script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rakyat "Terus Bantah" Tindakan Perkenalkan 6% Cukai "Perkhidmatan" Pembelian Nilai Prabayar !

KUALA LUMPUR 9 Sept - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman (foto) berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal. “Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan. “Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya. Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini. Mengulas lanjut, Maamor berkata, selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sepatutnya syarikat telekomunikasi yang dibebankan, bukannya rakyat

[Tindakan kerajaan ini jelas sekali membelakangkan kepentingan rakyat sebenarnya. Bayangkang disaat syarikat telekomunikasi kini mengaut keuntungan lumayan tiba-tiba rakyat dibebankan dengan cukai sedemikian. Sepatutnya cukai dikenakan kepada syarikat terbabit dan tidak harus diletakkan atas bahu rakyat. Apa yang pasti, majoriti rakyat terutamanya generasi muda akan memprotes secara besar-besaran senario yang berlaku ini. Malah, sudah pasti jika kerajaan gagal bertindak mereka akan pastikan undi tidak untuk BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Kerajaan harus berhati-hati dalam tindakan yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat seperti ini jika mahu terus mendapat sokongan. Jika tersilap, mereka pasti menjadi korban kesilapan sendiri].

Share:

20 ulasan:

  1. Percaya atau tidak, sbhagian besar pendapatan bulanan kita dikembalikan kpd k'jaan menerusi cukai? Tidak kira anda mempunyai pendapatan puluhan ribu atau x sampai rm1000 sebln!

    Brpa cukai yg anda bayar sebulan?
    Contoh ;
    Belian kenderaan. Secara puratanya, cukai yg dikenakan keatas sesebuah kenderaan adalah 100% (kenderaan mewah sampai 300%)
    Jika, harga jualan RM100,000, bermakna harga sebelum cukai adalah RM50,000 shj. Sekiranya kenderaan dibeli secara pinjaman dgn kadar faedah 5% p.a utk 10 tahun, bermakna jumlah yg perlu di bayar adalah RM150,000 dgn bayaran/ansuran bulanan RM1,250 sebulan. Scara kasarnya, brapa cukai yg anda byar sebulan?
    Pecahan bayaran ;
    * Harga asal (sblm cukai) = RM416 x 120 bulan
    * Cukai = RM416 x 120 bulan
    * Faedah = RM416 x 120 bulan (cukai korperat sehingga 27%)
    Ini tidak termasuk lain2 cukai diatas apa2 servis, alat ganti atau baik pulih kenderaan, insuran, cukai jalan dll

    Cuba anda congak pebandingan antara negara, cth OTR Price bg sebuah Honda Jazz keluaran Jepun;
    Di Britain +/-GBP10,000 = RM49,000 (dgn kadar GBP1 :RM4.9)
    Di Malaysia RM118,000 dgn bezantara RM69,000

    Brape byk k'jaan M'sia kenakan cukai dan brape byk pula anda mmbyarnya? Itu baru kenderaan, tidak termasuk apa saja yg anda makan, pakai atau beli. Semuanya telah dikenakan cukai.

    BalasPadam
  2. Daftar sebagai pengundi dan lingkupkan parti jahanam tuh...

    BalasPadam
  3. Padan muka kita semua..he..he

    BalasPadam
  4. ITULAH DIA RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK SEGALA APA YANG BOLEH DICEKIK DARIPADA RAKYAT DAN PEMIMPIN DIUTAMAKAN UNTUK SEGALA PROJEK PROJEK YANG BOLEH DIKAUT... BODOH LA SIAPA YANG MENYOKONG SI Bangang Negara......

    BalasPadam
  5. Ada beberapa negeri yg cukainya sedang di turunkan ,iaitu Kelantan,PP,Kedah dan Selangor.Marilah kita berhijrah beramai-ramai kesana.Kita juga jangan membeli lagi barang-barang secara berlebihan untuk mengelakan dari di cukai.Inlah langkah bijak yg perlu di ambil.

    BalasPadam
  6. KERAjaan BN memang zalim suka cekik rakyat.
    Syarikat telekomunisasi untung ratusan juta ringgit setiap tahun nak apa lagi..?
    Ya ALLAH, Engkau hancurkanlah kerajaan BN yang maha zalim ini.
    Amin...

    BalasPadam
  7. Alaa....setakat 6% no problem la kawan....

    Kalu tidak macamana ekonomi nok berkembang.

    Kalu kat negara lain lagi teruk...

    Kat negara kita Aman, Sentosa memang baik lah...

    BalasPadam
  8. undilah Barisan Nasional, abis pru Barang Naik, apa bolih buat kita yang pilih kerajaan BN..

    BalasPadam
  9. Kerajaan sekarang kekurangan duit kerana perbelanjaan untuk rakyat. Jangan kita butakan mata kerana semua pembangunan yang kerajaan buat menggunakan duit.

    Kerajaan sama macam bank, cuma tempat simpan duit tapi tak ada duit. Bila rakyat bayar cukai barulah kerajaan ada duit.

    Kita mesti sokong kerajaan BN kerana tanpa kerajaan hari ini dah tentu komunis yang dilaungkan oleh Mohamad Sabu memerintah.

    Malaysia yang dulunya Tanah Melayu tidak pernah dijajah cuma dinaungi oleh British. Telah disahkan oleh profesor Zainal Kling bahawa pejuang kemerdekaan bukan pejuang tapi penderhaka.

    Ingat ...orang melayu yang bekerja dengan British bukan pegawai British tapi sebagai pekerja sambilan saja.

    Untuk memerintah negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama memerlukan duit. Pemimpin juga memerlukan duit yang lebih dari rakyat bagi membezakan pemimpin dengan rakyat.

    Kita mesti sokong kasta jenis ini kerana apabila kita ada bercita-cita menjadi pemimpin maka kita juga berpeluang jadi seperti mereka.

    Cukai adalah sumber pendapatan kerajaan dan pemimpin pemerintah. Disemua negara dalam dunia mengamalkan cukai pada rakyatnya. Tanpa cukai kerajaan dan pemimpin akan jatuh miskin.

    Oleh kerana itu kita patut berbangga apabila mendengar isteri pemimpin kita mampu membeli sebentuk cincin dengan nilai RM24juta.

    Kita mesti sokong kerajaan kenakan cukai pada rakyat kerana kerajaan yang memerintah adalah orang melayu sama seperti kita dengan slogan hidup melayu.

    Tidak ada satu melayu dari UMNO akan mengkhianat bangsa melayu kecuali melayu PAS dan PKR. Melayu dari parti itu amat suka memhuru-harakan keadaan seperti mengungkit pasal cukai prabayar 6% sedangkan semua rakyat bersetuju dikenakan cukai.

    Ini boleh dibuktikan bahawa ahli UMNO seluruh negara diam tanda bersetuju dikenakan cukai tersebut walaupun pihak pembangkang mengatakan membebankan.

    Ahli UMNO keseluruhannya memahami bahawa kerajaan BN memerlukan duit untuk mengurus pilihanraya negara.

    "Hidup UMNO...Hidup Melayu.."

    BalasPadam
  10. Kerajaan BN memang zalim suka cekik rakyat.
    Syarikat telekomunisasi untung ratusan juta ringgit setiap tahun nak apa lagi..? saya sambung sikit...
    Sedara kena faham, kerajaan kita memang yang terbaik dalam dunia bab mendera rakyat secara halus,
    Tengok sini:
    Apabila krisis kewangan melanda negara kita 97 dulu banyak syarikat2 besar mengalami masalah seperti MAS, dan juga syarikat perkapalan anak Mahathir, siapa yang kena tolong mereka = RAKYAT KAN ?
    Apabila syarikat makanan seperti LPN belum diswastakan untuk rakyat harga beras rakyat miskin gred super linkungan RM 11 ke RM 14 per 10 kg. ini yang saya gunakan dulu. Setelah LPN jadi BERNAS konon perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat beras yang sama berharga Rm 16 ke Rm 17.50 per 10 kg. Setelah Pak Lah sewaktu jadi PM menaikan harga petrol keparas tertinggi, Rm 2.70 per liter dan berlaku pula krisis beras 2007 kemudian saham BERNAS di jual kepada Tokan China di Hong Kong harga beras gred yang sama terus melonjak kepada Rm 26 ke Rm 28 dan hari ini kekal pada paras 25.90 itu yang saya makan kalau orang lain yang mampu lebih, beras yang mereka beli dalam linkungan Rm 28 sekarang dah hampir mencecah Rm 50 per 10 kg.
    Harga bahan makanan lain terus melonjak beriringan dengan lonjakan mendadak harga makanan ruji negara kita sejak itu. harga ikan tak payah cerita lagi lah, sekilo ikan pelaling yang paling koman sekali diantara ikan yang kita makan sebelum krisis beras dan lonjakan petrol Pak Lah... paling mahal pun Rm 3.50 per kilo kalau tidak berkisar antara 2.50 ke 3.00 saja, tapi hari ini saya ke pasar harga berkisar Rm 7 ke Rm 9, siapa yang gunakan ikan ini ? rakyat miskin sahaja.
    TENGGIRI boleh katakan ia adalah spesis IKAN MENTERI hari ini, harga sekilo ikan tenggiri Rm 27 bersamaan dengan harga sekampit beras 10 kg yang saya makan, 1kg untuk sehari sahaja, alahai anak ramai 6 orang beb...dua bula sekali pun payah nak beli beb...
    Cili masak Rm 12 beb hari ini sekilo...dulu Rm 6 ke 9 pengguna dah bising, hari ini dah lali dengan kenaikan saban hari agak nya, tu yang buat tak kisah. Lantak lah nak naik naik lah, takan nak boikot cili ganti dengan bunga raya kut dalam sambal, atau apa masakan pun. Nak tanam cili duduk atas flat koridor pun tak ada Siapa yang ada tanah boleh tahan lagi walau bagaimana pun tempias tang lain tetap kena jugak, tak boleh lari.
    Harga makanan harian dikampung lagi mahal dari di bandar, sewaktu tinjauan cuti raya baru2 ini. Yang betul2 murah telefon bimbit dan tv warna biasa sahaja, HDTV tak dapat juga... kalau nak banding harga dulu dari beribu tinggal ratus saja la ni, yang ratus tinggal puloh saja. Semua benda tu bukan hari2 orang nak tukar baru, bila ada keperluan sahaja. Yang hari2 orang nak fikir ialah benda untuk dicekik saja.
    Kereta mahal pun saya tak kisah sangat walaupun kereta kita dijual keluar negara hampir tiga kali ganda murah nya dari rakyat Malaysia beli di dalam Malaysia. Siapa tanggung RAKYAT juga.
    Hari ini charge ASTRO pun dah dinaikan dan kini charge 6 % terbaru untuk pengguna telepon pra bayar bulak nak dikenakan lagi pada pengguna yang dah tanggung charge tak berjawab mau pun telepon pemanggil tutup. Kaya lagi para Kroni, papa kedana rakyat yang mengguna. Inilah Malaysiaku.
    "RAKYAT MENDAHULUKAN UNTUNG KRONI CAPAI"
    1 MALAYSIA SERBA MAHAL.
    NEGARA BUAT HUTANG RAKYAT TANGGUNG HUTANG.
    MALAYSIA ADA ANAK ASNAF YANG TAK CUKUP MAKAN DAN PERUBATAN, SOMALIA DULU DISUAPKAN.
    BEKAS POLIS PENJAJAH BRITISH PENCEN PUN ADA YANG HILANG, BEKAS KOMUNIS DIBERI LADANG RUMAH KEDIAMAN.

    BalasPadam
  11. Jadi Komunis lagi boleh dapat senang. Dah tuah badan...

    BalasPadam
  12. Nak jadi Komunis takut pulak..

    Sesekali ingat nak tukar aje kerakyatan jadi org Kemboja macam kat Pekan.

    Tak payah2 nak susah2....sampai masa nanti boleh Undi

    Pahtu duit raye pun dapat...

    BalasPadam
  13. Awat tak tuduh itu angkara BN & UMNO......

    BalasPadam
  14. Bro...mane boleh tuduh UMNO buat macam tu

    UMNO kan pembela bangsa dan Ummah..

    UMNO kan pembela rakyat

    UMNO kan pembela rasuah

    UMNO kan pembela lintah darat

    Tak larat nak senarai la....

    Bak kata UMNO memang segala-gala nya....

    BalasPadam
  15. Apa-apa la...
    Yang pasti PAS adalah parti untuk orang-orang gila, diulang PAS ADALAH PARTI UNTUK ORANG-ORANGF GILA! Atau dlm kata lain semua penyokong dan pendewa pas adalah tipikal makhluk berwajah manusia yang selalu meletakkan otak di lutut dan bukan di kepala.

    BalasPadam
  16. Dah teruk dicekik kerajaan Be End, masih ada lagi yang nak sokong.
    Sah la penyokong Be End tak lulus matematik.
    Kesiannya hu hu...

    BalasPadam
  17. komunis jgn sebut dlm nii..habih nanti semua kene ISA..penuh plak kat kemunting...kene wat pusat tahanan baru plak...kene cari plak utan simpan mane2..habih nanti utan simpan kat pahang nih weh...

    BalasPadam
  18. Hidup UMNO...

    Dulu, Kini & Selamanya....

    BalasPadam
  19. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING (BN)

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Dipilih Sebagai Destinasi Utama Bagi Program Eksplorasi Pempengaruh "MY Escape 2026", Perkasa Promosi VM2026-2027

GENTING HIGHLANDS: Pahang dipilih sebagai destinasi tumpuan utama bagi program eksplorasi pempengaruh MY Escape 2026 berikutan kepe...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.