script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Orang Ramai 'Kecewa' Atas Tindakan Menteri Besar Mengarahkan Pembatalan Taklimat Penerangan Lynas Di Indera Mahkota Malam Tadi

KUANTAN, 13 April - Orang ramai yang hadir untuk mendengar Taklimat Awam Isu Lynas di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini malam tadi kecewa dengan "kebaculan" Kerajaan Negeri Pahang membatalkan program tersebut. Mereka yang datang dari jauh untuk sama-sama memainkan peranan dalam taklimat tersebut telah dinafikan hak akibat ketakutan kerajaan untuk menerima kebenaran. Rata-rata yang ditemui mengatakan tindakan pembatalan tanpa sebarang maklumat ini jelas sekali melambangkan betapa takut dan gusarnya kerajaan melihat kebangkitan suara rakyat untuk membantah projek ini. "Kami sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengambil bahagian dalam sessi dialog yang akan diadakan. Tapi kami hairan kenapa Menteri Besar Pahang mengarahkan pembatalan itu, sedangkan beliau tahu rakyat inginkan maklumat dan mahu bertukar-tukar pandangan tentang isu ini. Apa yang berlaku malam ini jelas membuktikan merekatidak serius untuk mendahulukan rakyat. Kami mewakili sebahagian besar rakyat di kawasan yang akan terlibat dengan projek ini berjanji akan berkempen untuk memastikan rakyat menolak kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang", kata seorang penduduk dari Balok Makmur yang turut hadir malam tadi.


Sebahagian orang ramai yang hadir menunjukkan kekecewaan mereka

Pintu ini tertutup akibat sikap pemimpin yang takut hadapi kenyataan

Antara pemimpin dan rakyat yang hadir untuk membantah projek Lynas

Semua pihak kecewa akibat pembatalan yang dilakukan oleh penganjur

Orang ramai serbu kaunter pertanyaan dan marah akibat pembatalan
[Sesungguhnya tindakan pembatalan ini adalah sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Malah difahamkan MB juga mengarahkan semua taklimat Lynas selepas ini dibatalkan. Apa yang jelas, ternyata MB Pahang kini semakin "bengong" dengan desakan rakyat agar projek tersebut dibatalkan. Namun, apakah beliau akan terus "mempersetankan" suara rakyat ini dan terus "memperjudikan" nasib mereka selepas ini agaknya. Harapan kita agar pemimpin UMNO itu ingat kata-kata "Tradisi Membela Rakyat" dan mengembalikan hak kepada rakyat untuk menentukannya. Malah, kita juga hairan Kerajaan Negeri Pahang tidak membuat sebaran maklumat secara menyeluruh tentang taklimat Lynas yang mereka adakan sebelum ini. Ini membuktikan apa yang dilakukan ini sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata. Jika inilah cara kerajaan bertindak, maka sudah pastilah rakyat akan terus memberontak untuk menuntut kebenaran. Ingatlah, suara rakyat itu suara keramat].
Share:

8 ulasan:

  1. rakyat didahulukan..mereke sebuk mengumpul harta berjuta juta..kang cakap marah pulak..tp kalau tak caye tgk je la bekas2 yb pahang dot3 sibuk dok korek bijih besi..sebulan beratus ribu income..cari la sdn kalau tak percaya..kita rakyat di dahulukan..betul la kan..apepunya mb mcm ni susah sgt nak berjumpa rakyat..sibuk sangat buat ape entah la..aku rasa pastikan pru kan dtg kita tukar kerajaan..baru aku rasa sistem pentadbiran pahang ni akan berubah..belum cuba belum tau..apa nak takut..yang takut hanya mereka yg takut sahaja..siapa dia..tanya diri sdn heh

    BalasPadam
  2. cer kilang tu gi buat kat pekan.kan bagoess..

    BalasPadam
  3. takde telor rupanya mb pahang ni, suruh rosmah jer la jadi mb... amacam?

    BalasPadam
  4. mb pahang orang baik......jgn duk kutuk sangat,,,,ok

    BalasPadam
  5. aku bukan orang politik tapi aku tak nak kilang ni ada kat kuantan sebab aku dah beli rumah kat sini.. ada paham ke pemimpin pahang?

    BalasPadam
  6. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

    Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

    Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

    "Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

    "Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

    "Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

    "Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

    Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

    "Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

    Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

    "Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

    "Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

    Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

    Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

    "Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,''

    BalasPadam
  7. Senang cakap, buatlah lagi solat hajat banyak2 biar cepat Tuhan tunjukkan bukti KEBENARAN, KESUCIAN, KEBERSIHAN dan KEJUJURAN Anwar. Kita cuma berasa bimbang akan ada nanti pihak yang tuding jari bahawa terdapat 'konspirasi' antara Tuhan dan BN (atau sekurang-kurang antara 'kerajaan langit' dengan UMNO) untuk memfitnah dan menjahanamkan Anwar. Kita tidak akan, diulang TIDAK AKAN terkejut kalau masa itu nanti barulah Anwar dan para pendewanya menutut diadakan suruhanjaya diraja.

    BalasPadam
  8. ntah apa2 pencacai umporno nih..mamak teh tarik satu kurang manis....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.