KUANTAN, 21 April - Mungkin dek kerana kelantangan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mengugut semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menghantar maklumat masalah air di kawasan masing-masing, maka akhirnya masalah air menimpa sebahagian rakyat Kuantan. Hampir 25,000 penduduk dari 4,500 keluarga terjejas gara-gara mengalami masalah bekalan air sejak empat hari lalu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Pahang hari ini. Penduduk yang terlibat adalah di kawasan sepanjang Jalan Sungai Lembing merangkumi enam taman perumahan dan kampung tradisional. Sebelum ini di Sidang Dewan Undangan Negeri, Adnan dengan "sombong" dan "bongkak" mengugut semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang berhubung dengan isu air ini. Kenyataan yang dibuat Adnan jelas sekali menggambarkan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik selama ini. Malah, dia dengan bangganya mengatakan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat di negeri ini. Adnan dengan bangganya mahu ADUN terbabit menyenaraikan kawasan-kawasan kritikal bekalan air dalam tempoh dua minggu untuk diambil tindakan segera. Malah beliau tidak wajar mengugut kononnya mana-mana ADUN yang tidak menyenaraikan kawasan itu dianggap tidak berminat atau tiada masalah tersebut di kawasan mereka. Begitu mudah Adnan menyelesaikan isu air ini dengan meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Apakah begini tugasnya seorang MB?[Sepatutnya isu air ini sudah lama diselesaikan selepas beberapa kali ia disiarkan dalam media arus perdana termasuk esksklusif di TV3 suatu ketika dulu. Namun, ia terus berlaku dan membelenggu sebahagian besar rakyat Pahang terutamanya yang tinggal di kawasan kampung dan pendalaman termasuk juga tanah rancangan Felda. Malah baru-baru ini isu yang sama melanda sebahagian penduduk Temerloh seperti yang telah kami dedahkan. Maknanya, isu air ini tidak akan ada kesudahannya selagi Kerajaan Negeri Pahang tidak benar-benar serius dan jujur untuk membantu rakyat menyelesaikannya. Soalnya sekarang, jika masa dua minggu diberikan kepada ADUN terbabit untuk buat laporan maka berapa lama pula Kerajaan Neegri Pahang akan memperbaiki masalah tersebut. Apakah rakyat perlu tunggu lima tahun lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya?. Jika itulah keadaannya, maka sudah menjadi tanggungjawab rakyat Pahang untuk mengubah kerajaan negeri sekarang].






Isu air..
BalasPadamSaya dibesarkan di JENGKA masalah air sejak dulu..kini..esok ..lusa "DAH LAMA DAHHH",air berlumpur,tekanan rendah.. air tak de.. lagi2 musim raya. Ni ada ati nak jual air ke selangor, ANAK BERUK DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN..pangkah pokcik&mokcik tak de air tak pe..
RENUNGAN BUAT ORG ORG JENGKA
BalasPadamUNDILAH UMNO...ESOK AIR PAIP RUMAH KAMU MELIMPAH RUAH
BERANI KAMU CAKAP DULU KINI SELAMANYA BAWAH UMNO TKDE AIR
RUMAH AKU JENGKA GAK TP AIR BYK APA
HIDUP BN UMNO SELAMANYA HAPRAK HARAM JADAH
BalasPadamDaripada mendapatkan pinjaman, saya mendapat kad ATM kosong yang sudah diprogramkan untuk mengeluarkan maksimum $ 5,000 setiap hari selama 30 hari. Saya sangat gembira dengan ini kerana saya mendapat saya minggu lepas dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 45,000. Encik Mike memberikan kad itu hanya untuk membantu orang miskin dan memerlukan walaupun ia menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti orang lain berpura-pura mempunyai kad ATM kosong. Dan tiada siapa yang ditangkap ketika menggunakan kad. dapatkan kamu dari dia saya cadangkan sepenuhnya kepadanya. Hanya hantarkan e-mel kepadanya (blankatm001@aol.com)