script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: MB Pahang 'Si Adnan Yaakob' Bakal Berhadapan Dengan Risiko Lebih Besar, Peguam Pahang Di Jangka Bersama Rakyat Bantah Lynas

KUANTAN, 21 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar berhubung dengan isu Lynas. Ini kerana, selepas berjuang bermati-matian untuk memaksa MB Pahang menggunakan kuasanya membatalkan pembinaan kilang memproses "Rare Earth" di Gebeng itu, kini merka yang terlibat dengan amalan guaman pula dikatakan akan bersama rakyat dalam isu ini. Apakah ini satu petanda yang mereka juga tidak mahu nasib dan masa depan anak-anak mereka terabai dek kerana kesilapan yang dilakukan sekarang ini. Jika benar dakwaan tersebut maka, ia satu semangat baru untuk rakyat terus menentang projek Lynas ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu lagi mendengar helah demi helah MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang masih mahu terus mempertahankan projek berisiko itu. Jika barisan peguam-peguam Pahang menyokong tindakan ini, maka sudah pastilah kes ini berpeluang untuk di bawa ke muka pengadilan sama seperti apa yang berlaku di Bukit Merah Perak dulu. Dalam kes tersebut, rakyat akhirnya menang setelah berjuang bertahun-tahun lamanya. Kilang berkenaan juga telah ditutup atas arahan mahkamah, dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk tujuan pemulihan kawasan terbabit. Bezanya, apa yang berlaku di Pahang ini kilang berkenaan masih belum beroperasi. Oleh itu, jika ada tindakan mahkamah maka kes Lynas ini akan menjadi lebih menarik dan bakal menggugat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Rakyat mula melihat dan yakin bahawa pemimpin UMNO BN sebenarnya tidak mahu membela nasib mereka dan gagal melaksanakan gagasan 1Malaysia "rakyat didahulukan" seperti yang disarankan oleh PM Najib Razak sendiri.


Bukti Merah, Jikalau tidak kerana peguam, rakyat pasti terus menderita

Gembira, kemenangan berpihak kepada rakyat dalam insiden Bukit Merah

[Difahamkan, Pahang Bar Committee akan mengadakan satu mesyuarat tergempar jam 4.00 petang ini,bagi membincangkan isu pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation di Gebeng. Malah, mereka juga turut akan membincangkan cadangan kerajaan untuk memina sebuah Loji Nuklear di Temerloh. Menurut sumber, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pahang Bar Building di Kuantan. Sesungguh sokongan daripada Pahang Bar Committee diharap akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat yang tetap mahu membantah projek berkenaan. Semoga dengan ini juga akan menyedarkan Kerajaan Negeri Pahang bahawa suara rakyat harus diutamakan dalam usaha mereka membawa masuk pelaburan berisiko ke negeri Pahang Darul Makmur pada masa yang akan datang].
Share:

14 ulasan:

  1. Semalam dalam berita TV9, ADUN Sg Lembing beritahu PM dah luluskan pembinaan 3 jambatan untuk penduduk kampung Sg. Lembing dengan peruntukan RM30 juta. Panjang jambatan yang roboh kena banjir ari tu kosnya RM1.7 juta dan panjangnya 80 meter. 2 lagi jambatan tak tau lah berapa panjangnya. Anggaran peruntukan yang akan diberi untuk satu jambatan maknanya bernilai RM10 juta. Sapa dapat kontrak tu boleh makan besar woooo...buat jambatan je kontrak sampai RM10 juta satu...

    BalasPadam
  2. kontrak piliharaya tu...

    BalasPadam
  3. 2.5% pun sudah banyak...wowww! ( dialog antara kasim pantalon dan husin lampoyang )

    BalasPadam
  4. Masyuuuukkkkkkk.....

    BalasPadam
  5. lanie barang mahal, jamban tan tu mungkin gunakan bahan2 berkualiti tinggi, batu bata mungkin diimpot dari luar negara kot. kita tengok la nanti bila dah siap.

    hari tu jambatan kat batu 4 yg askor buat dh dihanyutkan oleh banjir, lanie kena guna jamban tan gantung buat sementara waktu.

    BalasPadam
  6. orang heboh ceriter kes lynas, dia ceriter jambantan sg lembing, apa la ko ni, buat hilang stim je..

    BalasPadam
  7. aku rasa kerajaan pahang okey juga benarkan kuantan jd tempat kilang proses rare earth bab bla kita ckp pasal kilang ni pihak ygberwajib meluluskannya mestilah dah ambil kira segala garis panduan yg wajib dipatuhi olih pengilang tersebut.lg pon syarikat tu bukan syarikat 2 hinggit mcmmne blader anwar pernah luluskan pinjaman berbilion hinggit pd 4 budak hitam masa dier jd tokeh duit msia dulu.smpai apek lim kit siang bangkit dlm parlimen billioon aeee in one night.pastulak korang tak tau ke state gormen kedah dah luluskan konsesi rare eath kat changloooooong kedah 1000 hektar.buat paa hang x kecoh.apa klu hangpa buat x bahayakan.

    BalasPadam
  8. dah nama bahan radioaktif mestilah bahaya makhluk oiii. sedangkan jepun yg mmg soal keselamatan adalah no1 inikan pulak yg kita yg stadiumpun boleh runtuh nak buat kilang memproses. kalu nanti tersebar ko ke yg nak bertanggungjawab???? ko ingat benda radioaktif boleh tangkap dengan tangan ke???? dasar penyokong rasuah parti bangsat BN.

    BalasPadam
  9. Alangkah makmurnya hidup rakyat tanpa BN.....segerakanlah kemampusan BN di bumi msia

    Selamat Aman Makmur

    Satu2nya negara mewah rakyat merempat....air tk cukup minyak masok tk cukup...gula tk cukup....petrol pun sama....

    mengapa kamu rakyat tidak mahu mengubah hidup kamu...allah tidak merubah hidup kamu jika kamu tidak mahu merubah...

    Kerana takbur sombong angkuh pemimpin kamu bagai menongkat langit bagai aladin menggosok lampu ajaib...semuanya mampu di gelapkan hanya dgn sekali gosok

    selamatkan negara anda dari terus di papa kedana kan oleh BANGSAT NEGARA INI

    BalasPadam
  10. ello oRang kAmpong !! hg org kedah ka ?! mana ada projek rare earth kat changlon oit...aku keja n duduk changlon ni...x puas ati mai kg darat la !! sesuka hati hg kata projek rare earth 1000 hektar kat changlon...yg ada projek perumahan ngan projek ternak kambing + lembu ada la !!
    oRang kAmpong = umngok yg bongok cakap ikut suka mulut

    BalasPadam
  11. idup Pahang Bar Comittee!kasi lawan kaw2 ye..woi umprono lu ingat kilang radioaktif srupa itu bikin filem blue kaa?

    BalasPadam
  12. bodo pya org kg,wat malu org kg ja,bla msa ada plak project rare earth kt kdh,kamon la wei,judge this thing base on our humanity,not on politic,xkn saat2 genting cmni pn nk prthnkn tndkn mb pahang 2,kalu jd apa2 kt rkyt pahang hg nk brtggjwb ka,tarak akai pya org

    BalasPadam
  13. bukan projek le berok mat yeh.konsesi rare earth ni mcm jugak konsesi lombong bijeh besi ka,bijih timah ka atau bijih emas ka.tulah org suruh giii sekolah hang gi main dam.bab tu BODOH tahap cipan.

    BalasPadam
  14. orang kampong, apa yang anda tahu tentang rare earth? saya rasa anda tak membuat pembacaan sebelum komen. kalau setakat timah dan besi orang takde nak susah-susah bantah samdol ooi.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.