KUANTAN 14 April - Kerajaan Negeri Pahang kini bersedia memanggil pakar dari luar negara bagi memberi pandangan berhubung isu pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia oleh Lynas Corporation Ltd, dari Australia yang didakwa boleh menghasilkan radiasi dan memudaratkan orang ramai. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) bagaimanapun berkata tindakan itu kemungkinan belum mampu menyelesaikan masalah jika isu berkenaan sengaja dipolitikkan pembangkang. "Masalahnya, siapa yang kita percaya jika nak panggil pakar berkenaan kerana kalau kerajaan negeri yang memanggil, maka pembangkang akan kata kita tidak bebas dan jika mereka sendiri yang panggil, mungkin kita pula tidak setuju. "Namun, kita akan pertimbangkan perkara ini sebaik-baiknya kerana apa yang penting, kita utamakan keselamatan dan kesihatan rakyat,” katanya pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 semalam.
[Dalam hal ini, Adnan Yaakob perlu faham bahawa bukan masalah pakar atau sebaliknya. Rakyat hanya mahu kepastian bila Kerajaan Negeri Pahang boleh mengumumkan pembatalan projek Lynas itu sebenarnya. Panggillah pakar sehebat mana sekali pun, selagi kilang itu wujud di Kuantan maka rakyat tetap menentangnya. Biarlah risiko radiasinya rendah dan tidak berbahaya, namun bagi rakyat ia tetap berisiko. Tambahan pula Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan yang sudah 11 tahun lalu membentangkan "bajet defisit", tidak akan mendapat apa-apa hasil dalam tempoh 12 tahun selepas Lynas beroperasi. Maknanya "wal hasil balik asal" bila Lynas di berikan perlepasan cukai oleh Kerajaan Pusat untuk tempoh tersebut. Makanya, jika Adnan memikirkan nasib rakyat beliau perlu batalkan projek itu. Sanggupkah beliau melihat rakyat hidup dalam risiko untuk tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang. Kenapa Kerajaan Negeri sanggup tanggung risiko atas sesuatu yang tidak menguntungkan?].






jawapannya mudah saja bro..
BalasPadamsebab ada masyuukkkk.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/ahli-politik-australia-kutuk-pembuangan.html#more
BalasPadamhttp://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/rakyat-kuantan-tetap-membantah.html#more
buat apa perabih duit rakyat panggil pakar2 tu, rasanya xsampai 12 tahun Lynas pun bungkus gi tempat lain plak, apa kita dapat ---> jawab sendiri la
BalasPadamklu dh tau sisa radioaktif bahaya sepanjang zaman and tarak untung apa2 kpd kerajaan so buat apa bg kelulusan buat kt sini? tak ke menggong namanye tu..rakyat di utamakan(maknanya rakyat mampus dulu)tak gitu ayah ngah mu weh..
BalasPadamkat gebeng ni hampir 99 peratus orang melayu islam..diulangi 99 peratus melayu islam.banyak perumahan.sekolah pun banyak.adehhh tk boleh berfikir lagi ke bapak2 menteri?
BalasPadamsoalan untuk denan..
BalasPadam1.denan kate lynas tak bahaya..doh bakpe negara tak boh terima hatta trganu cap ayam pun takboh ? acu jawab...
2.pah pulok bertahun2 phg tak dapat hasil dari projek lynas( kate dia)dah tu bakpe dok maroh ke rakyat hok protes lynas? acu jawap..
3.kalu denan nok sangat hoh bowok projek tu bentong.tengok guane..
rasuah je tau...makan duit haram umno ni...
BalasPadam-budakbaik-
hidup lynas!!!
BalasPadamguane demo...kalau nk kate tutup Lynas sbb ade radioaktif, kilang lain kt gebeng pun boleh dikatakan 80% menghasilkan & menggunakan bahan radioaktif, maknenye kena tutup belake arr kilang2 kt gebeng nu...doh bdk2 melayu belake hok keje kt sane nk campok mane belake??? semua kilang amalkan safety first...sama jelah kalau gitu...ke guane??? yg dpt keje gaji besor esok kt Lynas pun bdk2 melayu kite gok...ke guane???
BalasPadam