script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Musykil: Polis Kenal Pasti Identiti 'Pelakon' Video Seks, Soalnya Kenyataan Itu Atas Tanggungjawab Atau Dek Kerana Pilihan Raya Sarawak Sabtu Ini!

KUALA LUMPUR 15 April - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan. "Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit. "Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam. Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara. Selain enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Ismail turut tidak menjelaskan lokasi rakaman itu dibuat dan pihak yang mendalanginya kerana mengikut prosedur siasatan ia tidak boleh diberitahu ketika ini. Ditanya sama ada lelaki yang melakukan seks dalam rakaman tersebut akan dikenakan tindakan, beliau berkata, polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut setelah siasatan selesai dilakukan. Ismail memberitahu, polis juga setakat ini belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan jenama Omega daripada pengedarnya. "Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat,'' ujarnya. Katanya, siasatan video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

[Terkadang memang kita sebagai rakyat amat musykil dengan cara kerja pihak polis ini. Jika pun ada adengan seks berlaku antara pasangan terbabit, maka itu bukan tugas polis untuk membawa ke pejabat Peguam Negara. Perkara itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan pihak jabatan agama yang perlu menjalankan siasatan. Ini bukan kes rogol atau kes bunuh. Ini kes dengan pelacur. Lihat dulu ketika pembunuhan pragawati Noritta Samsuddin (foto), Haneef Basri mengaku dia ada "buat seks" dengan wanita terbabit dan disahkan air mani dia banyak dalam rahim wanita itu, tetapi kenapa pihak polis tidak menyiasat dan membawa fail dia ke Peguam Negara atas kesalahan "merogol" atau melakukan seks?. Tiba-tiba kes Datuk T, mereka jadi tak keruan pula. Lebih baiklah polis menyiasat siapa yang arahkan Sirul dan Azilah (UTK Najib) membunuh Altantunya Shariibuu. Sebab sampai ke hari ini masih belum ada jawapannya. Mereka hanya bersalah membunuh, tapi arahan siapa hingga kini dirahsiakan. Polis harus membebaskan diri mereka dari kekangan politik jika ingin maju. Jika tidak sampai bila polis kita akan dianggap sama seperti polis dalam filem "hindi atau tamil" yang kita saksikan selama ini. Kembalilah kepada kebenaran dan insaflah wahai anggota polis. Hidup ini ada matinya, bukan boleh menongkat langit sampai bila-bila. Kalau inilah cara mereka bekerja, macam mana rakyat mahu terus yakin kepada integriti polis itu agaknya].

Share:

44 ulasan:

  1. ADALAH DINASIHATKAN AGAR PDO PERGI SEKOLAH DULU...BELAJAR LAGI, JANGAN BUAT KOMEN BODOH SERTA BANGANG....KOPLO!

    BalasPadam
  2. GEMPAR: ANWAR IBRAHIM MENGHIDAPI PENYAKIT KRITIKAL!!!!
    Pengakuan luar biasa Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengesahkan bahawa Nuar Berahim dan para penyokong rapatnya adalah terdiri dari spesis split personalitiy.

    Nuar Berahim dilihat seperti memiliki ciri-ciri seorang yang mengidap "dissociative identity disorder" (kecelaruan identiti terpisah - atau singkatnya DID).

    Bagaimanapun, tidak seperti pesakit lain yang menderita dan tertekan biasanya menjadi pasif, Nuar Berahim mengalaminya tetapi meneruskan hidup dan bertukar menjadi agresif.

    Simptom-simptom itu yang dimiliki oleh Nuar Berahim dan penyokong rapatnya termasuk:
    Melayan emosi negatif secara agresif. Cuba ikuti ucapan-ucapan Nuar Berahim, semuanya berbentuk agresif samada isu yang dipilihnya mahupun perkataan yang digunakannya. Inilah cara dia melepaskan tekanan perasaan yang terpaksa ditanggung.

    Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari) - Sejak kegemaran suka meliwat dan bertukar pasangan seks didedahkan (50 Dalil) dan digugurkan dari jawatan karajaan dan parti UMNO, Nuar Berahim tidak lagi dapat menikmati kehidupan normal. Siang diburu ketakutan, malam diganggu mimpi-mimpi ngeri. Dengan itu, untuk melepaskan diri dari kesengsaraan ini, Nuar Berahim mengatur strategi politik yang terpaksa mengheret ramai orang lain terlibat.

    BalasPadam
  3. Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
    Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
    “Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
    Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
    Raja Petra berkata kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.
    Malah kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.
    “Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.
    “Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu,” katanya.
    Beliau berkata sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan.
    “Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang,” katanya.
    Raja Petra berkata: “It is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan.”
    Justeru Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin, katanya.
    Beliau berkata janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.

    BalasPadam
  4. Malah katanya dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
    “Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen…dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi,” katanya.
    Raja Petra berkata selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.
    “Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.
    “Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr) Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS. PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.
    “Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh…jadi kecoh,” katanya.
    “Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya, orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?,” katanya.
    Raja Petra berkata Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, “ada pernah ke Anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam.”

    BalasPadam
  5. “Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik… a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya),” katanya.
    Beliau berkata selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
    Kini “ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang,” katanya.
    Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
    “Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone, pergi mahkamah , postpone. Orang tidak mampu follow.
    “Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on, baik selesai saja kes ini once and for all,” katanya.

    BalasPadam
  6. TAK HAIRAN KALAU SARAWAK MACAM DENMARK: AMAL FREE SEX
    Jangan hairan kalau Sarawak satu hari nanti macam Denmark - amal budaya free sex kalau PKR menang. Jangan hairan kalau di Sarawak satu hari nanti ada pesta orgy, wild party dan gang bang festival kalau PKR memerintah.

    Apalah nak dihairankan kerana pemimpin dan orang-orang yang mereka anggap sebagai VIPs of PKR itu sendiri terdiri daripada kaki sex bebas. Jadi, siapa yang mahu dan mampu menghalang budaya songsang ini dalam kalangan rakyat kalaulah begitu hobi pemimpinnya. Mana mungkin ketam mampu menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dia sendiri tak betul. Mustahil orang utan mampu menghalang anaknya daripada bergayut dipokok kalau dia sendiri asyik bergayut.

    Dari PKR pusat hingga ke negeri, serupa saja, tak ada beza. Species yang sama. Di peringkat pusat, mereka ada pemimpin "anugerah tuhan" yang penuh dengan scandal yang hanyir dan berlendir. Yang pantang tengok lubang.Tak kira depan atau belakang. Belum lagi khatam satu juzuk scandal sexnya dah melompat ke satu juzuk scandal yang lain.

    Di peringkat negeri pula tak kurang hebatnya. PKR ada Baginda Minda. Makhluk yang mudah alergy bila tengok perempuan. Mahkluk yang tiap kali tengok perempuan akan gatal dan hilang akal. Satu lagi mahkluk yang sama species sepertinya ialah John Jamban (Radio Free Sarawak) yang penyokong PKR agung-agungkan sebagai pejuang, hanya kerana berani menghina dan memfitnah Taib Mahmud.

    Mereka hanyalah sebahagian daripada contoh klasik golongan 'pengamput' tegar dalam PKR yang membudayakan seks bebas. Mereka hanyalah titik-titik kecil daripada setangki taik pemimpin PKR yang mempunyai hobi yang sama.

    Maka, benarlah kata pepatah "Birds of the same feather flock together", "Guru kecing berdiri murid kencing berlari", "Pemimpin amal biseksual, pengikut amal hetero seksual".

    BalasPadam
  7. PANAS!!! PKR SEMAKIN KURANG AJAR!!

    Inikah budaya pembangkang untuk menunjukkan yang mereka lebih layak jadi pemerintah Sarawak? Dengan paparan seperti ini, ia memberitahu kita pembangkang terutamanya PKR mempunyai reputasi yang sangat buruk dengan akhlak pemimpinnya yang tidak bermoral.

    Mereka sekarang sudah terlalu terdesak untuk meraih sokongan sehingga tergamak membuat provokasi melampau seperti ini. Tidak pernah dalam sejarah kempen pilihanraya negeri, pemimpin-pemimpin BN memanggil pembangkang dengan panggilan anjing (asuk) walau sejahat manapun mereka.

    Nilailah sendiri. Jika pemimpin mereka sendiri sudah mempunyai taraf akal serendah ini, usahlah diharapkan rasional mereka untuk menjaga kebajikan masyarakat. Kita mahukan pemimpin yang sihat akal dan waras, bukannya yang gila dan kurang ajar kepada orang lain.

    BalasPadam
  8. Rupa-rupanya Anwar telah dimalukan penduduk Kapit yang kebanyakkannya bencikan pengaruh dan budaya politik daripada semenanjung. Kedatangan Anwar di Kapit pada jam 4.30pm itu turut disambut oleh penyokong PKR kira-kira 20 orang. Selebihnya adalah penduduk yang ingin melihat wajah Anwar secara dekat.. Tidak lebih daripada itu..

    Blogger Orang Panggau telah menceritakan kepada rajahmas serba sedikit kejadian sebenar petang tadi mengenai kedatangan Anwar yang memalukan Pakatan Rakyat.

    Menurutnya, setiba di wharf bot, anwar terkejut dengan sambutan banner tersebut yang diiringi sekitar lebih 60 orang penduduk tempatan. Ketika berjalan sekitar pekan Kapit, ramai mengerumuni Anwar untuk melihat secara dekat kemudian meninggalkan kumpulan itu. Akhirnya tinggal belasan orang sahaja pengikut setianya...

    Beginilah gambaran sebenar kononnya ombak tsunami PR yang diagung-agungkan blogger-blogger mereka. Belum sampai ke pantai sudah reda, sekadar tempias buat basahkan tumit kaki sahaja..

    Tuan Guru Hadi Awang tak nak komen apa-apa ke tentang orang di sini? Contohnya, pakai cawat ke... atau sumpit ke... ataupun duduk atas pokok ke.....

    BalasPadam
  9. Sungguh Anwar tak percaya.... kenangan manis dan kehangatan 8 Mac 2008 tidak menjadi kali ini. Jika 16 September 2008 mereka berjanji nak menakluk Putrajaya, akhirnya 16 April tersungkur di Sarawak.


    Ini semua telah menghentikan degupan jantung Anwar Ibrahim.... dihalau, diusir malah melarikan diri, menjadi aktiviti utama Anwar sejak beberapa hari lalu, dalam usahanya menawan Putrajaya gagal, usaha untuk bertapak di Sarawak juga nampaknya menemui jalan buntu.


    Anak didik yang menjadi harapan, satu persatu dibogelkan, walaupun Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengakui cara ini bukan caranya.


    Namun pencabarnya di Satok kini sedang dibogelkan satu persatu lantaran kelantangannya mengutuk, menfitnah dan mencaci pemimpin-pemimpin BN, lantaran kami Blogger Nyamuk tidak akan mendiamkan diri untuk berkongsi segala maklumat agar penyelewengan dan kemungkaran yang berlaku akan kita dedahkan satu persatu.


    Kini tinggal tidak sampai lagi 24 jam, rakyat Sarawak akan menentukan masa depan negeri Sarawak. Segala usaha telah dilakukan, malah pemimpin-pemimpin BN tidak kira dari Semenanjung malah dari Sarawak sendiri telah menemui segelintir rakyat Sarawak, untuk menerangkan misi dan impian BN...moga perjuangan BN akan terus subur di bumi bertuah, Sarawak Bumi Kenyalang .....

    BalasPadam
  10. Meskipun hujan turun dengan lebat, penduduk Kampung Bandung di N.49 DUN Nangka tidak berganjak untuk terus mendengar ceramah dan pendedahan panas Ummi Hafilda mengenai "kisah gelap" Anwar, Azmin dan Shamsidar!

    Setelah gagal mengesan Anwar pada musim kempen pilihanraya Sarawak kali ini, Ummi yang sudah seminggu berkampung di Bumi Kenyalang ini begitu aktif berceramah bagi memperkenalkan kepada rakyat Sarawak tentang "siapakah Anwar sebenarnya di sebalik tabir".

    Pada ceramahnya malam tadi, Ummi mendedahkan bahawa ketika Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri, dia akan bertemu dengan Shamsidar di kondo mewah, pada pukul 5.30 petang hingga 7.30 maghrib, setiap hari Rabu, selepas mesyuarat kabinet!!!

    Memang hebat Anwar! Mungkin setelah stress pada mesyuarat kabinet, dia minta "diubatkan" oleh Shamsidar. Paling menarik, abangnya Azmin pun tahu "aktiviti" isteri dan "boss"nya itu. Tapi, biasalah..Azmin tak marah. Maklumlah, "american lifestyle"lah katakan!

    Ummi mendakwa Shamsidar dibawa oleh sebuah kereta mewah bernombor WBV 37, milik bekas kawan karib "cium molot" Anwar, Nallakaruppan, dan dibawa ke kondo mewah di Bangsar.

    Ini rupanya kerja kamu masa jadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar? Itu baru Timbalan PM, kalau sudah jadi PM, entah lagi dahsyat kelakuan dan tabiatnya. Entah-entah setiap mesyuarat kabinet dia nak mesyuarat dia nak perempuan (lelaki pun boleh) duduk kat sebelah dia. Tak ada perempuan dia tak boleh mesyuarat!!!

    BalasPadam
  11. Betul juga persoalan yang timbul apabila pakatan pembangkang dan PAS cuba mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, TS Taib Mahmud.

    Soalannya, siapakah pengganti Nik Aziz Nik Mat, KM Kelantan selama lebih 20 tahun dan kelihatan sangat uzur sejak kebelakangan ini?

    Pemimpin PAS seperti Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS itu begitu asyik menjaga tepi kain Barisan Nasional (BN) tetapi beliau sendiri seolah-olah ‘pukul anak sindir menantu’ kerana Exco Kerajaan PAS Kelantan itu tahu bahawa Nik Abdul Aziz sudah tidak larat lagi untuk mentadbir negeri tersebut.
    “Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.

    “Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri,” kata Datuk Md. Alwi Che Ahmad.
    Kenyataan di atas ada kebenarannya. Malah tindakan Husam Musa yang awal-awal lagi chicken out dan seolah-olah takut kalah jika bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini juga menimbulkan pelabagai persepsi politik, apakah Husam mahukan kerusi Nik Aziz di Kelantan?

    Apa pun, peralihan kuasa Nik Aziz dan penggantinya masih menimbulkan seribu tandatanya. Tetapi harap tidak seperti yang berlaku kepada Asri Muda!
    “Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena ‘sepak’ sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat,” kata Datuk Md. Alwi Che Ahmad.
    Soalan seterusnya, bagaimana pula pengganti Karpal Singh dan Lim Kit Siang di dalam DAP? Siapa pula? Anak beranak mereka?

    BalasPadam
  12. Tindakan Anwar Ibrahim meninggalkan majlis apabila ditanya mengenai video seks, jam tangan Omega dan isu liwat oleh seorang tuai rumah panjang menjadi bukti beliau bukanlah pejuang rakyat.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mengambil peluang membuat penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan oleh rakyat akar umbi.

    "Itu menunjukkan penduduk di rumah panjang pun mengetahui sikap dan latar belakang Anwar yang sebenar.

    "Kalau dia benar-benar pemimpin dan pejuang rakyat, dia sepatutnya memberi penjelasan, apa yang rakyat tanya dia jawablah, kenapa dia rasa susah nak jawab sehingga dia cari jalan mudah meninggalkan majlis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Sungai Apong, di sini hari ini.

    Menurut seorang saksi, Anwar menghentikan ceramahnya apabila ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai video seks, jam tangan Omega dan kes liwat membabitkannya selain menegaskan penduduk rumah panjang ingin mendengar daripada mulut Anwar sendiri mengenainya.

    Anwar yang kurang senang dengan pertanyaan itu enggan menjawab dan memberitahu kira-kira 120 orang yang berada pada majlis itu supaya memikirkan soal lain seperti isu pembalakan dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebelum menamatkan ceramah dan meninggalkan majlis tanpa meminta diri terlebih dahulu.

    Sementara itu, Muhyiddin berkata jumlah kehadiran yang ramai pada ceramah Anwar di beberapa lokasi sebelum ini tidak semestinya menjadi indikator tepat mengenai sokongan rakyat.

    Katanya, perkara itu mungkin berlaku kerana rakyat lebih tertarik untuk mendegar isu sensasi politik berbanding ucapan seorang Timbalan Perdana Menteri yang bercakap mengenai perkara nyata seperti pembangunan.

    "Mula-mula memang begitu (ramai), tapi lama-kelamaan orang yang dengar sekali sudah jemu.

    "Sebab itu dalam masa beberapa hari ini mereka tak dapat kumpulkan orang seramai peringkat awal (kempen)," tegasnya.

    BalasPadam
  13. 1- Mengenai penyiasatan video seks Anwar, pihak polis telah membuat penemuan yang agak positif didalam mencari kebenaran. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan penemuan berikut,
    a- Video adalah tulin
    b- China Doll telah disah dan ditemubual
    c- Pelakon Utama telah disahkan
    d- Pelakon tambahan telah mengaku (Datuk Eskay)

    "Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," kata TS Ismail dalam satu sidang media.” – Malaysiakini>

    “Polis juga merekod statement dari wanita yang berada didalam video tersebut” The Star >

    3- Disebabkan proses pihak Polis mendapat keterangan yang agak pantas dari China Doll yang terbabit; ini dirasakan China Doll tersebut memang masih berada di Malaysia.

    4- Menurut TS Ismail Omar lagi, minggu hadapan dijangkakan lapuran lengkap akan selesai diadakan. Pihak Polis cuma menunggu Lapuran Sijil Pembeli / Hak Milik jam Omega dari pengeluar jam.

    5- Banyak diperkatakan bahawa jam Omega tersebut adalah bersalut emas, bertanda ciri khas dan pemberian hadiah istimewa dari kaum kerabat Arab Saudi.
    Jika ini benar maka nama tertera didalam Sijil Pembeli akan tercatat nama pembeli asal. Bukannya nama si Anwar. Satu lagi komplikasi akan berlaku. Mahukah pemberi hadiah jam tersebut membuat pengakuan bahawa jam tersebut telah dihadiahkan kepada Anwar atau adakah Anwar akan melapurkan bahawa jam tersebut telah hilang dari simpanan. Kenapa sehingga kini Anwar tidak berbuat demikian? Adakah bukti sms dari Anwar kepada Eskay tersangat kukuh sehingga Anwar takut membuat lapuran polis?

    6- Jika kes video seks Anwar ini berjaya dibawa ke mahkamah, maka sekali lagi kita akan disajikan putar belit Karpal Singh didalam pelbagai aspek teknikal, seperti kepakaran pengesah video tulin itu diragui, China Doll itu dikatakan masuk ke Malaysia secara haram, kawat mengenal wajah yang tidak sahih, perut Datuk Eskay didalam video adalah lebih boroi/buncit maka pelakon tambahan bukanlah Datuk Eskay sebenarnya dan akhir sekali semua resit-resit bayaran hotel/China Doll dari Datuk Eskay adalah palsu.


    "Menunggu kawat cham muka. Sesiapa muka macam Anwar boleh tawar diri"

    BalasPadam
  14. Awas pencacai APCO dah start meroyan..

    BalasPadam
  15. terimalah hakikat kebenaran walaupun ianya pahit.....kembalilah wahai taksub kaki jubur sekalian....insaflah, banyak dah Allah tunjukkan tanda tandanya, masih tak nampak lagi ke, masyaAllah....jumud!

    BalasPadam
  16. Anonymous Anonymous said...

    Awas pencacai APCO dah start meroyan..

    Friday, April 15, 2011 9:44:00 AM
    ___________________________________

    Siapa sebenarnya yang meroyan?
    Kalau memang JANTAN TULEN, sila jawab secara JANTAN dan jangan jadi PONDAN yang tak genap bulu ketiak!

    BalasPadam
  17. selagi takda keputusan jgn pandai nak fitnah.kalau sape org melayu islam u all tau kan cara yg telus untuk menyelesaikannya..bila dah dapat keputusan redha je la.tp kalau cara u all tak ikut agama u all..means u all tak pecaya penyelesaian ikut agama u sdn la.

    BalasPadam
  18. Kepada spesis Umno, tak perlulah kau orang komen dan beri pendapat panjang-panjang dalam blog ini. Kami pembaca-pembaca PDO tahu siapakah kamu sebenar. Kalau setakat pendapat yang dicedok dari Utusan Malaysia dan TV3, Rakyat Malaysia tidak akan percaya. Saya sarankan kepada segala spesis Umno agar sedar diri kerana tidak lama lagi kamu akan "dikafankan" oleh rakyat.Kepada penulis yang cari makan dengan Umno cuba cermin diri jangan tunjuk pandai dan bodohkan pembaca. Rakyat maklum....
    Rasuah = Umno BN. Fitnah = Umno BN.

    BalasPadam
  19. apa kata kita buka pulak pekong2 permimpin umporno apamacam,yg ni bukan fitnahnya ini kenyataan,siapa2 yg tahu sedikit sebanyak tolong tulis dlm blog ni,kita mula dari rahim tamby chik,chia so lek,khir toyo,rais yatim,KJ,isa samad,ali rostam,dan byk lagi klau nk tulis dlm ni,aku rasa ni pun dah cukup,itu belum yg jerung lagi..nama2 diatas semuanya ada sejarah yg membanggakan malaysia buat masa ni...hehehe

    BalasPadam
  20. WAH! BANYAK BETUL KIOS KO PDO KENA BELI KAT MONYET2 UMNO..AKU NAK KOMEN PUN TAK LEH...

    APA2 PUN...ITU LAH RATIB UMNO SEJAK DR DULU...NAIK MUNTAH DENGAR..

    BIAR LAH DOWANG NAK BERSILAT..

    JGN LYN SGT BUDAK2 UMNO NI..WAYAR DOWANG DAH PUTUS..

    APA2 PUN BRO PDO...TERUSKAN PERJUANGAN...

    BalasPadam
  21. selagi belum dibuktikan bersalah, maka toksah meroyan la pecacai umngok sumer...

    BalasPadam
  22. aku dengar ceramah pagi tadi, amat berdosa seseorang islam itu membuat tuduhan kepada org lain tnpa ada 4 orang saksi yang waras dan beriman.

    eee... tknak la kome masuk neraka dgn geng2 penfitnah ni.. udah2 le...

    BalasPadam
  23. hak lain malas aku nak jwb.. Cerita dah basi.. Aku cuma nak jwb sarawak akan jadi negeri neger free seks cm denmark kalau pakatan perintat..
    WOIT BAHALUL!!! kat Pahang ni pesta pondan pun tak boleh nak sekat.. Dah tu Kuantan di gelar Hatyai Malaysia lu tak nampak ker??.. Apa cerita Pegawai Kanan Jaip yg kena tangkap khalwat hari tu senyap jer.. Nampak sgt pemimpin Pahang ni suka kerja songsang..
    Satu lagi aku heran dgn kes shabu bertan2 hari tu.. Apa dah jadi beb.. Cina tu jwb 'wa tak tau.. Wa tak tau' dah kira bukti kukuh dia tak salah.. PORARAAHHHHH!!!

    BalasPadam
  24. Najib dan Mahyuddin pun split personelity,masa pilhan raya bertukar jadi baik nak transformasi konon,lepas pilihanraya jadi hantu toyol,songlap sana songlap sini.Sebelum p.raya cakap nak hapus rasuah,tapi masa pilihanraya dia orang yg bagi rasuah 'I help you,you help me...'.Yang sorang tu paling teruk di luar rumah dia lah orangnya,tapi bila balik rumah takut bini.Kah,kah,kah..Umno,Umno.jangan tipu orang le.masa menipu dah tamat.Sekarang zaman wikileaks.

    BalasPadam
  25. Woi penyokong Pakatan,jangan marah pada budak-budak IQ rendah tu,masa mereka dah singkat,bila PR perentah nanti orang IQ rendah macam mereka tak ada tempat,sekarang bagi can lah pada mereka.Kau orang jangan marah ketawakan saja,biar dia orang senang hati.

    Aku kata mereka tu IQ rendah bukan apa,bukan nak menghina tapi aku tengok orang IBan pun dah cerdik ,tinggal mereka je lagi yang kata Umno tu betul semua.

    BalasPadam
  26. Bukti mereka IQ rendah,di atas tu semua nya cedok orang pun tulisan c&p je.Sendiri punya idea tak ada.

    BalasPadam
  27. betul betul betul...

    BalasPadam
  28. 16 April...
    Di Bumi Kenyalang
    Anwar akan sedar akan tinggi rendahnya langit.
    Anwar akan sedar betapa bumi Sarawak tidak hanya seluas padang bola.
    Anwar dan para perndewanya akan terpaksa menjilat balik segala kahak pekat dan air liur sendiri.
    Anwar akan sedar betapa rakyat Sarawak tidak sebacul dan sebodoh yang dia sangka.

    BalasPadam
  29. Semalam IGP kata dah ambil statment dari amoi Cina tu,hari ni polis nafikan pulak dan amoi tu belu di temui..Gila dia orang ni .Nak main politik bubar saja PDRm tukar semuanya jadi cawangan Umno.

    Sebenarnya mereka ni semuanya dah di kelentong oleh Eskay,baca 7 persoalan yg di aju oleh Malaysia kini.Saifool dan Eskay 2X5 kaki kelentong.Puak-puak yg rendah IQ melopong percaya.Macam mana Umno nak terus memerentah kalau Eskay pun boleh kelentong mereka.

    BalasPadam
  30. Kononya Anwar di malukan di Serawak,itu ikut lapuran bernama.Tapi ikut lapuran lain yg memetik sumber dari saksi yang hadhir,Anwar menjawab soalan yg di ajukan mengenai sodomi,v.sex steady je,yg lari orang yang bertanya bukan Anwar.dan yang hadhir pun bukan 120 org tapi melebihi 500 semuanya menerima penjelasan Anwar,maklumlah mereka tu walau pun menghuni rumah panjang tpi,IQ mereka kira ok lah bukan macam puak IQ rendah tu.

    BalasPadam
  31. IShhh..ishhh...sapalah plak yg ngomen kat atas ni...rasanya pengomen ni dpt wang pelincir dari BNgok...BN dah terdesak...esok PRN Serawak..sekarang ni mana ada rakyat nak nengok blok-blok dari pencacai BN..sbb tu lah pengomen2 ni dah mula meresap masuk dlm PDO..wpun anda talibarut BNngok, rakyat dah mula celik mata dan xkan terpengaruh dgn tulisan yg tak berkualiti...TV3,TV1 Org dah xlihat, waktu jam 8 mlm semua rakyat m'sia bertukar cannel, kan dlm Astro mcm2 ada..huhuhuhu...dulu lainla..yg ada hanyalah TV1 &TV3 aja...mak atuk aku melopong mulut2 bila menteri kata mcm2 dlm tu, kalau nak mebaca buta huruf, kalau yg boleh membaca pun hanyalah akhbar depa...dunia sekarang canggih, setiap stesen TV akan tahu tinggi atau merosotnya dari segi tontonan sesuatu masa tu..sbb tulah pihak depa ni dah mula meresap masuk dlm PDO wpun maklumat tu hanyalah rekaan semata2..tak usah la nak menyebok dlm PDO ni...pergilah kamu2 sekelian dlm blog2 yg memang org tak mau membacanya...kesian pd blog2 UMNO/BN..carta anda mmg dok last sekali dlm carta maklumat rakyat masa kini...kesian...kesian....
    Ayuh Rakyat Serawak..Ubahlah sekarang..nyahkan talibarut UMNO/BN di muka bumi S'wak yg anda cintai...Puak2 depa ni mmg perompak negara yg berlajar dari negara Israel...

    BalasPadam
  32. puak pencacai umpurno umngoook dah mula meroyan....

    BalasPadam
  33. Pencacai apcoporno ini akan lakukan apa saa walaupun ianya bertentangan dengan Islam..janji masyukkkkkk

    BalasPadam
  34. kesian aku tengok pencacai umno sekarang ni.... sibuk jadi pengedar video lucah..kesiannnn

    BalasPadam
  35. rakyat telah kembali menyokong keraaan BN selepas melalui 2 PRK kerdau dan Merlimau.. kita tengok PRN sarawak. Adakah rakyat telah kembali sepenuhnya kepada BN....kalau sebaliknya.. PR akan ke Putrjaya. Insyaallah

    BalasPadam
  36. Dah kena btg hidung la tu...sedapnya diulas kat ats2 td...bila ada yg pecahkan tembelang anda..mulalah nak cover balik...tap yahla...rakyat serawak dah tau siapakah perompak hasil bumi selama ini...pandaila ckp..rakyat dah sokong BN..puiiiii...perasan...hahaha. Lihatla esok...TV3,1,8,9,7 akan lesu spt lesunya Mahmud Taib..pabila ditolak oleh semua kaum disana...kalau korang tak caya lihatla nnti...Nujum Pak Belalang dah lihat air dalam geluk2nya....

    BalasPadam
  37. Untuk menafikan majoriti 2/3 pun belum pasti, inikan pula berangan nak perintah Sarawak. Baik dapatkan dulu cermin besar untuk cermin diri sendiri.

    Tak salah berangan tapi biarlah berpada dan beralasan.
    Tak salah mengharap tapi biarlah berfakta, berilmiah dan biar ada 'frima facie'nya.
    Tak salah bermimpi tapi belajarlah menilai dan insaf akan tinggi rendahnya langit.

    Kita nasihatkan Anwar dan para pendewanya agar:.......
    Bermula sekarang bersedialah dengan hujah dan alasan yang biar kukuh dan rasional akan se4bab musebab MENGAPA PR GAGAL MENAWAN SARAWAK.

    Kita tidak mmahu, diulang TIDAK MAHU melihat Anwar dan para pendewanya menuduh Tuhan pula 'BERKONSPIRASI' dengan BN untuk menjahanamkan Anwar/Pakatan.

    BalasPadam
  38. kalau BN menang pon oleh sebab kebodohan rakyat sarawak yg miskin..yg mudah di gula2 kan sperti mana mkcik2 felda kat semenanjung nie...org yg dah celek mata hati x akan sekali kali memangkah BN yek..jgn x tau wahai pencacai Bn sekelian..bravo PR!!!!!

    BalasPadam
  39. Kesian....... pencacai Umngok sama taraf dgn yg anon 12:50 kat atas bgtau

    BalasPadam
  40. Kalau BN menang itu kerana rakyat Sarawak bijak membezakan antara kaca dengan intan. Rakyat Sarawan tahu mana pilihan terbaik.

    Sebaiknya kalau PR kalah itu kerana PR memang didukungi dan ditunjangi oleh manusia-manusia yang BODOH, BACUL, GOBLOK dan TIDA WAWASAN. Kalau pokoknya saja sudah bengkok, maka jangan hairan kalau bayang-bayangnya juga bengkok.

    BalasPadam
  41. kenapa anwar suka main jubur yer?

    BalasPadam
  42. Sebab Najib suka main jubur Altantuya.

    BalasPadam
  43. Dan anon 9:47:00 PM suka main lobang ketam. Sebab tu dia dah jadi pondan tak genap bulu ketiak..
    Hahahahaha.

    BalasPadam
  44. Salam,. kepada semua yang telah berjaya memberi komen kat post nie, tahniah la ye.. Sama anda dari pihak BN atau Pakatan, kita semua adalah makhluk Allah SWT. Dan ingatlah, manusia boleh merancang, tetapi perancangan Allah SWT adalah yang muktamad. Ada hikmahnya.. Jangan sampai esok korang semua bila nyawa dah sampai kat halkum baru nak bertaubat, baru nak minta maaf pada orang yang kita pernah aniaya melalui tulisan dan juga sangkaan buruk kita.. Apa-apa hal pun, kita jumpa kat "padang" nanti utk buat perhitungan yang adil kalau kat dunia nie dah ditakdirkan tak dapat keadilan sebab penuh sangat dgn orang yang zalim.. Dan satu lagi nak bagi ingat, umat Islam bahagian timur nie (termasuk malaysia), janganlah kita semua jadi salah satu punca pencetus tanda-tanda kiamat yang besar iaitu dengan penyebaran fitnah secara tidak terkawal.. Sepatutnya kita kena jadi ummat Islam yang mempertahankan Islam.. bukan jadi pencetus tanda2 besar kiamat.. na'uzubillahiminzalik..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.