script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gara-Gara Mahu Yakinkan Rakyat Tentang Video Anwar, Akhirnya Bekas Pemimpin PKR Di Tatang Bagai Minyak Yang Penuh Oleh 'Media Perdana' !

Nampaknya, pencacai-pencacai UMNO bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula memainkan peranan untuk menyerang Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masing-masing seolah-olah diberikan lesen khas oleh Kerajaan UMNO BN untuk menyerang pemimpin pembangkang itu dengan hasrat bagi menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin terbabit. Maka, individu seperti Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong (foto) dan yang lainnya mula mengambil tugasan itu dengan cemerlang sekarang ini. Saban hari kenyataan mereka disiarkan oleh media arus perdana. Malahan, tulisan dalam blog masing-masing juga dijadikan bahan artikel mereka. Terbaru kenyataannya jika video seks membabitkan pemimpin politik bukan isu nasional, kenapa Karpal Singh sibuk menuntut penubuhan suruhanjaya diraja ketika mengaitkannya dengan pemimpin kanan MIC, Datuk D.P. Vijandran, 22 tahun lalu? Beliau berkjata demikian bagi mempersoalkan justifikasi yang diambil oleh peguam tersohor itu apabila mengambil pendirian berbeza ketika isu sama kini dikaitkan pula dengan Anwar Ibrahim. Sedangkan, katanya, kedua-dua video seks itu berkait dengan masalah moral pemimpin masyarakat, cuma yang membezakan kes Vijandran dengan skandal rakaman video seks terbaru ialah 'pelakonnya' sahaja. "Jika video seks yang dikaitkan dengan Anwar bukan isu nasional, mengapa Karpal sanggup meninggalkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semata-mata untuk menghadiri sidang akhbar dan menggesa video itu ditayangkan di Parlimen. "Saya sedar Karpal cuba bermain politik, tetapi berpolitik pun perlu ada batas. Jangan jadi dwi standard dengan hanya bersetuju penubuhan suruhanjaya diraja jika ia memberi kepentingan politik kepada pembangkang," katanya. Begitulah antara ucapan yang dipetik oleh media dari laman blog beliau. Persoalannya, jika benar Suruhanjaya DiRaja mahu ditubuhkan, kenapa dalam isu Chua Soi Lek ia tidak berlaku?. Bukankah jika kes yang ada "bukti kukuh dan relevan" sahaja perlu ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Namun, apa yang berlaku dalam kes video seks terbaru ini ternyata dinafikan oleh Ketua Pembangkang itu. Maka, apakah perlu Suruhanjaya DiRaja untuk mengkajinya?. Bukankah sudah cukup dengan siasatan pihak polis untuk merungkai siapakah dalang disebalik penayangan dan pendedahan isu video seks tersebut sebenarnya.

[Apa yang lebih menarik tidak cukup dengan itu, kini bekas pembantu peribadi Anwar yang juga anak kepada seorang pemimpin PKR yang masih aktif sekarang, Rahimi Osman (foto) juga sudah mula bersuara. Terbaru beliau tampil mengesahkan yang fizikal bekas bosnya (Anwar) itu memang agak berisi. Ia bagi menolak dakwaan Wan Azizah yang dipercayai menafikan lelaki dalam rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini suaminya dengan alasan susuk tubuh Anwar Ibrahim lebih tegap. Maknanya, kini semua pihak digunakan oleh "musuh Anwar" untuk membolehkan rakyat mempercayainya. Namun, sekali terkena tidak mungkin selama-lamanya akan terjatuh dalam lubang yang sama. Isu video seks ini menyebabkan rakyat kembali bersatu dalam usahan menjatuhkan Kerajaan UMNO BN yang sudah semakin "meracau" sekarang ini. Isu seks dimainkan seolah-olah mereka itu baik sangat dan bebas daripada skandal seks tersebut. Padahal, umum lebih mengetahui perangai pemimpin UMNO yang lebih teruk malah lebih dasyat raipada itu sebenarnya. Cuma, mereka menunggu masa untuk mendedahkannya. Oleh itu, usahlah pemimpin UMNO merasa mereka terlalu "baik dan hebat" untuk menuduh orang lain, sedangkan mereka sendiri mengamalkannya].
Share:

10 ulasan:

  1. Kalau memang benar anwarlah orng dalam rakaan video itu, mengapa mesti dnafikan?

    BalasPadam
  2. kita tidk menafi atau mengiakan siapa dalam video itu. Setakat ini cuma perbandingan yang di buat dan di dapati memihak kpd: itu bukan anuar. Kalau ada sesiapa yang mengatakan itu anuar berhujjahlah secara waras dan ilmiah.
    Kan kita ni org yg bolih berfikir. caci mencaci bukan cara menyelesaikan masalah. Kita tak mahu menjadi macam anjing,bila tuan perentah ia menyalak tapi dia ikut juga.
    anon 4:25,apa maksud anda?

    BalasPadam
  3. Memang kita tidak menafikan atau mengiakan bahawa 'hero' dlm rakaman video iu memang anwar. Tapi bercakap tentang jam omega, jelas sangat ada sesuatu yang ditakti. Suruhanjaya diraja, tak nak juga. So buatlah solat hajat banyak2 biar cepat tuhan tunjukan bukti KEBENARAN, KESUCIAN dan KEJUJURAN anwar.
    Jagan nanti ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat satu 'konspirasi' tuhan. Atau malaikat berpakat dengan UMNO untuk memfitnah anwar!

    BalasPadam
  4. pencacai2 umno n pembelot2 PKR jgn lah makan duit fitnah kelak kamu tak tahan di bakar oleh api NERAKA, sy nak ty anda ni lahir thn berapa kalau kahir dlm thn 80an kamu tak tahu tentang anwar jgn lah cakap merapu kalau setyakat kamu baca utusan meloya aje memang sampai dunia kiamat kamu akan jd pencacai umno, sy dah 30 thn dlm umno tp start kes liwat pertama lg sy dah xde selera dgn umno lg pemimpin2 umno pun bukan semuanya bersih, sbb musabab nya krn anwar melawan Dr Mahathir aje sbb mrk tyahu kalau anwar naik jd PM memang habis lah menteri2, peg2 k'jaan yg rasuah dan x bermoral sbb itu di reka cipta fitnah yg amat dahsyat sdgkan dlm ABIM lg slat sunat Tahajjud ni menjadi rutin hidup nya..kita pun dah lihat beberapa org yg terlibat dlm konsipirasi liwat 1 bagaimana mrk mati, spt mokhtar Abdullah, Dr Rastina..cari n baca lah Surat terbuka SAC 11 Datuk Mat (bekas pengarah siasatan jenayah bkt Aman) kpd Tan Sri Ismail Omar bagaimana mrk memanipulasikan bukti2 yg dilakukan oleh org2 yg berkuasa yg di amanahkan oleh Allah swt..syabas Datuk Mat Zain atas keberanian Datuk dlm menegakkan kebenaran datuk bukan sj lps azab di dunia tp lebih2 lg di pdg mahsyar..

    BalasPadam
  5. Betul 3x... Kalau Anwarjai PM, agenda pertamanya ialah menghalalkan GAY di Malaysia. Mungkin aenda yag ke duaialah dia akan minta Nik Aziz keluarkan fatwa bahawa: PEMBOHONGAN ITU HALAL ASALKAN DILAKUKAN OLEH KRONI SENDIRI DAN MENGUNTUNGKAN.

    tak begitu?

    BalasPadam
  6. Sebenar nya pasal RCI tu hanya gertak 'keling' Umno.Ini semua hanya untuk menyelamatkan Serawak,tapi sekiranya Serawak tumbang nanti atau Bn tinggal nyawa ikan di Serawak,pemimpin Umnolah yang paling takut dengan RCI ni.Kerana,jika RCI di tubuhkan kerana issu vedio sex ini,lepas pilihanraya umum nanti jika PR memerentah,berpuluh-puluh RCI boleh pula di tubuhkan tanpa halangan lagi utk menyiasat pemiminpin Umno,termasuklah yg membabitkan Altantunya atau pun isu-isu kecil yg lain,kerana 'president' sudah ada.Berani ke mereka?.

    Mengenai jam Omega pula ,itu bukan issu besar,kerana jam tersebut boleh saja berada dimana-mana kalau pun Anwar tidak melakukan sex tersebut.Atau pun ianya maemang masih ada pada Wan Azizah,tapi saja nak bagi puak-puak Umno terkejut pada ketikayg betul nanti,Anwar ni bukan lah bodoh sangat orang nya.Lagi pun bolehkah sesiapa mempercayai orang macam Eskay?.Bukankah 3 minggu sebelum issu video ini Eskay sekeluarga kerumah Anwar ?.Apa tujuannya,tentu ada udang di sebalik batu.

    Yang peliknya mengapa pula puak-puak Umno ni tidak menjawab persoalan Thailand dan Ampang yg manasatu betul,mengapa hanya bhg muka Anwar yg kelabu apa tujuannya,macam mana tak nampak Anwar bertweteer semasa merended,'timming' issu video apsal pula sama dgn pilihanraya Serawak- sedangka video dah adakononyabulan Feb lagi,janggut Anwar yg sekejap ada sekejap tak ada,zaman ni mana ada video hitam putih lagi,dll lagi dari sudut teknikal,seperti yg di hujahkan oleh tokoh Umno sendiri(Dato Ariff @ Sakmongkol 47).

    Issu saiz badan Anwar cuba di jawab oleh 'pakar' kononnya saiz menjadi besar kerana camera yg di gunakan.Tapi yg peliknya camera yg sama hanya membesarkan tubuh Anwar tapi tidak pula nampak membesarkan saiz amoi dalam video yg sama,macam mana?.Kalau gambar amoi tersebut sudah menjadi besar ,ertinya Anwar 'main' dngan budak masih hingus lah.

    Aku nak tanya puak Umno,cuba jawab- mengapa pula orang lain yg berhutang dengan Altantunya komisyen,tapi orng lain pula yg tertuduh dan terhukum.Puak-puak Umno ni jubo* sendir bergelumang taik nak jaga tepi jubo* orang pulak. Pegi mampus lah.Kalau betul Anwar pun dalam video sex tu aku tak sukong juga Umno tu,lebih baik aku sokong PR.

    BalasPadam
  7. banyak persoalan yang timbul:
    1. kenapa polis tak tangkap jer amoi tu. Eskay mesti tau amoi tu kat hotel mana.sampai sekarang tak ada pulak pengakuan amoi tu. kalau ada pengakuan amoi tu mungkin orang percaya DSAI yang buat.ini yang disebok2 kan jam omega. aku pon ada jam omega.

    2. sebelum masuk bilik air ada janggut ngan misai. bila keluar licin muka. Lepas tu ada balik. magik betul laa.

    3. apasal orang ke3 (eskay kot) dalam video tu asyik ikut pelakon tu. sampai masuk bilik air pon ikut.bodoh benor pelakon tu nak projek bagi tau orang.

    BalasPadam
  8. Umno parti yg nk habis tarikh luput,x penah belajar dr kesilapan,pasang jerat x mengena,baling bom pulak x meletup,isu video seks tsilap pengarah,skg kelam kabut nazri dgn hisamudin nk cover balik,aku ahli umno bro tp dh resign,bukan sbb taksub dgn anwar tp sbb kebodohan umno sdiri,slps Umno bkubur PRU13 nt,akan pupuslah ahli2 umno..aku bckp atas dasar realiti,adik beradik aku masih ahli umno,kwn2 dan jiran2 juga masih dgn umno,yg menariknya mereka masih bminat dgn umno kerana setiap kali mesyuarat dpt duit poket Rm50 sorng.sok bila Umno dh mampus,x berkuasa lg,mungkin wktu tu mahathir dan najib pun dh lari luar negara,sape yg nk bg lagi duit kt onyet2 umno,bermulalah kepupusan umno dan menjd sejarah dan bahan rujukan buat rakyat msia,tahniah mahathir dan juga najib razak...anda hebat.

    BalasPadam
  9. anon;2;13 aku rasa ko terlupa satu perkara pencacai2 najis umporno yg tulis kat blog ni mana kita humbannya hahaha..

    BalasPadam
  10. jgnla kita brsubahat dlm prkara fitnah amat berat siksa dan natijahnya....moga Allah mmberikn pmbalasan setimpal kpd org yg mmyebar fitnah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.