script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Himpunan Aman: Kenapa Polis Di Kuantan Lebih Bijak Serta Profesional Dari Polis Kuala Lumpur !!

KUANTAN, 4 Mei - Tindakan pihak polis di Kuantan lebih bijak dan profesional daripada polis Kuala Lumpur, terutamanya dalam menangansi isu perhimpunan aman atau demontrasi rakyat di negara ini. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan, Cikgu Sulaiman Md Derus (foto), ketika ditemui di rumah seorang mangsa belasahan pihak polis di himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. "BN memperalatkan polis untuk memukul rakyat. Air mata rakyat yang berderai dengan gas pemedih mata akan bersatu dan bangkit menguburkan UMNO BN yang zalim pada Pilihanraya Umum akan datang", kata beliau. Kenyataan pemimpin PAS ini ada kebenarannya. Umum mengetahui bahawa Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang MPK 4 (Kemunting) pada Februari lalu telah berjalan lancar tanpa ada sebarang tindakan provokasi atau keganasan oleh para peserta. Malah, pihak polis juga telah bersama-sama menjaga kelancaran program sehinggalah ia berakhir. "Saya tabik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis Kuantan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah ACP Mohd Jasmani Yusoff dan anak-anak buahnya. Mereka lebih bertimbangrasa dan memahami kehendak rakyat. Jika mereka mahu halang rakyat, sudah pasti mereka boleh lakukannya. Namun, sikap yang ditunjukkan oleh mereka (polis Kuantan) lebih berhemah dan amat disenangi oleh rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut. Kenapa perlu ada tindakan yang berbeza-beza (double Standard) oleh polis yang sama di negara ini", katanya.


Bukti, Himpunan Hijau 2.0 telah berjalan lancar tanpa sebarang provokasi
malah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak polis Kuantan


[Persoalannya sekarang, kenapa perlu ada keganasan semasa himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini. Kenapa polis boleh bertindak begitu ganas terhadap para peserta sedangkan kesalahan mereka hanyalah datang untuk berhimpun. Malah mereka tidak membawa apa-apa senjata berbahaya untuk berperang dengan pihak polis. Mereka hanya mahu berhimpun secara aman "duduk bantah" bagi menyatakan pandangan mereka tentang senario politik dan pilihanraya di Malaysia. Kenapa mereka diperlakukan seperti "binatang", dibelasah, dipijak, dihenyak oleh begitu ramai anggota polis tanpa belas kasihan. Mereka bukan pengganas yang mahu mara ke medan peperangan. Mereka rakyat biasa yang hanya mahu melihat sebuah pilihanraya yang telus dan adil berlaku di negara ini. Makanya, tidak perlulah layanan seburuk itu dihadiahkan kepada mereka. Justeru, semua pihak perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada Bersih 3.0 baru-baru ini. Bukan peserta sahaja yang patut dipersalahkan, polis juga telah bertindak terlalu melampau-lampau sehingga menghilangkan keyakikan rakyat terhadap institusi itu sendiri sebenarnya].
Share:

10 ulasan:

  1. Perhimpunan yang diadakan diKuantan dengan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur memang berbeza. Perhimpunan di Kuantan hanya kerana kilang racun tidak menggugat kedudukan Mohd. Najib dan Rosmah.

    Dan keadaan aman di Kuantan ketika itu tidak bermakna pihak polis di Kuantan lebih bijak dan profesional daripada polis Kuala Lumpur. Mereka dari spesis yang sama. Polis yang ada di perhimpunan Bersih 3.0 diimpot dari semua negeri dalam Malaysia termasuk dari Kuantan.

    Di Kuantan mereka bersopan kerana tiada arahan jadi gila. Tapi di Kuala Lumpur mereka telah diberi taklimat untuk jadi anjing gila kerana diarah untuk membelasah peserta sebagai mencipta suasana rusuhan.

    Dalam perhimpunan Bersih 3.0 28042012 tempohhari telah memperlihatkan kepada rakyat dalam dan luar negara bahawa kerajaan pimpinan Mohd. Najib dan Hishamuddin telah memperalatkan pasukan polis Malaysia mengambil sikap teramat zalim dan ganas terhadap peserta perhimpunan aman malah dengan jelas tidak mematuhi rukun negara yang dilaung-laungkan oleh kerajaan agar dipatuhi.

    Memang Mereka berdua adalah individu yang bertanggongjawab diatas rusuhan yang berlaku didataran merdeka tempohhari menyebabkan imej polis teramat hina dimata masyarakat diatas insiden yang mereka lakukan.

    Kekecuhan yang dicipta dalam perhimpunan itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat yang mahukan pilihanraya bersih kepada rusuhan. Bila rusuhan terjadi Mohd. Najib dengan selamba perbodohkan rakyat kononnya perhimpunan itu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

    Dia juga mencipta persepsi kononnya peserta perhimpunan ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

    "Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir,"

    Sudah jelas bahawa Perdana Menteri ini memesong pekara utama yang menjadi tuntutan dalam perhimpunan Bersih 3.0. Dia memang tidak mahu adakan pilihanraya bersih seperti yang dituntut oleh rakyat. Tapi dia mahu mengadakan pilihanraya cara menipu untuk menang seperti yang dilakukan dalam pilihanraya yang terdahulu.

    Setiap hari dia akan spin cerita rusuhan itu agar rakyat terlupa bahawa pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa saja. Tapi Perdana Menteri UMNO Baru ini terlupa bahawa rakyat sedang memerhatikan dirinya sebagai seorang penipu, perompak dan pembunuh dalam kes kapal selam dan model Altantuya.

    Siapa yang melantik Mohd. Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ? Orang itu memang sial dan celaka...!

    Lihat apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu http://www.youtube.com/watch?v=Fn6zQdfcbnw&feature=youtu.be

    BalasPadam
  2. Mak Bapa yang melahirkan dan mendidik ko lagi seratus kali lebih CELAKA...!

    BalasPadam
  3. Kpd ANON 12.08, mengapa anda begitu celupar, membabitkan mak bapa, anda seorg yang tidak mempunyai kekuatan iman. Memang dasar anda pengampu dan pencacai UMNO. tidak berhikmah, kurang adab, bersikap baran.Islam tidak mengajar umat nya celupar, hanya sedikit hal membabitkan mak bapak. ISTIGHFAR LAH BANYAK BANYAK. Parti PM anda sedang mereput, kata Bekas PM anda. TERIMA LAH HAKIKAT. sabar lah hadapi tekanan hidup. Tahniah kpd Tuan Jasmani, Anda sangat berhikmah, Semoga Allah mempermudahkan tugas dan Tanggongjawab yg di berikan.

    BalasPadam
  4. Engko pun apa kurangnya, tipikal manusia yang meletakkan otak di LUTUT. Fizikal berwajah manusia tapi otak kecut tahap tikus minda lembu, diulang MINDA LEMBU. Adilkah untuk menuduh seseorang itu sebagai penyokong atau pencacai umno hanya kerana dia tidak menyokong 'KEBEJATAN' dan onar yang dilakukan oleh pembangkang? Dan kalau seseorang itu tergamak 'mencelakakan' pengundi yang telah mengundi/melantik Najib secara sah sehingga menjadi PM Malaysia, apakah anda mahu orang itu dikurniakan gelaran 'insan istimewa anugerah tuhan'??
    Harrrk Tuihhhh! Peri mamposs dengan pakatan haram! Dan anda sendiri boleh terus menjadi penjilat, pelahap kahak pekat Anwar, Ambiga dan semua pemimpin pujaan hati anda dalam pakatan haram!

    BalasPadam
  5. Anon Saturday, May 05, 2012 3:51:00 AM...
    Saya rasa anda ini menghadapi masalah sakit mental yang kronik, apabila anda boleh menyokong dan menerima post (komen) anon Friday, May 04, 2012 10:56:00 PM seperti berikut:

    'Siapa yang melantik Mohd. Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ? Orang itu memang sial dan celaka...!'

    Setahu saya, yang melantik PM Malaysia adalah Yang DiPertuan Agong. Anon Saturday, May 05, 2012 3:51:00 AM dan anon Friday, May 04, 2012 10:56:00 PM harus bertanggungjawab.

    BalasPadam
  6. BUDAKBOY

    Ape halnya tulis komen ikut jari je ni. Kalau dekat sure kene tempeleng dan starlight semua ni. Orang PAHANG berbudi bahasa tau!!!

    Jawapan kepada soalan di Kuantan aman dan BERSIH 3.0 so-called ganas ialah ARAHAN.

    Org Kuantan tau ke?? Askor Kem Batu 10 jalan gambang turun KL masa BERSIH 3.0 tapi standby dlm kem masa anti Lynas??

    BalasPadam
  7. Hello anon May 05, 2012 9:37:00 AM

    Betul ke yang melantik PM Malaysia adalah Yang DiPertuan Agong...? Kalau agong ada kuasa melantik, bermakna sekarang ni dia boleh memecat Mohd. Najib dari terus duduk di kerusi PM di Putrajaya. Mana mungkin seorang PM boleh tertuduh dengan isu rasuah melibatkan duit yang banyak di luar negara ?

    Kalau agong ada kuasa melantik, pencalonan yang diberi oleh perwakilan UMNO Baru setiap kali diadaakan perhimpunan agongnya tu boleh dihapuskan dan dibubarkan kerana sesiapa yang menjadi presiden parti UMNO Baru akan dilantii juga sebagai perdana menteri Malaysia. cuba lihat siapa timbalan presiden parti UMNO Baru dan siapa pula yang menjadi timbalan perdana menteri ?

    Anon 9:37:00 AM.. belajar lagi.... menjadi bodoh bukan menjadi satu kesalahan tapi amat malang apabila diketahui kita bodoh kerana diperbodohkan oleh pemimpin yang kita sokong...

    BalasPadam
  8. YDP melantik seorang PM atas 'restu' majoriti rakyat Malaysia atau sama laras atayu sama laras dengan suara hati nurani majoriti pengundi dalam PRK Galas, Kerdau, Merlimau, Tenang. Hulu Selangor, Batu Sapi dan dalam PRN10 Sarawak lepas. Tuhan itu maha adil dan mengetahui, tidak akan merestui hasrat keji manusia gila yang kotor hatinya seperti 'skrip agong 16 September'.

    Aduhai dan alahai anon Saturday, May 05, 2012 1:27:00 PM... Anda boleh berhujah apa saja, sebab memang resmi ayam kampung bertelur sebiji riuh sekampung. Anda boleh saja canangkan betapa anda ini lebih bijak berbanding nama-nama seperti Zulkifli, Zahrin, Chandra, Nalla, Dr Hassan Ali dan yang lain lagi. Persoalannya siapa yang percayakan anda? Sebaiknya anda dan yang sealiran dengan anda belajarlah menghormati langit di mana bumi anda berpijak. Usah terlalu taksub dengan pemimpian pujaan hati anda agar anda tidak lalai dan alpa bahawa bumi tempat berpijak ini tidak hanya seluas padang bola.

    BalasPadam
  9. Anon7.48 anda sedang di bengongkan oleh UMPORNO. istighfar banyak banyak semoga mendpt hidayah. Tinggalkan fahaman umno sebab mereka sdg mereput.

    BalasPadam
  10. Fakta dan relitinya PAS dan PKR adalah sampah, diulang SAMPAH yang hanya menunggu masa untuk dibuang ke tapak pelupusan sampah. Majoriti rakyat Malaysia dah tak sabar nak tunggu PRU13.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Insiden Pekerja Maut Tersepit Dalam Mesin, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang Keluarkan Tiga Notis Larangan

KUANTAN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang mengeluarkan tiga Notis Larangan kepada syarikat melibatkan penggunaan j...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.