertimbangan berdasarkan situasi lokasi tersebut", kata seorang kakitangan Kerajaan Negeri Pahang yang menghubungi kami. Beliau turut mengeaskan, sikap sombong peguatkuasa berkenaan amatlah dikesali dan akhirnya beliau terpaksa menjelaskan saman sebanyak RM20 atas urusan selama lima minit sahaja. Bukankah ia tersangatlah tidak adil dan cukup membebankan sebenarnya.

Penguat Kuasa MPK Perlu Lebih Bertimbang Rasa

Pihak MPK sewajarnya lebih bertimbang rasa kepada orang ramai dalam urusan saman menyaman ini sebenarnya. Mereka tidak boleh mengarahkan pegawai mereka sewenangnya mengeluarkan saman jika mana-mana kenderaan itu tidak menghalang lalu lintas atau diletakkan pada lokasi yang bersesuaian. Malah, tindakan MPK menggunakan kupon letak kereta bergores seperti sekarang juga jelas sekali satu langkah yang cukup membebankan orang ramai. Jika dulu, jika mereka berurusan untuk tempoh beberapa jam maka hanya resit berwarna kuning akan diletakkan pada kenderaan berdasarkan kepada jam tertentu. Tetapi sekarang, keadaannya berbeza bila kupon gores digunakan. Mereka terpaksa membayar harga satu jam biar pun hanya berurusan sekitar dua atau tiga minit sahaja. Malah, jika mereka terlewat untuk menukarkan kupon tersebut maka saman akan terus dikenakan biarpun hanya beberapa minit sahaja kelewatan tersebut. Ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat. Secara logiknya, tidak ada mana-mana pihak akan terus letakkan beberapa keping kupon untuk urusan yang mereka lakukan. Makanya, hanya sekeping dua yang diletakkan. Mereka tidak tahu berapa lama urusan tersebut boleh selesai. Masakan jika terlewat setiap jam mereka harus berlari ke kenderaan masing-masing untuk menukarkan kupon gores tersebut, Bayangkan jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan dan sebagainya. Di sinilah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat duit secara mudah sebenarnya. Mereka menjana kewangan dengan hanya mengenakan saman kepada kenderaan terbabit. Amatlah tidak adil bagi orang ramai terutamanya bagi mereka yang datang dari luar Kuantan dan tidak mempunyai kupon gores. Ini amat membebankan serta cukup menguntungkan pihak berkenaan semata-mata. Apaka ini adil namanya?.

[Paling mengejutkan, bilamana pihak MPK telah berpesta saman pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Begitu ramai Pegawai Peguatkuasa telah dikerahkan menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Kuantan (Terminal Makmur) semata-mata ketika mereka berurusan di kawasan Karnival Jualan yang terletak di situ. Bayangkan, malam raya pun MPK bertindak menyaman kenderaan. Bukankah ini amat zalim dan tidak berperikemanusiaan sebenarnya. MPK gagal membezakan hari biasa dengan hari peristiwa. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka juga berpesta saman pada hari persitiwa terutamanya ketika Karnival Jom Heboh TV3 berlangsung di bandar ini. Dengan lagak sombong dan tidak mempunyai timbangrasa Penguatkuasa MPK menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang disediakan. Sudahlah mereka mendapat untung daripada sewaan tapak dan permit berkenaan, mereka bebankan pula orang ramai dengan tindakan saman. Justeru itu, Kerajaan Negeri Pahang digesa memantau perkara ini kerana terdapat maklumat pihak MPK memaksa pegawai Penguatkuasa mereka mencapai sesuatu target untuk mendapatkan seberapa banyak saman setiap hari. Secara tidak langsung, ia menggalakkan pegawai terbabit menjadi begitu angkuh dan sombong apabila membuat tindakan. Ini semata-mata kerana mereka mahu mencapai target tertentu. Kami akan mendedahkan isu ini jika senario tersebut tidak berubah. MPK tidak perlu berseronok membawa kakitangan mereka melancong ke sana ke mari dengan rintihan rakyat. Jika ini terus berlaku maka Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang bakal dipersalahkan].
Share:

38 ulasan:

  1. entahlah kalau dilihat sekarang nih MPK seolah2 gila dan kemaruk dgn saman ni... seolah2 mereka ni robot tak de timbang rasa langsung, buruk benor MPK le nih weh, masuk paking jln dua tiga langkah toleh belakang dah kena sama...huh

    BalasPadam
  2. janji mashuk.mashuk.Apa yang menghairankan saya ialah kalau di kawasan bandar keluarkan saman walaupun lot parking tak cukup. apa citer nii. Kalau lot parking ada masakan pengguna tak mahu guna.Tapi saya gi Medan
    Selera Taman Sepakat takde tandas nape nape tak buat tandas. kan duit saman dapat banyak.Kesian. Kesian. Nak mengadu kat sape ye. Kalau buat lot parking kat Taman Sepakat kan o.k. Sambil dapat duit parking campur saman, 3 atau 4 bulan dah boleh buat tandas. Tapi. MALAS nak komen laa.

    BalasPadam
  3. bab duit payah sikit MPK nak bertimbang rasa.....pasal tgh sibuk nak buat bangunan baru....

    BalasPadam
  4. Wahai saudara ku yg budiman,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
    Janganlah salahkan dan fitnahkan MPK kerana kesalahan dan kelemahan serta kedegilan dan kebodohan kuno anda warga Kuantan.
    MPK diberikan tanggungjawap dan amanah utk mengurustadbir bandar ini dgn sebaik yg boleh.Tetapi masih ada orang macam anda dan PDO ini yg suka mempromosikan fitnah dan kebaikan yg pura pura kerana warga Kuantan yg disaman yg tidak peduli masalah letak kereta dibandar ini.
    Soalan saya kenapa tidak kemesin ATM diluar kwsn ini yg bersepah sepah,tetapi masih juga berurusan kekwsn itu...
    Atau kenapa sengaja mengada ngada kesitu utk keluarkan duit?? takde mesin lain dan bank lain(ada MEPS kan)ke...
    Wahai warga Kuantan yg masih berotak sempit dan tidak maju seperti pengadu dan PDO,jika tiada MPK..jadilah bandar ini macam COWBOY atau BANDAR AYAH dia!!!
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua.

    BalasPadam
  5. Wahai warga Kuantan,
    MPK buat bangunan baru bukan pakai duit saman parking,MPK menggunakan wang pinjaman Kerajaan Pusat bro!
    Buat bagunan baru pun untuk keselesaan warga Kuantan yg berurusan dgn MPK.
    Warga Kuantan sewajarnya bersama menyokong MPK dalam meningkatkan perkhidmatan bandar ini kearah lestari,bukan sengaja mengundur kebelakang ...fikirkan lah jika tiada sesiapa yg diamanahkan menguruskan sampah dan parkir dalam bandar ini..orang yg sombong macam anda sahaja yg tidak pedulikan kelestarian bandar ini..moh anda go to the jungle!

    BalasPadam
  6. ehhh bangunan yg sedia ada ni ok aje aku nengok...bila berurusan dgn bah2 dlm mpk tu, pejabat selesa aje, cuma tak lah namak mcm pejabat koporat...bilik ydp pun babpok lah besor nya...ruang menunggu pun boleh letak dlm 20 org pegawai...ruang bayor kat bwh tu pun comel dah...cuma bah lesen & penjaja yg kat psr borong tu mmg daif sikit rupa parasnya...kalau aku, upgrade office yg sedia ada aje...tak pyh nah gah2 buat pejabat menara baru.

    Tapi...selain dari bab2 saman parking ni, aku mmg tabik spring dgn kebolehan mpk mengurus kuantan...TAHNIAH...teruskan usaha & perbaikilah kelemahan

    BalasPadam
  7. sekali lagi aku nak ingatkan pada mpk..tong sampah besi antara dewan mat kilau ke kipsas tolong la alihkan dari laluan kenderaan.sangat merbahaya terutama waktu malam.tak sesuai letak diatas laluan kenderaan.banyak kali dah kenderaan langgar tong besi gedabak tu.cuma tak mati je lagi.takkan nak tunggu mati baru nak ubah.rasanya perlu cari tempat yang sesuai la.tlg la pikir sikit keselamatan pengguna jalan.jangan ingat nak mudah kerja jer.jgan sampai penduduk sini buat piket baru nak ubah..adios serios.

    BalasPadam
  8. banyak yer duit mpk nak buat wisma pulak.bagusla.tetapi rasanya kerajaan negeri patutnya buat perpustakaan baru di kuantan ni.sekadar pendapat sahaja.

    BalasPadam
  9. MPK perlu petimmbangkan penderitaan rakyat di kala harga barangan makin mahal. fikirkan mekanisme yang win2 situation. dengarnya berjuta keuntungan dari saman menyaman parking nih.

    BalasPadam
  10. bagi aku denda dan hukuman adalah untuk mendisiplinkan diri.kalau tidak jadilah kita gedebe jalanan.saya cadangkan kadar saman ditingkatkan kemungkinan pengguna lebih tambah berdisiplin.

    BalasPadam
  11. rasanya kalau kita seorang yang berdisiplin kenapa kita perlu menderita.menderita sebab nak bayar saman kerana melanggar undang2.kalau kita rasa susah pastikan kita beringat selalu.rancang perjalanan.waktu puncak memang parking penuh.naik moto/kereta tunggu dan sabar dapat la parking tu.kalau tiada parking saya akan balik.itu yang saya amalkan.tp ada jugak kene saman walaupun dah gores.tu yang saya hangin satu badan.rupanya saya yang tersilap guris tarikh hahahah.sendiri silap sendiri tanggung,kalau kita berbuat baik pada orang.mereka akan ingat kebaikan kita.warga kuantan.

    BalasPadam
  12. Janganlah malas nak parking jauh2 sikit.

    BalasPadam
  13. Wahai warga Kuantan...
    biasa la saman PMK tu...saya pun kena saman baru2 ni kerana terlebih masa, dah gores tapi masa terlebih pasal org sesak kat mydin, TAKDER KOMPROMI,padahal resit gores tu tebal lagi, baru guna 5 keping, patutnya minta la kita gores atas masa selebihnya, so,memang ada kuota saman..kena cukup kuota yang diberikan...betul tak MPK? Rasanya mmg MPK takkan mengaku, saya tahu cerita ni pasal ada member berhenti MPK krn tak tahan nak saman org utk mencukupkan kuota...klu tanya MPK mmg akan dinafikan sekeras2nya....

    BalasPadam
  14. kalau nak disiplin kan org lebih baik la MPK disiplinkan staff diorg dulu, kalau depan bank tu silap sikit je terus saman, tapi kalau kat depan mahkamah tiap tiap hari penuh kereta-kereta lawyer parking tanpa letakkan kereta mengikut lot-lot parking tp sekor penguatkuasa MPK @ polis pun datang saman sebab takut kena saman balik oleh lawyer-Lawyer ni, MPK buat kerja ada double standards(pilih bulu pelir) kakitangan atasan kuat makan rasuah.....buat kerja x de batu pelir.....

    BalasPadam
  15. Pakai kupon ni leceh la..guna meter elektronik..mcm kat Ipoh..tak perlu beli kupon..tak payah gores..terutamanya kami yg skali skala ke Kuantan..

    BalasPadam
  16. Saya percaya inilah cara atau kaedah yg paling mudah dan cepat bagi menampong tabong MPK. Sifat ehsan dari kebanyakan Penguatkuasa MPK tidak mampu diterjemahkan ketika berhadapan dengan pelanggan yang benar-benar memerlukan berurusan dengan intitusi kewangan disekitar Jalan Bank.Diharap pehak pengurusan yang berkaitan yang mana
    bertanggung jawab msecara langsung tidaik memikirkan keuntungan semata-kata. Jika sekiranya hendak menunggu giliran atau mana kenderaan keluar dari parkir sudah pasti memakan masa yang lama. Lagi pun kemudahan parkir tidak disediakan dengan secukupnya.

    BalasPadam
  17. ye betul, pdo n sbhgian warga kuantan bukan nak fitnah MPK tapi nak bagi tau masalah pengguna... patut mpk fikir cara yg sesuai, bukan warga kuantan mengada2 nak g ke bank tgh bandar tapi memang mesin cash deposit dan atm banyak kat situ.. mesin atm lain dahla out of servise.. ish.

    kat tempat lain yg sesak mcm kt mahkamah tu, cuba letak saman kat keta lawyer2 yg parking tak ikut lot.. kita nak berurusan ngan pejabat agama pun payah...

    BalasPadam
  18. Penguatkuasa2 MPK yang menyaman dan mengkompaunkan kerana parkir patutlah mencari jalan untuk bertukar kerja lain kerana banyak orang menjumpah atas tindakan mereka yang tak sepatut dilakukan olih mereka.

    BalasPadam
  19. Tahniah laa MPK.Engko memang baik, bertimbangrasa, telus dalam kerja dan dan dan..aku banyak simpan surat saman (tawaran kompaun ) sebab aku tahu MPK baik. Cari duit untuk warga kuantan. Kalau bawa gi mahkamah belum tentu siapa menang. Kena keluar duit pula. Yang pasti mashuk senang keluar susash

    BalasPadam
  20. Ya setuju sangat-sangat..kena considerlah..parkir dah lah sikit..kereta banyak

    Wajarkah LYNAS dibina di Kuantan?

    BalasPadam
  21. Manusia Paling Kejam....MPK

    BalasPadam
  22. Warga Kuantan memang bodoh......

    BalasPadam
  23. kenapa kereta yg parking dilaluan tepi jalan hadapan hotel grandcond xpun disaman olih mpk, pelik bin ajaib..

    BalasPadam
  24. kita tukar jer kerajaan baru ..habih ceriter...pasal parking kat pahang nii..x der system..pegi tiap2 daerah kene beli tiket berlainan...apalah salahnya..gunakan satu tiket jer untuk tiap Daerah kan senang..x pyah pening pala...pasal pakir kat kuantan nii..satu hal..penguatkuasa xder timbangrasa pun..ngan rakyat..

    BalasPadam
  25. Awat tak tuduh itu angkara BN &

    UMNO......

    BalasPadam
  26. Pada yang komplen berapi-api sgt tu tau sgt ke masalah yang ada kt PBT2??? Duduk dalam situasi mereka dulu la.... Baru boleh cakap byk..... Isu parking bukan takat kuantan tapi seluruh negara ada masalah sama....
    pada yang buat tuduhan pegawai2 PBT rasuah tu pegi la buat aduan rasmi kat SPRM, cakap berdegar-degar dalam ni pun just tabur fitnah je..... dosa kering pun dapat.....
    Sila berhujah dengan ilmu dan pengetahuan di dada.... bukan nafsu.........
    Bukan semua dalam MPK tu macam yang korang sangka.....
    Mana2 jabatan kerajaan pun ada isu-isu, hal-hal melibatkan orang awam.... sama2 amik peranan laa.... kalau salah tegur terus.... tapi biar kena cara.... kita semua manusia, ada perasaan. Jangan ikut sedap mulut, nanti merana badan, hati pun sugul......

    BalasPadam
  27. Mereka diarahkan utk buat begitu sebab nak tolong kumpul dana bantu Umno/BN dalam PRU 13 ni!

    BalasPadam
  28. Setelah Dr M mengakui populariti Najib merudum lebih teruk daripada Pak Lah pada 2008, mungkin gara2 Rosmah, maka UmnoApcoPorno mulalah huru hara haru biru macamana nak menangkan kerajaan Nan Samseng lucah nanti.

    Jadi diarahkan MPK antara agensi kutip duit nak belanja PRU!

    BalasPadam
  29. NAK BANGUNAN BARU KONONNYA UNTUK KESELESAAN PELANGGAN TETAPI NAK POTONG POKOK 10 KEJE OT NAK PAKAI KOMPUTER PEGAWAI MPK TAK TAHU EMUA RUGI DIUT RAKYAT YANG BELUM SEDAR LAGI UNIFORM BARU ,KERETA BARU PINJAM DUIT RAKYAT KE

    BalasPadam
  30. Aku pun senasib. Kena saman parking depan Alamoda dekat terminal tu.. Pukul 10.00 malam dan letak tak sampai 15 minit gi ambik barang kena saman RM30.00. Aku merantau hampir seluruh Semenanjung Malaysia tapi tak pernah nampak PBT buat enforcement malam2 nih.
    MPK cuba tolong senaraikan PBT mana yang buat penguatkuasaan parking sampai tengah malam ni..

    BalasPadam
  31. Nak tanya kalau ada lawyer kat sini..boleh ke orang awam/penduduk Kuantan menyaman MPK yang sesuka hati menyaman orang awam tapi pihaknya sendiri yang gagal menyediakan petak parking yang mencukupi

    BalasPadam
  32. saman kompoun tu utk byr gaji pkerja pegawai MPK weh..beli kete wat bangunan baru..gi melancung..dan lain2 lagi laa..

    BalasPadam
  33. Kat Pasar Malam Jalan Gambut hari Sabtu tak pernah tengok MPK menyaman kereta yang parking sesuka hati dan terang2 menggganggu dan menghalang lalulintas

    BalasPadam
  34. MPK agah2 la. Takkan malam hari pun nak saman.
    Kalau kemaruk juga nak menyaman sediakan dulu parkir bertingkat-tingkat barula orang tak ada alasan nak komplen.
    Jangan meyusahkan rakyat yang dah sedia susah dibawah pemerintahan BN atas nasihat APCO laknat.

    BalasPadam
  35. Ahli Majlis bapok le ramainya,ahli politik kebanyakanya,apa yang di fkir gamoknya untuk perancangan di Kontan?guna kupon parking ni..zaman tok kadok nya stail..ce buat cara lain sikit..

    BalasPadam
  36. Orang PR terutama PAS (Parti Ajaran Songsang) kaki fitnah.....

    BalasPadam
  37. Kalau lah undang undang Islam dikuatkuasakan ramai Pegawai akan kehilangan tangan.

    BalasPadam
  38. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING (BN)

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Dipilih Sebagai Destinasi Utama Bagi Program Eksplorasi Pempengaruh "MY Escape 2026", Perkasa Promosi VM2026-2027

GENTING HIGHLANDS: Pahang dipilih sebagai destinasi tumpuan utama bagi program eksplorasi pempengaruh MY Escape 2026 berikutan kepe...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.