script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Rakyat Terus Bangkit Buat Bantahan Projek Lynas, Kerajaan Negeri Sewajarnya Terima Hakikat Majoritinya Tolak Projek Itu Di Teruskan!

KUANTAN, 8 April - Kebangkitan suara rakyat untuk membantah pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini kini semakin memuncak. Biar pun pihak Kerajaan Negeri Pahang kini berusaha mengadakan sesi taklimat awam untuk memperjelaskan kepada rakyat tentang "hasrat murni" kerajaan itu, namun ternyata mereka tetap membantah dan mahu projek itu dihentikan segera. Mutakhir ini, heboh diperkatakan di sana sini tentang ketakutan rakyat terutamanya mereka yang tinggal sekitar kawasan Kuantan tentang bahayanya projek ini. Mereka mula gusar dan tidak dapat tidur lena akibat dibelenggu dengan igauan mimpi ngeri Lynas untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Ramai yang mula hairan dan terkejut dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang langsung tidak mahu mengambilkira rintihan rakyat itu sebenarnya. Mereka juga marah kerana, demi keuntungan kerajaan sanggup memperjudikan nasib rakyat yang tidak berdosa. Dua hari lalu (6 April) satu lagi taklimat awam telah diadakan di Duta Village Hotel, Beserah dekat sini. Seperti sebelum ini taklimat tersebut tidak ubah untuk mengaburi mata rakyat. Taklimat yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, Nuklear Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar Pahang itu tidak lebih untuk "Memaksa rakyat menerima apa yang dibantah".


Barisan ahli panel taklimat awam Lynas yang terus menerima tekanan

Rakyat terus hadir untuk menyokong bantahan Lynas di Duta Village

Antara sebahagian yang hadir dalam taklimat awam Lynas di Beserah
Rata-rata rakyat yang hadir mahu projek itu dibatalkan, sebaliknya taklimat berkenaan seolah-olah mahu "rakyat menerima sesuatu yang mereka tidak boleh terima". Akhirnya jadilah seperti di Indera Mahkota baru-baru ini, penceramah terbabit diserang bertalu-talu oleh orang ramai yang mengemukakan soalan dan memberi pandangan tentang isu tersebut. Akhirnya, taklimat yang diadakan itu sekadar tinggal taklimat dan keputusannya sudah pun diputuskan oleh Kerajaan Negeri Pahang bahawa projek Lynas adalah tidak berbahaya dan untuk kepentingan rakyat. Inilah yang menjadi kemarahan seluruh rakyat itu sebenarnya.

[Difahamkan, satu lagi Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas siri II bakal diadakan di Masjid Balok Makmur Kuantan. Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang itu bakal diadakan selepas Solat Jumaat hari ini. Justeru itu, orang ramai terutamanya mereka yang tidak mahu kilang Lynas dibina di Gebeng dijemput hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan bantahan ini. Sokongan rakyat diperlukan untuk menyemarakkan lagi bantahan terhadap projek tersebut. Sementara itu khabarnya ada beberapa lagi siri taklimat yang diatur oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang bakal diadakan, dan terbaru 12 April ini di Komplek Dagangan Indera Mahkota. Justeru itu, orang ramai digalakkan hadir untuk bersama-sama mendengar serta memberikan sokongan terhadap bantahan isu panas ini].
Share:

16 ulasan:

  1. Terima kasih kepada PDO yg melaporkan berita ini yg tentunya payah nak keluar dalam media arus perdana.

    Selagi kita hanya bergantung kepada maklumat daripada media arus perdana semata-mata, selagi itulah kita mendapat gambaran senget sebelah... banyak realiti disorokkan.

    Kepada MB Pahang.... janganlah ego sangat. Utamakan kepentingan rakyat. Ini bukan isu politik kepartian... ini isu keselamatan rakyat dan masa depan negeri Pahang. Bukankah BN selalu melaungkan kata-kata keramat "Rakyat didahulukan".

    BalasPadam
  2. Wan Azizah didesak menunjukkan Jam Omega milik Anwar yang dikatakan hilang sewaktu kejadian seks PORNO tersebut berlaku. Ia adalah untuk membuktikan bahawa Anwar tidak terlibat dalam aksi video seks PORNO yang telah dikaitkan itu.

    Jika Azizah berjaya pula menunjukkan Jam Omega tersebut, mungkin perkara tersebut dapat menyelamatkan Anwar dari dilibatkan dengan aksi video seks PORNO.

    Bukti sebenarnya berada pada video seks PORNO durasi 21 minit, sebabnya tahu je la, hobi Anwar kan suka bab main kunyit...!!!

    Kenalah tengok ada tak adegan menyental belakang dan aksi main kunyit pada bab-bab seterusnya. Memang best betul, depan belakang sental. Dah rasa sedap, lepas tu semuanya "Konspirasi" dan semuanya "fitnah".

    Tunjukkanlah buktinya, katakan semua ni fitnah...!!! Sedangkan semua bukti dan usul fakta telah dinyatakan, sebaliknya Anwar yang berdolak-dalih memberikan jawapan.

    Pusing dan "Spin" cukup-cukup sampai semuanya pening nak memikir, benda yang betul jadi salah dikelirukan oleh perbuatan Anwar.

    Sumpah takut, serahkan DNA takut, tunjukkan Jam Omega kecut, lepas tu berbagai la jawapan perut buncit la, tak da janggut la, tengah ber layar "TWITTER" la dan macam-macam lagi temberang digunakan.

    Dalam video aksi PORNO itu, gambar terbias disebabkan kaca. Maka pada bahagian kiri dan kanannya gambar agak melengkung dan nampak seakan buncit, tetapi pada sudut tertentu si PORNO tak la buncit seperti digemburkan.

    Dalam video rakaman hitam putih manakan nampak si PORNO tu berjanggut ke tidak ketika beraksi, tetapi pada kedudukkan tertentu ternyata kelihatan seceput janggut si PORNO.

    Kalau akaun laman sosial ni bukannya susah sangat, bagi PASSWORD kat sesiapapun yang telah ditugaskan, dah boleh komen dan layari akaun seumpama FACEBOOK, TWITTER, TAGGED dan berbagai lagi secara ON-LINE.

    Semua jawapan yang diberikan Anwar sebenar tak munasabah langsung, tak boleh dijadikan usul bukti. Cuma pada Jam Omega dan Aksi Video Seks PORNO Anwar durasi 21 minit saja yang membuktikan Anwar tidak bersalah.

    Persoalannya, ada tak adegan aksi main kunyit tu, macam pengadu kes Liwat tu yang sampai hari ni tertangguh-tangguh lagi dimahkamah tak habis-habis sampai la ni...!!??

    Saksikan video BONEKA sedang membaca "ManuSkrip" yang telah tertulis oleh pengarahnya...!!!

    BalasPadam
  3. Walau pun belakng nya sakit tapi Anwar mampu untuk bersenam dengan Cina Doll.Kuat juga Anwar. Selepas menimbulkan keraguan berhubung isu jam tangan Omega, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail sekali lagi mencetuskan pertanyaan dan kali ini berhubung isu sakit belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Wan Azizah pada sidang akhbar di rumahnya kelmarin mendakwa susuk tubuh badan Anwar lebih tegap kerana suaminya itu sering bersenam ketika dalam penjara selama lebih enam tahun.

    Namun apa yang menjadi persoalan, sepanjang Anwar ditahan dari 1998 sehinggalah dibebaskan pada 2004 sering dikatakan menderita pelbagai penyakit termasuk mempunyai masalah sakit pinggang yang kronik.

    Malah, Penasihat PKR itu juga sering dilihat memakai bengkung pinggang dan penyokong leher selain mendakwa hanya memakan buah kurma yang dibekal keluarga dan minum air zam-zam kerana tidak menjamah makanan penjara.

    Keadaan Anwar yang turut dipertontonkan kepada seluruh dunia ketika beliau ke luar negara sebaik sahaja dibebaskan bertentangan dengan apa yang disebut Wan Azizah bahawa suaminya sering bersenam di dalam penjara sehingga ototnya kuat.

    Wan Azizah membuat kenyataan itu ketika menyangkal suaminya ialah individu di dalam rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

    Percanggahan kenyataan Wan Azizah dengan situasi sebenar Anwar semasa di penjara itu menjadi topik hangat dalam kalangan beberapa blog antaranya Ekstrem Tolak PKR (x-pkr) di http://x-pkr.blogspot.com.

    Blog ini turut mempersoalkan apakah mustahil amalan minum madu asli dapat mengekalkan otot-otot badan Anwar agar kelihatan tegap walaupun sudah menjangkau umur 64 tahun.

    BalasPadam
  4. Terbukti dalam sidang media bersama Wan Azziah tiada kelibat pemimpin PAS untuk bersama untuk menyatakan pendirian bahawa Anwar tidak terlibat dalam kes Video lucah itu. Turut sama dalam sidang media tersebut yang disiarkan keseluruh negara ialah Karpal Singh selaku peguam kes liwat Anwar dan juga Menteri Besar Selangor bagi mewakili kerajaan PKR Selangor.




    Difahamkan Wan Azizah telah mengeluarkan surat arahan selaku Presiden Parti PR menjemput semua pemimpin kanan parti PAS dan DAP ke sidang media tersebut. Namun bagi Presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS telah membuat keputusan tidak bersama dalam sessi sidang tersebut atas prinsip dan pendirian PAS.




    Haji Hadi telah menyatakan bahawa isu video lucah bukan isu parti yang boleh melibatkan Pakatan Rakyat. Malah isu tersebut lebih kepada isu peribadi yang melibat kan Anwar dan keluarganya. Haji Haji juga telah mengesahkan kepada penyokongnya bahawa individu yang terlibat dengan video sek itu adalah pemimpin tertinggi parti PKR.




    Oleh itu, buat pada masa ini PAS tetap dengan keputusan dan pendirian tidak akan bersama dalam kemelut isu tersebut. Beliau meminta Wan Azizah selaku Isteri Anawar dan juga Nurul Izzah selaku anak kepada Anwar pandai - pandai menangkis serangan dan memberi jawapan kepada rakyat.




    Bagi Nik Aziz pula, beliau telah tahu sejak awal lagi isu tersebut. sebab itu dalam ceramah yang dianjurkan oleh PKR di Gombak beliau hanya membisu dan tidak memberi komen, Beliau sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak mahu lagi bersubahat dalam kes ini. Nik Aziz juga sedar selama ini beliau terpaksa menyatakan sokongan kepada Anwar demi politik walaupun kes Anwar dan Saiful dalam kes liwat yang sedang dibicarakan dilhat benar - benar berlaku, cuma untuk mencari kesilapan teknikal sahaja yang boleh menyelamatkan Anwar.




    Kali ini ternyata PAS tidak kompromi lagi dalam penglibatan Anwar, bukan sekali bukan dua malah telah beberapa kali Anwar melakukan perkara tidak senonoh sepeti ini. Demi persahabatan politik PAS terpaksa tutup mata dan memberi hujjah kepada rakyat demi menyelamatkan Anwar.




    Hari ini pengikut-pengikut taasub PAS dan PKR secara beransur-ansur menerima kebenaran video seks tersebut. Bukan mudah bagi para pengikut Anwar Ibrahim untuk menerima kebenaran seperti ini. Jangan kita paksa atau marah kepada mereka.




    begitu banyak hujah dan alasan yang diberi bagi mempertahankan Anwar Ibrahim - bermula dengan hujah dangkal perut buncit, sehinggalah yang terbaru dengan hujah "tahap bangang" yang menyentuh soal janggut Anwar Ibrahim, memperlihatkan bahawa semua hujah hanyir lagi mengarut ini tertolak 100% tatkala kita secara jujur dan amanah memerhati "watak" tersebut dengan sangat teliti, melalui gerak-geri dan lenggok-ayun tubuh badannya yang benar-benar menyebabkan kita dapat mengecap serta mengesahkan siapakah individu tersebut.

    BalasPadam
  5. Entah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.
    Semalam, Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” berpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini. Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila di tanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
    Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
    Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum. Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
    Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
    Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu. Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
    Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar semalam. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit. Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
    Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya? Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? Sampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
    Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
    Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim. Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
    Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri. Sudah dilantik menjadi TPM, Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!

    BalasPadam
  6. anon diatas ni jenih babi dalam kubang, bodoh dulu,kini dan selamanya....

    BalasPadam
  7. Apa cerita ustaz Pas yang membunuh pelajar Saiful Syazani

    11:08 AM SUNGAI RAPAT ONLINE No comments



    Apa ceritanya seorang ustaz Pas yang mendera kemudian membunuh seorang pelajar tujuh tahun di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

    Takkan dengan memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik dianggap sudah selesai.

    Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul dan dihumban ke dinding oleh seorang ustaz Pas yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

    Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti Pas.


    Sekolah dimana Saiful dihumban ke dinding
    Jika pembunuhan ini dilakukan oleh umno sudah tentu beberapa perarakan sudah pun berlaku menuntut keadilan, apabila Pas membunuh hanya dengan minta maaf semuanya selesai. Difahamkan juga sekolah agama itu melantik guru yang tidak berkelayakan, mungkin sebahagian daripadanya 'kaki pukul'


    Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi, bukan main tangkap muat sahaja macam nak jadi calon Pas.


    Rakyat akan sentiasa memerhati apakah tindakan sewajarnya yang telah diambil oleh semua Sekolah yang dibawah naungan parti Pas kerana sebelum ini pernah pelajar dicabul dan dirogol.

    BalasPadam
  8. Laa... Rupenya Wan Azizah Tak Tahu Jam Omega Tu Limited Edition.
    Mamposss.... wan azizah sampai la ni masih tak dapat buktikan jam omega anwar tu pada wartawan walau pun dia kata jam tu ada dalam simpanan dia. hari tu dia meracau-racau bila ada seorang wartawan cina mintak dia tunjukan jam tu, menggelupur beruk dia beb...


    Pada mulanya wan azizah cukup confident yang dia boleh membuktikan jam omega ada dalam simpanannya, tapi setelah dia tahu, jam omega tu bukan jam biasa, dia dah start menggelabah, pada aku secara logiknya, kalau betul la jam tu ada di tangan dia, dah tentu, tak payah wartawan tanya, dengan rela hati wan azizah tayang jam tu pada wartawan, senang cerita dah tentu-tentu datuk eskay dia boleh chekmate.

    Difahamkan jam omega tu adalah limited edition, pemberian kerabat raja saudi, bentuk jam tu berlainan dengan jam omega yang ada di jual di kedai. jadi memang sah wan azizah tak mampu cari ganti kat mana nak beli jam yang serupa macam yang datuk eskay serahkan pada polis. wan azizah pun silap, tapi ye la kan dia mana nak tau nak jadi macam ni, sepatutnya dia ambik gambar jam tu dulu, bila jadi kes macam ni, apa susah-susah pi je la tempah yang baru ye tak?

    Maka itu sebapnya lah sampai la ni, anwar tak balik lagi ke semenanjung, dia dok pening kepala apa nak jawab kat wan azizah dan aku di fahamkan wan azizah pun turut datang ke kuching tapi tak jumpa dan duduk pun satu hotel dengan anwar.

    BalasPadam
  9. Anwar Tercirit : PAS SOKONG SURUHANJAYA DIRAJA !!

    Friday, April 08, 2011 ghostWRITER No comments




    Kempen di Sarawak dijangka terus hangat dengan isu yang menjerat pembangkang apabila beberapa bloggers dilaporkan dipanggil polis bagi membantu siasatan penyebaran video seks tokoh pembangkang.


    Pemimpin pembangkang pula nampaknya mula tidak sependapat berhubung isu penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengenalpasti individu terlibat. Barangkali jelas sudah individu terlibat adalah Bro Anwar yang mereka sanjung dan hormati selama ini.


    Semalam, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub secara terbuka menyatakan sokongan penubuhan Suruhanjaya Diraja, yang mana pendirian berkenaan bertentangan dengan kesepakatan pemimpin pembangkang yang selama ini menentang keras cadangan itu.


    Barangkali bukan Salahuddin seorang yang sudah mendapat ‘petunjuk’ bahawa Anwar akan menjadi liabiliti besar kepada perjuangan pembangkang sekiranya Anwar terbukti bersalah .
    Justeru kenyataan Salahudin itu boleh disifatkan tindakan ‘lepas tangan’ Pas dalam pakatan pembangkang jika Anwar disabit bersalah kelak.


    Sudah pasti selepas ini Salahuddin akan berseteru bukan kepalang dengan Karpal Singh bersungguh menafikan Bro Anwar terlibat, sekaligus meraih untung besar jadi peguam Anwar selagi mana kesnya tidak selesai dibicarakan.


    Dalam Pas, Salahuddin juga akan dilihat seorang ahli yang ‘derhaka’ dan tidak patuh kepada kepimpinan Ulama Pas memandangkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sehingga kini masih bertegas menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja.


    Mungkinkah selepas ini sejarah leburnya kerjasama pembangkang di atas nama ‘Barisan Alternatif ‘ suatu ketika dahulu akan berulang lagi terhadap ‘Pakatan Rakyat’ ?? Apakah PRN Sarawak akan merintis kepada ‘cerai talak 3’ pembangkang menjelang PRU-13 ??


    Tiada yang mustahil dalam politik, bak kata Bro Anwar, zaman sekarang zaman ‘edan’ ( Gila )!!


    Soalnya, siapakah sekarang yang nampaknya semakin menggila?!! Biar rakyat nilai dan tentukan ‘ajal ‘ politik gila mereka !!


    tahniah rakyat sarawak kerana berpeluang menghukum anwar dan pembangkang lebih awal!!
    jangan sia-siakan undi anda!! usah terpedaya dengan dakyah politik mereka yang tak sudah!!

    BalasPadam
  10. menfitnah orang mmg sedap,ya allah aku doakan anon2 di atas yg suka menfitnah orang menaibkannya supaya menerima balasan di dunia ni,aku berdoa tuhan dapat menurunkan bala ni kepada dia dan anak bininya supaya dia dpt merasai betapa pedihnya menfitnah orang,amin...

    BalasPadam
  11. Aku baca habis cerita anon yg panjang kat atas... Sebahagian besarnya direka-reka, ditwist atas niat politik jijik geng UMNGOK dan cuba nak melaga-lagakan PKR dan PAS.

    Ini modus operandi blogger UMNO. Sekarang beberapa kerat blogger UMNO duk berkeliaran dalam blog pakatan utk buat kacau dan menyampaikan dakyah mereka mungkin juga sebab blog mereka takde pengunjung atau hanya dikunjungi spesis penjilat macam mereka juga.

    Isu Ustaz yang melibatkan kematian budak tu pun dipolitikkan. Cuba tanya, apa tindakan UMNO kepada pemimpin / ahlinya yg rasuah, rogol orang sampai beranak, rogol amah, berzina, berpesta seks, berjudi di Genting, minum arak dan mengarahkan Altantuya dibunuh dan diletupkan? Apa tindakan UMNO?

    Sedangkan MCA menyalak mintak Kelantan halalkan judi dan loteri pun UMNO senyap.

    BalasPadam
  12. anwar terima cabaran suruhanjaya diraja...apa yang terciritnya..syaratnya kes antulya pu kena PCI gak ...ada berani????jawab lah si beruk cerite dongeng yang panjang2 kat atas ni...

    BalasPadam
  13. umno memang celaka...bab judi dia diam..bab arak dia diam..bab pegang2 tangan dan salam salaman antara jantan betina dia diam...

    umno patut di kafirkan

    BalasPadam
  14. sama2lah kita berdoa supaya anon2 yg membuat fitnah diatas ni dapat menerima balasan azab didunia ni,aku rasalah klau 44 0rang yg membuka PDO ni berdoa,kemungkinan allah menerima doa itu...krn allah itu maha mendengar dan melihat..

    BalasPadam
  15. umno patut diajar mengucap semula..

    BalasPadam
  16. ha.ha..apaler xde koje pengampu pengampu ameno berleluasa kt cni...stakat 'copy paste'...dah xde modal...yg aku heran tgok gmbr smer Mlayu+politikus+jabatan kerajaan duk pertahan LYNAS ni...xdop pulok nmpak muka omputeh wakil syarikat Lynas??????apa kes????

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.