Mungkin agaknya dek kerana takut dengan penangan media baru dalam memaparkan maklumat tepat kepada rakyat, maka Kerajaan UMNO BN bertindak drastik untuk melumpuhkan portal berita Malaysiakini semalam. Difahamkan bahawa kerajaan hari ini dipercayai cuba berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Mereka didakwa bertindak menyekat maklumat dalam talian atau internet kepada rakyat. Sejak pagi tadi, laman portal berita popular iaitu Malaysiakini dikatakan berhadapan dengan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet Jaring Communications Sdn Bhd telah mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka. Jaring adalah anak syarikat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dilaporkan bersama-sama pihak Telekom Malaysia melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara dan mengurangkan akses tempatan ke atas laman web berkenaan. Apa yang berlaku ini sejak pagi tadi telah dimaklumkan melalui laman Facebook salah seorang pengasas laman portal berkenaan iaitu Premesh Chandran (foto), di dalam profil beliau. Premesh menulis “Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini.” Laman portal Malaysiakini yang ditubuhkan pada tahun 1999 telah menjadi popular kerana terus menjadi tumpuan pembaca di internet serta menyiarkan video-video kempen pilihanraya Sarawak sejak kempen bermula pada minggu lepas.
[Apa yang berlaku ini membuktikan Kerajaan UMNO BN semakin terdesak sekarang. Penangan media baru menyebabkan sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan. Maka akhirnya Malaysiakini dijadikan mangsa sekali lagi. Walhal, kerajaan sudah mempunyai media mereka yang terlalu banyak untuk menabur janji pilihanraya kepada rakyaqt. Bahkan mereka juga mempunyai portal berita rasmi Bernama untuk menjadi "mata dan telinga" bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat. Namun, kini mereka masih lagi takut berhadapan dengan kenyataan. Tindakan ini jelas sekali membuktikan mereka tahu sokongan rakyat di Sarawak terhadap pembangkang semakin kuat sekarang. Lantaran itulah jalan terbaik ialah menyekat segala maklumat itu agar tidak sampai kepada mereka. Senario ini jela sekali menunjukkan perangai puak-puak ini memang "kebudak-budakan". Mereka sebenarnya hanya "takut pada bayang-bayang sendiri" atas tindakan bacul yang menujukkan kejahilan mereka sebenarnya. Semoga ini tidak akan melemahkan rakyat].
[Apa yang berlaku ini membuktikan Kerajaan UMNO BN semakin terdesak sekarang. Penangan media baru menyebabkan sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan. Maka akhirnya Malaysiakini dijadikan mangsa sekali lagi. Walhal, kerajaan sudah mempunyai media mereka yang terlalu banyak untuk menabur janji pilihanraya kepada rakyaqt. Bahkan mereka juga mempunyai portal berita rasmi Bernama untuk menjadi "mata dan telinga" bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat. Namun, kini mereka masih lagi takut berhadapan dengan kenyataan. Tindakan ini jelas sekali membuktikan mereka tahu sokongan rakyat di Sarawak terhadap pembangkang semakin kuat sekarang. Lantaran itulah jalan terbaik ialah menyekat segala maklumat itu agar tidak sampai kepada mereka. Senario ini jela sekali menunjukkan perangai puak-puak ini memang "kebudak-budakan". Mereka sebenarnya hanya "takut pada bayang-bayang sendiri" atas tindakan bacul yang menujukkan kejahilan mereka sebenarnya. Semoga ini tidak akan melemahkan rakyat].






Broadband dah 2 minggu slow mcm dial-up kat kws kome..dgn kata lain mcm gampang..
BalasPadambetullah nampaknya pepatah yang mengatakan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang"..
BalasPadamItu tandanya zaman BN dah nak berakhir
BalasPadamjgn main tuduh2 pulak, byk blogger pun kena, kita kena faham jugak benda ni kadang2 tu mainan org yg tahu IT, experimen nak mengodam. Kalau White HOuse pun org luar boleh masuk godam inikan pulak Malaysiakini. Entah entah server malaysiakini rosak ke, software tak update ke, portal tak renew ke semua boleh jadi. Sebelum kita hentam koromo baik kita siasat dulu. Kadang ni fitnah dan cakap org yg tak betul mengyebabkan kita pun jadi tak betul.
BalasPadamAhli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.
BalasPadamBeliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.
Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.
"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.
"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.
"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?
"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.
Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.
"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.
Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.
"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.
"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.
Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.
Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.
"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,''
Nampak sgt pencacai umno.
BalasPadamSelagi anjing2 UMNO yang memerintah akan punah ranah lah negara ni.
BalasPadamPortal Suara-keadilan.com pun dah kena banned dek UMNO laknatullah ni.
BalasPadamHah biar betul?
BalasPadamHehehehe padan muka.
Senang cakap, buatlah lagi solat hajat banyak2 biar cepat Tuhan tunjukkan bukti KEBENARAN, KESUCIAN, KEBERSIHAN dan KEJUJURAN Anwar. Kita cuma berasa bimbang akan ada nanti pihak yang tuding jari bahawa terdapat 'konspirasi' antara Tuhan dan BN (atau sekurang-kurang antara 'kerajaan langit' dengan UMNO) untuk memfitnah dan menjahanamkan Anwar. Kita tidak akan, diulang TIDAK AKAN terkejut kalau masa itu nanti barulah Anwar dan para pendewanya menutut diadakan suruhanjaya diraja.
mari kta ramai2 sembahyang hajat agar Dr Mahadir dipanjangkan umur sehingga 199 tahun, macamana rupenye waktun tu..
BalasPadamAminnnnnnnnnnnnn
BalasPadam