script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Menteri Besar Pahang Di Harap Tidak Perbodohkan Rakyat Hanya Kerana Mahu Lepas Tangan Tentang Kelulusan Kilang Radioaktif Itu

KUANTAN, 21 April - Nampaknya tekanan buat Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) terhadap isu bantahan rakyat berkaitan pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation semakin memuncak sekarang ini. Susulan dengan itu Adnan terpaksa mencari berbagai helah untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, demi menyelamatkan dirinya. Apa yang dilakukan oleh MB Pahang ini samalah dalam kes saman penipuan kes balak Seruan Gemilang Makmur (SGM) dulu. Biar pun beliau yang bertanggungjawab dan sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun beliau berjaya melepaskan dirinya dan mengarahkan tindakan saman terhadap orang lain, sedangkan dia adalah ketua negeri. Sedangkan dirinya terlepas daripada arahan mahkamah itu. Kini ia berlaku lagi dalam kes Lynas, apabila Adnan awal-awal lagi menafikan Kerajaan Negeri Pahang tidak mengeluarkan lesen kepada Lynas sebaliknya Kerajaan Pusat melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang bertanggungjawab. Adnan cuba untuk memperbodohkan rakyat Pahang, seolah-olah Lynas datang ke Pahang tanpa melalui Pejabat Menteri Besar itu agaknya. Soalnya sekarang, apa yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutifnya, Nick Curtis yang memaklumkan tentang hasrat syarikat itu untuk membuka kilang itu, ketika melakukan kunjung hormat ke atas Menteri Besar, pada tahun 2007 lalu. Pada pertemuan itu, Naib Pengerusi Operasi Lynas Corporation Ltd., Michael Wolley, Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Marshal Ahmad, Pengarah Projek, Bill Moss dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Lias Mohd. Nor turut hadir. Apakah pertemuan itu sekadar berbual-bual kosong? Adnan harus sedar isu Lynas yang dibantah rakyat itu kini sudah jadi isu nasional sebenarnya.


Musykil, kilang yang sebegini hebat tiba-tiba wujud tanpa kelulusan MB

Siapakah yang mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
keluarkan lesen menduduki premis dengan begitu cepat sekali agaknya

[Semakin Menteri Besar Pahang itu mengeluarkan kenyataan maka rakyat semakin sedar akan kebodohan beliau. Justeru itu, Adnan tidak perlu memperbodohkan rakyat dengan berbagai alasan demi menyelamatkan dirinya. Jika tiada lesen menduduki premis dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka sudah pasti Lynas tidak mungkin ada di Gebeng sekarang. Soalnya, siapakah yang mengarahkan MPK mengeluarkan lesen begitu cepat dalam urusan ini?. Malah, bukankah tanah perindustrian di situ diuruskan oleh PKNP sendiri yang mana Adnan adalah Pengerusinya?. Maka itu, Adnan harus bertanggungjawab kerana membawa masuk kilang berisiko ini. Rakyat tidak akan berkompromi dengan apa jua alasan dangkal yang diberikan. Apa yang rakyat mahu projek itu dibatalkan demi masa depan mereka].
Share:

5 ulasan:

  1. Agaknya bahan mentah radioaktif yang dibekalkan dari Australia untuk diperoses di Gebeng itu didatangkan ke Malaysia melalui jalan apa ye? Ikut kapal kemudian diangkut dengan lori container? Ikut udara kemudian diangkut dengan lori container? Ikut udara kemudian dijatuhkan ke Gebeng dengan payung terjun? Ikut heikopter dan mendarat di Gebeng?

    Walau apapun cara pengangkutan bahan tersebut, ia tetap berisiko tinggi sepanjang perjalannya ke kilang Gebeng. Jadi, walaupun tahap keselamatan di kilang Gebeng itu tinggi (kata mereka), ia tetap merbahaya kerana tiada siapa boleh jamin tahap keselamatan pengangkutannya.

    BalasPadam
  2. budak sekolah tadika tanya aku, kenapa australia tak nak proses kat negeri dia, negeri dia banyak tanah dan gurun2.

    terkejut jugak aku, aku bagi taw dia orang putih dah kaya, dia buat kat negeri kita sbb nak bagi orang2 tu kaya.

    budak tu tanya orang2 tu sapa?

    aku cakap budak2 tak bolih berpolitik, nnt polis tangkap.

    budak tu garu kepala....

    BalasPadam
  3. CIKGU SAYA KATA : "ORANG-ORANG TU ADALAH BAJINGAN PEROSAK MASA DEPAN NEGARA....."

    SAYA TANYA LAGI SIAPA PEROSAK ITU?

    CIKGU JAWAB : TK BLH CAKAP SINI NANTI KENA TANGKAP....

    AKU TANYA LAGI : KENAPA KENA TANGKAP, KITA BUKAN BUNUH ORANG BUKAN MENCURI KITA CAKAP PERKARA YANG BETUL

    CIKGU KATA : DIAMLAH BUAT KEJE MASING2

    AKU PUN TK TANYA LAGI.....

    TAPI KAN AKU DAPAT RASA BAJINGAN ITU SIAPA....MESTI JAHAT MACAM SETAN TK PEDULI SUSAH SENANG RAKYAT....RAKYAT NAK MAMPUS MAMPUSLAH ASAL BAJINGAN INI DPT IMBUHAN...AKU BELEK KAMUS UTK CARI MAKSUD IMBUHAN.....RUPANYA IMBUHAN TU SAMA LAH DENGAN RASUAH ATAU DUIT YG DIHULURKAN BAWAH MEJA..AKU INGAT APA KE JADAH LAK NK MAIN HULUR DUIT BAWAH MEJA...

    AKU NK TANYA LAH ORG ORG SPRM KENAPA TK TANGKAP ORG ORG YANG SUKA AMIK BYK DUIT DARI BAWAH MEJA (DUIT YG BANYAK BANYAK BUKAN YG SIKIT SIKIT) AKU NK TANYA KENAPA ORG ITU TAK KENA TANGKAP ADAKAH SEBAB MRK DPT JUTA JUTA DUIT BAWAG MEJA SBB TU MRK KEBAL KALIS SPRM

    AKU RASA GELAK LA BILA HAYATI SKETSA INI....TERASA MACAM BEROK HARAM JADAH KN MANUSIA YG BUAT KEJE TK AMANAH TK TAKUT TUHAN TK GERUN SEDIKIT PUN PADA UNDANG2 NEGARA DIA NI...TAKUT BAKPO UNDANG2 MEREKA YANG BLH EDIT

    PERMISI DULU PENAT AKU CERITA PASAL MANUSIA HARAM JADAH NEGARA

    BalasPadam
  4. tahap si nan ni hanya setakat penolong kpd guru beasr sebuah sekolah...dia tak silap..yang penyilap besar ialah kebodohan rakyat memilih sinan ni sebagai wakil kpd rakyat...jadi kalau isi dalaman kureng maka inilah akibatnya...macam2 serba tak jadi dan diberkati...rata2 dunia punya dalam rakyat perlu keluar dari kepongpong kebodohan

    BalasPadam
  5. pagar makan padi,pagar dilanggar babi..babi punya pagarrrr.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.