script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Memalukan, Umat Islam Kecewa Kerajaan Pahang Benarkan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Miss Malaysia 2010 Di Adakan Di Negeri Ini !

KUANTAN, 11 April - Umat Islam di negeri ini kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang membenarkan penganjuran Miss Malaysia 2010 di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Metro Ahad semalam. Mengejutkan apabila pertandingan ratu cantik itu disertai oleh golongan Mak Nyah (pondan). Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sini dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu. Salah seorang peserta yang menyertai acara tersebut mengakui pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. “Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” kata peserta terbabit.


Aksi perserta pertandingan Miss Malaysia 2010 menjawab soalan juri

Ini pula Youtube video acara tersebut, tapi telah dihalang untuk semua
melihatnya selepas isu ini dibongkarkan di internet dan Metro Ahad
Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran. Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air. Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’. Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan. Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit. Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara.

[Persoalannya sekarang kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak memantau perkara ini. Mana peri Exco Hal Ehwal Islam (MB sendiri), mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan lain-lain yang sepatutnya terlibat. Masakan pula mereka semua boleh terlepas daripada pantauan pihak berkenaan?. Apakah ini petanda adengan "ghairah" boleh diadakan di hotel-hotel di Malaysia. Tambahan pula ia dilakukan oleh golongan "pondan" yang dilaknat Allah itu. Satu tamparan yang amat serius juga untuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakkob (foto), ini kerana tidak ada satu undang-undang syariah atau sekatan yang berkaitan dengan gejala tidak bermoral seperti ini. Walaupun mungkin tidak ada satu undang-undang khas. Sepatutnya perkara seperti ini janganlah dibiarkan dan terlepas pandang. Dalam ertrikata lain membiarkan seumpama menggalakkanya juga. Dalam Islam kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya. Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Harapan kita tidak adalah pulak pihak yang membuat tayangan video seks di hotel sekitar Kuantan selepas ini hendaknya selepas ini, sama seperti kes tayangan "Video Seks Datuk T" di Carcosa Seri Negara].
Share:

13 ulasan:

  1. aikk!! mufti sngor yg komen....mufti pahang mane....tidoq ke..x layak jadi mufti... dok saje...kes video seks pun senyap...makan gaji buta...dia x tau ke pasai tu imam hanafi,malik,shafie x mau jawatan kadi(mufti)...pasai kes mcm ni la....apapun selamat lena la tok mufti pahang

    BalasPadam
  2. Nyah kau dari jawatan MB kah..kah..

    BalasPadam
  3. lampu hijau utk mak nyah, marilah ramai2 cari makan diNegeri Pahang..
    tiada tindakan undang2 akan dikenakan kpd mereka olih mahkamah syariah Pahang.

    ahli umno tak nak komen ke?

    BalasPadam
  4. yg tgh jawab soalan juri tu sepupu siti..yg dpt no 3 kalu xsilap..bapak dia bekas adun jengka..Dato' Zainal Hasan..macamane la bole jd camni..

    BalasPadam
  5. Cantik-cantiknya mak nyah ni.

    BalasPadam
  6. kesian cantik di mata..perkara ni kalau tak di benteras bahaya.bukan takat helikopter jer terhempas..dunia pon boleh terhempas hancur.wahai rakyat pahang mari lah kita perbetulkan amalan kita..

    BalasPadam
  7. goblok punya mb..biasanya ikan akan buruk/busuk kepala dulu baru di ikuti ke seluruh badan..bergitu juga ngan kes ni dah mb pun kaki lucah rakyat apalagi.

    mane mufti pahang!!!! JANGAN JADI SYAITAN BISU

    BalasPadam
  8. 1.Pemimpin tak menjalankan hukum islam

    2.Ulama bisu

    3.Rakyat tak diutamakan (radioaktif)


    Tunggu..................

    BalasPadam
  9. Tak leh tgk lak. Kalo sepupu CT anak dato zainal tu, pernah satu sekolah rendah. Masa tu jantan lagi. Tak tau le respon Sultan pasal mende ni.

    BalasPadam
  10. Jangan le mengutuk Mufti lebih2 sangat.... dia baru aje dapat sambung kontrak jadi Mufti lagi...

    BalasPadam
  11. Hai Dato' Mufti, kalau dah rasa tak boleh amar ma'ruf nahi mungkar tu kenapalah engkau pergi setuju terima kontrak lantikan baharu tu? engkau ni sepatutnya kena ada KPI. Dalam setahun kena tengok berapa makruf yang engkau laksanakan dan berapa mungkar yang engkau berjaya cegahkan. Kalau cegahkan mungkar lagi banyak dari laksana makruf tu patutlah juga engkau terima kontrak tu...Sedihnya sebagai seorang rakyat jati Pahang. Kalau berbual dengan kawan dari negeri kelantan tentang perkara ini rasa macam nak masukkan kepala dalam mangkuk tandas je...

    BalasPadam
  12. Hai Dato' Mufti, kalau dah rasa tak boleh amar ma'ruf nahi mungkar tu kenapalah engkau pergi setuju terima kontrak lantikan baharu tu? engkau ni sepatutnya kena ada KPI. Dalam setahun kena tengok berapa makruf yang engkau laksanakan dan berapa mungkar yang engkau berjaya cegahkan. Kalau cegahkan mungkar lagi banyak dari laksana makruf tu patutlah juga engkau terima kontrak tu...Sedihnya sebagai seorang rakyat jati Pahang. Kalau berbual dengan kawan dari negeri kelantan tentang perkara ini rasa macam nak masukkan kepala dalam mangkuk tandas je...

    BalasPadam
  13. Kuantan sedang mengundang petaka.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.