script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: 'Tsunami' Pilihan Raya Negeri Sarawak Bermula, Petanda Rakyat Dahagakan Perubahan Dan Tidak Mahu Si Taib Mahmud Terus Berkuasa

Memandangkan media arus perdana sering melaporkan berita yang "berat sebelah" soal sokongan rakyat di Pilihanraya Negeri Sarawak, maka kami paparkan gambaran sebenar apa yang berlaku di sana sekarang ini. Media BN menutup cerita kononnya pembangkang tidak mendapat tempat dihati rakyat, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ribuan rakyat Sarawak sebenarnya amat dahagakan perubahan kali ini. Mereka sudah jemu dan bosan diperintah oleh BN dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud. Senario terkini sebenarnya Pakatan Rakyat kini mendapat sokongan padu dimana-mana juga ceramah yang diadakan oleh pemimpin mereka. Namun, dek kerana gusar rakyat tahu kisah sebenar "tsunami kebangkitan rakyat" di negeri itu, maka mereka melaporkan sebaliknya. Apa yang jelas dapat disaksikan, banyak ceramah BN hanya dihadiri oleh beberapa kerat rakyat yang masih mengharapkan bantuan pilihanraya daripada parti itu. Justeru itulah kita tidak hairan Perdana Menteri, Najib Razak terpaksa berkampung di Sarawak demi memastikan BN tetap menang besar dalam pilihanraya ini nanti. Beliau sebenarnya terlalu takut dengan kebangkitan rakyat di sana sekarang. Lantaran itu jugalah kini beliau sanggup tabur janji dan wang "serta merta" demi menagih kembali sokongan rakyat.


Bukti penolakan rakyat, hanya beberapa kerat sahaja yang hadir ke ceramah
anjuran Barisan Nasional di salah satu lokasi yang sempat dirakamkan ini


Perdana Menteri Najib Razak kini amat takut, jika Sarawak tumbang atau banyak kerusi jatuh ke tangan pembangkang makanya harapan besar untuk beliau melihat "jalan keluar dari Putrajaya" dalam Pilihanraya Umum akan datang semakin cerah sebenarnya. Inilah yang amat ditakuti oleh Rosmah Mansor sebenarnya. Maka itu, apa saja perlu dilakukan sekarang hatta menggunakan isu video seks dan terkini berkompromi dengan blogger Raja Petra untuk membuat provokasi agar rakyat percaya apa yang dilakukannya. Namun, sayang sekali sebenarnya Najib sudah terlambat. Gunakan apa saja senjata untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim namun rakyat tetap tidak percaya. Sekali terkena maka rakyat tidak akan tertipu sampai bila-bila. Malah, dengan isu-isu panas yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim, sokongan rakyat terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu terus meningkat dari masa ke semasa. Auranya masih berbisa dan jauh mengatasi kewibawaan Najib itu sendiri. Lihatlah apa yang berlaku dan benarlah "Tsunami Pilihanraya" yang melanda semenanjung pada Pilihanraya Umum 2008 lalu pasti akan berlaku di sana.

Klik sini untuk ikuti ceramah Anwar Ibrahim di Sarawak Siri II & Siri III
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Kawa, Sarawak pada 10 April

[Apa yang jelas dapat dilihat dalam gambar ini membuktikan bahawa memang "Tsunami Politik" bakal melanda Sarawak pada 16 April ini. Media arus perdana boleh melakukan apa sahaja untuk menutup kebenaran ini. Namun, rakyat sudah menyaksikan satu gelombang yang besar, sama seperti apa yang berlaku di Mesir dulu. Mereka sudah jelek dengan Ketua Menteri, Taib Mahmud yang semakin tua semakin menjadi-jadi. Malah, Taib lebih hebat daripada Hosni Mubarak, kerana Presiden Mesir itu berjanji untuk meletak jawatan bulan September tahun ini sebelum dia melepaskan jawatannya. Namun, Taib Mahmud pula berjanji akan letak jawatan selepas menang kemudian "putar alam" kata akan memberi kuasa kepada penggantinya beberapa tahun akan datang tanpa tarikh yang tepat. Ini bermakna pemerintahan Taib lebih "firaun" dari presiden Mesir itu sendiri. Soalnya apakah rakyat mahu terus menanggung derita buat kesekian kalinya?. Maka itulah kebangkitan rakyat sudah jelas dapat dilihat kerana mereka kini benar-benar mahu menuntut perubahan ].
Share:

21 ulasan:

  1. hanya bangsa china yg berani membuat perubahan kt serawak, yg lain duduk dlm kotak pun takpa

    BalasPadam
  2. Raja Petra dedah “kepala konspirasi” sebenar
    14/04/2011 7:43pm

    KUALA LUMPUR 14 April – Pengakuan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya “kepala konspirasi” dalam politik negara.

    Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

    "Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

    Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.

    Raja Petra berkata, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.

    Anuar berkata, pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan beliau percaya pemimpin pembangkang itu tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra. - Bernama

    BalasPadam
  3. soal anwar ke soal altantuya ke, semua itu isu kecil. rakyat dah tenat dengan keadaan ekonomi sekarang. soal kos hidup yang tinggi, pekerjaan, soal pemilikan harta oleh pemimpin bn yang melampau, soal generasi kedua dan ketiga felda, semuanya gagal ditangani dan dijawab oleh pemimpin bn. bila perjuangkan Islam semua perkara tersebut akan ditangani dengan adil. jangan kita mudah dipesongkan daripada isu sebenarnya. ini hanya taktik psikologi menjelang hari2 terakhir proses membuang undi

    BalasPadam
  4. LAWAK BODOH..
    BILA DAH TERDESAK DLM PRN SRWK
    MCM2 CERITA KELUAR. SKRIP SUDAH SIAP DIBUAT OLEH TV3, RTM, UMNO DAN SUME PECACAINYA AWAL2 LAGI.

    RAKYAT TAHU SUME TU UMPAN UTK MENGALIH MOOD RAKYAT SRWK.

    AKU PASTI HARI NI BYK LAGI CERITA KARUT DAN MERAPU AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA PERDANA DEMI KEPENTINGAN BN.

    BANGUNLAH RAKYAT SRWK DEMI MASA DEPAN NEGERIMU. JGN BIARKAN PENYANGAK NI MEROMPAK HARTA KEKAYAAN BUMI SRWK.

    INI NEGARA KITA. KITA BERHAK MEMBUAT PERUBAHAN.

    BalasPadam
  5. sekarang orang dah meluat dengan karenah umno/bn jadi bersedialah untuk berambus dari putrajaya....

    BalasPadam
  6. 16 sept is 16 April ....

    BalasPadam
  7. Anonymous Anonymous said...

    16 sept is 16 April ....

    Friday, April 15, 2011 11:29:00 AM
    __________________________________
    Aku nak tumpang gelak sikit je...
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.......

    BalasPadam
  8. 16 April...
    Di Bumi Kenyalang
    Anwar akan sedar akan tinggi rendahnya langit.
    Anwar akan sedar betapa bumi Sarawak tidak hanya seluas padang bola.
    Anwar dan para perndewanya akan terpaksa menjilat balik segala kahak pekat dan air liur sendiri.
    Anwar akan sedar betapa rakyat Sarawak tidak sebacul dan sebodoh yang dia sangka.

    BalasPadam
  9. anon;12;21 16april... aku rasa ko salah isi nama tulah,apa kata ko isi nama NAJIB kat situ baru betul....hahahahahahaha.....

    BalasPadam
  10. Kalau letak nama ANWAR salah...
    Letak nama Najib tak betul juga...
    Apa kata kita letak nama BAPA KO?
    Baru betul...
    Hahahahahahahahaha

    Ada bantahan?

    BalasPadam
  11. bukan BAPA aku,yg paling paling sesuai,adalah KEPALA BAPAK KO!!! hehehehex100kali

    BalasPadam
  12. Ayoyo macha..
    Lu memang tarak kapala punya orang ka?
    Itu macam kalo, lu memang tarak otak punya orang la.
    Itu atas puya kapala lu tarak, itu bawah punya kapala pun tarak juga ka?
    Lu banyak kesian la macha.

    Banyak cakap juga tarak guna macha..
    yang penting...
    16 April...
    Di Bumi Kenyalang
    Anwar akan sedar akan tinggi rendahnya langit.
    Anwar akan sedar betapa bumi Sarawak tidak hanya seluas padang bola.
    Anwar dan para perndewanya akan terpaksa menjilat balik segala kahak pekat dan air liur sendiri.
    Anwar akan sedar betapa rakyat Sarawak tidak sebacul dan sebodoh yang dia sangka.

    BalasPadam
  13. ayoyo macha...16 april nanti, itu lu punya pemimpin [NAJIB]ada gigit jari la,mana mahu taruk itu muka hehehehe.. itu pasal macha wa ckap lu tarak otak lu marah,tapi wa fikir lu mmg tarak otak,otak lu taruk kat buku lali,mcm lu punya permimpin....

    BalasPadam
  14. Untuk menafikan majoriti 2/3 pun belum pasti, inikan pula berangan nak perintah Sarawak. Baik dapatkan dulu cermin besar untuk cermin diri sendiri.

    Tak salah berangan tapi biarlah berpada dan beralasan.
    Tak salah mengharap tapi biarlah berfakta, berilmiah dan biar ada 'frima facie'nya.
    Tak salah bermimpi tapi belajarlah menilai dan insaf akan tinggi rendahnya langit.

    Kita nasihatkan Anwar dan para pendewanya agar:.......
    Bermula sekarang bersedialah dengan hujah dan alasan yang biar kukuh dan rasional akan se4bab musebab MENGAPA PR GAGAL MENAWAN SARAWAK.

    Kita tidak mmahu, diulang TIDAK MAHU melihat Anwar dan para pendewanya menuduh Tuhan pula 'BERKONSPIRASI' dengan BN untuk menjahanamkan Anwar/Pakatan.

    BalasPadam
  15. the end of the road to ubn at sarawak

    BalasPadam
  16. Kalau BN menang itu kerana rakyat Sarawak bijak membezakan antara kaca dengan intan. Rakyat Sarawan tahu mana pilihan terbaik.

    Sebaiknya kalau PR kalah itu kerana PR memang didukungi dan ditunjangi oleh manusia-manusia yang BODOH, BACUL, GOBLOK dan TIADA WAWASAN. Kalau pokoknya saja sudah bengkok, maka jangan hairan kalau bayang-bayangnya juga bengkok.

    BalasPadam
  17. tsunami sgguh PKR!!!apece skrg??

    BalasPadam
  18. Makhluk PKR bukan angkat sumpah jadi KM Sarawak. Sbliknya dimakan sumpah sendiri. TSUNAMI konon...Hahahahaha.

    BalasPadam
  19. Ayoyo macha..
    Lu memang tarak kapala punya orang ka?
    Itu macam kalo, lu memang tarak otak punya orang la.
    Itu atas puya kapala lu tarak, itu bawah punya kapala pun tarak juga ka?
    Lu banyak kesian la macha.

    Banyak cakap juga tarak guna macha..
    yang penting...
    16 April...
    Di Bumi Kenyalang
    Anwar akan sedar akan tinggi rendahnya langit.
    Anwar akan sedar betapa bumi Sarawak tidak hanya seluas padang bola.
    Anwar dan para perndewanya akan terpaksa menjilat balik segala kahak pekat dan air liur sendiri.
    Anwar akan sedar betapa rakyat Sarawak tidak sebacul dan sebodoh yang dia sangka.

    Friday, April 15, 2011 7:55:00 PM
    Anonymous Anonymous said...

    ayoyo macha...16 april nanti, itu lu punya pemimpin [NAJIB]ada gigit jari la,mana mahu taruk itu muka hehehehe.. itu pasal macha wa ckap lu tarak otak lu marah,tapi wa fikir lu mmg tarak otak,otak lu taruk kat buku lali,mcm lu punya permimpin....

    Friday, April 15, 2011 9:22:00 PM
    __________________________________

    Ayoyo macha, sekarang siapa gigit jari??

    BalasPadam
  20. dah kalah masih cakap besar lagi .masyarakat dah nilai yang mana intan dan kaca.

    BalasPadam
  21. jangan buat spekulasi yang bukan2 kerana akhirnya rosakan pemimpin dan bangsa sendiri.Hendak buat sesuatu perkara jangan menang sorak kampong tergadai

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.