script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Memalukan, "Lapan Tahun" Bisnes Beroperasi Tetapi "Medan Selera Taman Sepakat" Milik Koperasi MPK Tidak Punyai Tandas Awam !

KUANTAN, 11 April - Orang ramai yang berkunjung ke Medan Selera Taman Sepakat dekat sini hairan dan kecewa apabila dimaklumkan "tandas awam" tidak disediakan di kawasan itu. Senario ini bukanlah "omongan kosong" semata-mata, tetapi ia adalah "realiti dan kebenaran" yang sengaja tidak diendahkan oleh pihak yang bertanggungjawab membangunkan kawasan itu sejak lapan tahun yang lalu. Malah, kawasan itu juga dipercayai tidak mempunyai kemudahan surau seperti kebiasaannya. Sistem perparitannya juga tidak sempurna dan sistem letak kereta yang tidak terurus dan merbahaya kepada lalu lintas. Tambahan pula kawasan itu terletak di tepi jalan utama dari Gambang ke pusat bandar Kuantan. Sebenarnya, banyak lagi masalah lain yan berlaku, namun fokus utama yang mahu diperkatakan ialah ketiadaan tandas awam di kawasan ini cukup memalukan sebenarnya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana kawasan "foodcourt" di negara kita yang tidak mempunyai tanda, hatta di kawasan pedalaman sekali pun. Namun ia berlaku dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang mana dipercayai diuruskan sendiri oleh KOSPEK (foto) iaitu Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran terbabit. Difahamkan, terdapat 16 gerai yang telah dibina disitu berkonsepkan "foodcourt", soalnya kenapa mereka tidak menekankan keperluan orang ramai yang berkunjung ke situ?. Akibat ketiadaan "tandas awam" di situ ia menyebabkan pelanggan yang berkunjung ke situ semakin berkurangan dari masa ke semasa.


Inilah dia situasi kawasan perniagaan Medan Selera Taman Sepakat tersebut

Inilah papan tanda bukti Medan Selera Taman Sepakat milik Kospek MPK
Ia bukan sahaja menyusahkan para peniaga malahan pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut. Soalnya sekarang, kenapa perkara ini boleh berlaku dalam zaman moden ini?. Siapakah yang harus dipersalahkan agaknya. Difahamkan, perkara ini sudah beberapa kali diajukan kepada pihak atasan sejak lapan tahun yang lalu, namun tiada tindakan diambil sehingga ke hari ini. Jika kawasan tersebut adalah kawan gerai biasa, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun, pihak KOSPEK menjadikan kawasan terbabit sebagai "foodcourt" yang sepatutnya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang sewajarnya. Namun, ini tidak berlaku dan terus dibiarkan begitu sahaja. Wajarkah, tempat menjamu selera seperti ini yang terletak ditepi jalan utama tidak punyai tandas mahu pun surau. Dipercayai juga dialog dan aduan sudah kerap dibuat, namun hasil dan jawapannya tetap "tunggu dan lihat".

Lapan Tahun Bersabar Menunggu Tandas Awam

Lebih saya simpati apabila dilihat pengunjung bertanya "dimana tandas?". Jawapannya tiada semata-mata. Pengunjung pun dilihat "pusing belakang" dengan hampa. Dikalangan peniaga mungkin mereka boleh mencari masjid atau surau berdekatan tetapi apa jadi jika pengunjung bukan Islam atau pelancong-pelancong luar. Sungguh amat menyedihkan lagi, dikalangan peniaga sendiri yang terpaksa menggunakan wang dan tenaga mereka untuk membina "kotak-kotak" kecil sebagai tempat mereka bersembahyang. Mungkin kerana mereka-mereka di situ bersembahyang menyebabkan mereka boleh bersabar sehingga lebih 8 tahun. Pengunjung setia, Safar Bidin, 54 sempat ditanya, berkata “Kalau ada ADUN kawasan ini meninggal dunia, Pak Cik rasa “ Masalah boleh selesai”. ADUN yang berkenaan sewajarnya tidak "meninggal akal" untuk selesaikan masalah kawasan. Tidak dinafikan pihak yang berkenaan mungkin telah berusaha selesaikan masalah yang disebutkan tadi kerana ianya bukanlah perkara baru, namun wajar disegerakan kerana jika terlepas pandang nanti akan memberi banyak kesan langsung kepada peniaga di situ. Malah isu ini boleh menyebabkan nama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri tercemar di mata dunia. Keadaan itu menyebabkan mereka yang ingin "melepaskan hajat" terpaksa berbuat demikian di tandas masjid, surau atau di belakang-belakang atau tempat dan sudut-sudut gelap yang selamat (foto sebenar sebagai bukti). Dalam masa sama, sudah pastilah tidak sesuai jika tandas masjid atau surau berdekatan (1 kilometer) dijadikan tandas awam kerana ia akan mengotorkan persekitaran dan menyukarkan jemaah untuk beribadat. Tambahan pula ia akan membebankan pihak pengurusan masjid atau surau kerana perlu tanggung bil air yang digunakan orang ramai. Tandas masjid bukan tandas awam yang boleh digunapakai sesuka hati oleh orang ramai tetapi khusus bagi mereka yang ingin solat dan beribadat. Kalau ramai menggunakan tentunya timbul pelbagai masalah, masakan hanya yang “tak elok” dihantar ke masjid.

Orang Ramai Terkilan Sikap Lepas Tangan MPK

Dalam pada itu, seorang pemandu kereta sewa yang enggan namanya disiarkan memberitahu, dia hairan, masakan MPK terlepas pandang dalam perkara yang sebagini besar. Dan bayangkan kiranya isu ini menjadi isu negeri atau negara. Siapa yang akan mendapat malu? ''Saya membawa ramai pelancong dan keadaan ini amat memalukan. Bila pelancong bertanya…”., katanya. Sebagai pemandu kereta sewa, apa jawapan yang boleh dia berikan?. Mungkin MPK ada jawapannya. Seorang peniaga kasut dari Ipoh yang datang menginap di Kuantan, Stevan Khor, 50, pula memberitahu, dia pernah menyuarakan masalah tersebut dengan menalipon sendiri tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab. Seorang warga emas, Zulkifli Majid, 68, bakal persara berkata, kemudahan asas seumpama itu penting terutama di tempat yang sering dikunjungi orangramai, apalagi seperti Pak Cik yang “dah senja” ni. "Pak Cik ada penyakit kencing tak lawas tapi makan selera lagi. Pak Cik nak cadangkan supaya pihak MPK bertindak segera kerana tandas ini satu keperluan asas, tambahan pula orang tua macam Pak Cik Tak apalah kalau kena bayar asalkan keselesaan diberi keutamaan, Pak Cik ada pencen”, katanya. Sementara itu, Mariam Ismail, 50an, berkata "masalah ketiadaan tandas sebenarnya lebih menghantui kaum wanita.. Pihak MPK sepatutnya sedar masalah ini. Kalau lelaki tak kisahlah, sebab mereka boleh buang air di mana-mana sahaja,. Kalau wanita…!?.. Malu-malu “,katanya. Seorang penduduk dari Lubuk Merbau yang tinggal di Taman Sepakat, Ahmad Nazam, 40, menyatakan, ketiadaan tandas memang sesuatu yang menyusahkan dan memalukan. Peniaga, Rohana Bachok, 49, berkata longkang yang selalu tersumbat dan air tasik yang bertakung berhampiran dengan tempat makan menyebabkan saya tidak jadi untuk makan di situ. Bau yang dihadirkan dari tasik itu terlalu busuk.

MPK Langgar Syarat Lulus Lesen Tanpa Tandas

Rata-rata pengunjung yang ditemui mahu pihak Majlis Perbandaran Kuantan segera membina tandas awam dan surau demi keselesaan mereka. Bayangkan nasib peniaga dan pengunjung yang terpaksa menahan lama atau berjam-jam untuk melepaskan hajat tetapi tidak kesampaian. Bayangkan sekiranya anda sendiri yang terlibat sebagai mangsa ketiadaan tandas. Walau apapun alasan atau sebarang sebab dalaman yang diberikan sebagai faktor ketiadaan tandas di situ, itu hanyalah sebagai jawapan bijak “ahli politik” yang telah diasuh menjawab. Ini sukar diterima, Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera dan sewajarnya apatah lagi ia adalah membabitkan imej baik MPK sendiri Sudah tiba masanya untuk pihak terbabit mengambil jalan penyelesaian secepat mungkin kerana jika perkara ini dibawa ke Dewan Undangan Negeri atau ke Dewan Rakyat kita bimbang slogan “Rakyat didahlukan, akan jadi Rakyat didahulu kenakan”. Saya percaya sekiranya semua masalah ini dapat diatasi sebaik mungkin, ia pasti membawa pulangan baik kepada MPK malah dalam masa sama dapat membantu mempromosikan Negeri Pahang dan peniaga yang terlibat. Ramai juga yang terkejut dan tertanya-tanya kenapakah pihak Majlis Perbandaran Kuantan boleh meluluskan lesen kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan di situ, sedangkan di situ tidak mempunyai tandas seperti disyaratkan dalam undang-undang kecil MPK bagi restoran atau pun penjualan makanan.

[Berdasarkan kepada undang-undang dan syarat, sesebuah restoran atau warong kopi atau gerai makan perlulah mempunyai tandas sebelum lesen boleh dikeluarkan. Bagaimana pula bahagian Kesihatan MPK dan Jabatan Kesihatan Kuantan…?. Mungkin juga mereka terlepas pandang atau jawapan lain…Kes Terpencil.. Namun, disitu seolah-olah ada perkara yang tidak diketahui sebab-sebabnya berlaku. SPRM dicadangkan “jangan siasat”. Mungkin ia yang pertama di Malaysia agaknya. Justeru itu amatlah diharapkan agar pihak MPK dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang meluluskan lesen di situ Jika inilah senario yang berlaku, maka sudah pastilah ia akan mencemarkan nama baik Majlis Perbandaran Kuantan malah Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri sebenarnya.. Mana mungkin perkara sebegini boleh terlepas pandang bagi sebuah Majlis Tempatan yang hebat seperti ini. Semoga tindakan segera dapat diambil oleh MPK !].
Share:

6 ulasan:

  1. Biar ada tandas, asalkan jangan tiada surau. Kedua-duanya penting.Rakyat didahulukenakan.Tahniah kepada ADUN yang berkenaan kerana TIDAK MENINGGAL AKAL untuk selesaikan masalah rakyat. Tahniah juga kepada MPK kerana cepat DISEDARKAN.
    Saya hadir pada kempen Zon Sifar Sampah (ZSS) pada 26 Jan.2011 yang antara lain turut melibatkan pemantauan dari segi kebersihan disetiap premis perniagaan dan mengujudkan tandas awam yang bersih serta menepati syarat yang ditetapkan MPK. Menurut kata Yang Dipertua MPK.

    BalasPadam
  2. ni satu lagi.....MPK bz saman pesalah Parking lah..mana ada masa memikir pojek utk rkyat kuantan...Bas dlm bandar pun xtersedia..inikan pulak toilet...yg dia tau ubah suai laluan sehala-dua hala+ saman salah parking...itu je la kojenya.......

    BalasPadam
  3. mashuk-mashuk....janji masuk...

    BalasPadam
  4. mpk perlu bina tandas...duet stiap bulan nk tp tandas yg kos x smpai berjuta xleh wt,,,,pk la sndri

    BalasPadam
  5. Kata nabil Lu pikirlah sendiri. Syukurlah belum jadi BANDARAYA..Nak tanya je...berapa sewa sebuah gerai...?. Kalau sifir mudah, katakan ; RM 250.00 sebulan x 16 buah, dah ada RM 4,000.00. Tiga bulan sahaja dahpun dapat sebuah tandas. Tiga bulan lagi dapat surau pulak..Ada lebih sikit lagi pakat-pakat buat tempat letak kereta..Tasik yang ada kat situ pakat-pakat ternak ikan MPK.

    ADUN kawasan tu, siapa ye..?. Kalau ada gambar kan bagus. Kesian warga Kuantan. Lu pikirlah sendiri.!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.