KUALA LUMPUR, 18 April - Pengawal selia tenaga nuklear negara menafikan telah meluluskan rancangan Lynas Corporation untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng dekat Kuantan sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat. Lynas telah melabur RM700 juta bagi mendirikan loji pemprosesan nadir bumi, yang akan beroperasi akhir tahun ini. “Simpanan di kawasan loji tidak akan menjadi penyelesaian terakhir,” kata Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto). Dalam temu bual khas itu, kawasan simpanan dalam loji yang telah diluluskan, yang bertujuan memudahkan kerja-kerja pemprosesan, adalah sebagai “kawasan sementara untuk menyimpan sisa buangan.” Baru-baru ini Lynas memberitahu ia tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan operasi pemprosesan nadir bumi di Gebeng dengan kemudahan simpanan jika pelan untuk mengitar semula sisa radioaktifnya tidak dimuktamadkan. Lynas memberi jaminan kepada pengkritik bahawa lombong Mount Weld di Australia adalah salah satu daripada tiga kawasan yang unik dengan simpanan nadir bumi yang rendah tahap radiasi dan tidak sewajarnya dibandingkan dengan loji Bukit Merah yang sedang melalui kerja-kerja pembersihan menelan kos RM303 juta sejak dua dekad lalu selepas ia ditutup.CEO Lynas Tipu Kebenaran Simpan Sisa Buangan
Jika syarikat itu gagal berbuat demikian, kata beliau, ia tidak akan diberikan lesen operasi sepenuhnya. “Daripada pengalaman ARE, publik tidak akan membenarkan kerja-kerja menambah torium secara berterusan. “Itu sebabnya apabila Lynas mengemukakan permohonan, kami memberitahu bahawa ia tidak lengkap. Jika anda tidak dapat mengalihkan sisa buangan, apa anda hendak lakukan? Ini sangat penting,” katanya. “Kami akan bertanya pada mereka, apa akan jadi jika anda tidak dapat menjualnya? Jika sisa pembuangan terus bertambah, kami akan menghentikan pengimportan dan penambahan,” tambah beliau. Awal bulan ini, beliau dipetik berkata, Lynas akan kekal di kawasan perindustrian Gebeng melainkan loji pemprosesan juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan.
Ketika itu Abdul Aziz juga mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi. Sebaliknya kata beliau, paras torium dalam bahan mentah yang akan digunakan untuk tujuan pemprosesan akan dijadikan sebagai petunjuk. “Perkara utama menjadi perhatian ialah sisa buangan,” kata beliau merujuk kepada elemen radioaktif yang ditemui dalam semua lapisan nadir bumi. Malah ketika itu juga, Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya. Pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi. Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu. Lynas secara berulang kali mengatakan bahawa nadir bumi yang pihaknya gunakan hanya mempunyai 1,600 ppm torium iaitu 50 kali lebih rendah dari yang digunakan di Bukit Merah.
[Nampaknya, isu Lynas semakin panas jika benar dakwaan Ketua Pengarah EALB ini. Ternyata CEO Lynas telah membuat satu tindakan tidak bijak apabila mengatakan syarikatnya telah mendapat kebenaran Kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa buangan bahan radioaktif rare erath di kawasan perindustrian Gebeng. Malah, Lynas juga ada mengatakan mereka mebina beberapa buah kolam yang besar untuk tujuan tersebut. Masalahnya, apakah dia pernah terfikira andainya air kolam terbbait melimpah akibat banjir dan sebagainya. Bukankah ia akan menyusahkan penduduk setempat. Apapun keputusannya, rakyat tetap mahukan Lynas dibatalkan bukannya membuat eksperimen kepada orang lain yang tidak berdosa. Semoga rakyat akan terus bangkit untuk membantah perkara ini].







ADNAN SEORANG MB YANG BODOH. KERANA KEBODOHANNYALAH MEMBAHAYAKAN GENERASI ANAK KITA DISEKITARNYA..BALOK MAKMUR, BALOK PERDANA..DAN SEKITAR KUANTAN DALAM KEDUDUKAN TIDAK SELAMAT..MB BODOH...
BalasPadamADNAN SEORANG MB YANG BODOH. KERANA KEBODOHANNYALAH MEMBAHAYAKAN GENERASI ANAK KITA DISEKITARNYA..BALOK MAKMUR, BALOK PERDANA..DAN SEKITAR KUANTAN DALAM KEDUDUKAN TIDAK SELAMAT..MB BODOH...
BalasPadamtu kan area melayu so apa dia kisah...melayu ni bagi 100 ke 200 ke senyap le..silap2 lawan hilang wang pertaruhan....
BalasPadamKenyataan diorang ni asyik bertentangan antara satu sama lain nih..ada yg tak kena ni..minta suruhanjaya diraja siasat..melibatkan kepentingan rakyat ni..
BalasPadamPRU akan dtg nnti tendang je la BN keluar klu korang nk projek ni dibatalkan.
BalasPadamnampaknya kisah kilang lynas ini adalah tulen!
BalasPadamsiasat juga kilang kertas di mentakab yang dikatakan melepaskan efluen ke sungai pada kadar 160 ppm sedangkan kadar yang dibenarkan oleh jabatan alam sekitar hanyalah 100 ppm..
BalasPadamtanyalah rakyat pahang yg bodoh bodoh tu (penyokong umno-bn).Inilah hadiah yg di berikan oleh kerajaan pahang kpd rakyatnya. Rakyat pahang memang membunuh diri apabila memberi kemenangan kpd umno bn sialan....
BalasPadam