script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Kerajaan Negeri Dengan Kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Anjurkan Taklimat Awam Tentang Projek Lynas Malam Ini

KUANTAN, 5 April - Orang ramai sekitar kawasan "panas" Beserah, Balok, Gebeng dan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Taklimat Awam isu Projek "Rare Earth Lynas" di Komplek Dagangan Indera Mahkota jam 8.00 malam ini. Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) itu diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang kontroversi projek berkenaan sejak akhir-akhir ini. Bantahan rakyat yang semakin memuncak menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa mengadakan majlis penerangan di kawasan terbabit. Khabarnya satu lagi majlis yang sama akan diadakan di Beserah selepas ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam PKNP, Mazilah Mansor (foto) berkata taklimat tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia. Beliau menjangkakan seramai 250 orang bakal hadir dalam taklimat malam ini.

Komplek Dagangan Indera Mahkota, lokasi taklimat Lynas

[Pihak kami mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang yang akhirnya bangkit untuk cuba memberikan penerangan kepada rakyat tentang isu ini. Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak dulu lagi agar rakyat tidak tertanya-tanya kesan yang akan mereka hadapi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Sebelum ini Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Susulan kenyataan itu satu Himpunan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" telah diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat minggu lalu. Soalnya sekarang, apakah rakyat akan hadir untuk mendengar taklimat yang "sudah terlambat" ini dan apakah motif penerangan tersebut?. Bukankah projek itu sudah pun dimulakan cuma menunggu hari untuk dilancarkan sahaja. Jika pun dalam taklimat malam ini ada bantahan daripada rakyat dan pihak berkenaan gagal memberi penjelasan yang sewajarnya maka apakah projek tersebut akan dibatalkan?. Atau taklimat itu hanya sekadar mahu "melepaskan batuk ditangga sahaja"?. Apapun, orang ramai yang banyak kemusykilan tentang hal ini bolehlah hadir mendengarnya]
Share:

3 ulasan:

  1. kalau ikut jadual yang disediakan pknp ni, waktunya bukan malam, tapi pagi http://www.investinpahang.gov.my/index.php?ch=bm_newsevents&pg=bm_events&ac=54

    BalasPadam
  2. hai syam..nak pergi ker..boleh la tumpang kete baru heh..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.