script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Misteri Kematian 'Pegawai Kanan Kastam', Aktivis Hak Asasi Dan Ahli Politik Desak Kerajaan Tubuh Suruhanjaya DiRaja Untuk Siasatan Kes Tersebut

KUALA LUMPUR, 8 April - Aktivis hak asasi manusia dan ahli politik hari ini mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kematian misteri kedua di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hari ini bertindak menahan kerja dua pegawainya. Pegawai SPRM menemui mayat Timbalan Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed (foto) di luar bangunan suruhanjaya itu selepas dia datang untuk menemui pegawai penyiasat. Ahmad dipercayai jatuh dari tingkap tingkat tiga di mana dia menunggu untuk menemui pegawai penyiasat. Insiden tersebut mengimbau kembali kes kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock pada 2009, yang juga jatuh dari tingkat pejabat SPRM, selepas disoal siasat sebagai seorang saksi dalam satu kes rasuah. Kematian Ahmad mencetuskan kecaman hebat terhadap SPRM. Ahmad adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan pada 1 April lalu dalam kempen memerangi rasuah dan pengubahan wang haram. "Kami mahu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera untuk menentukan bukan sahaja punca kematian tetapi bagaimana dua kematian yang serupa, boleh berlaku," kata penyelaras kanan Suaram, Nalini Elunalai kepada AFP. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa, beliau akan menjalankan "siasatan dalaman yang komprehensif" dan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata siasatan rasuah berkenaan akan diteruskan walaupun berlaku kematian tersebut.


SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu telah menahan kerja dua pegawainya kerana dikatakan gagal mematuhi peraturannya berkaitan dengan saksi dan suspek. Ia ekoran mereka dikatakan gagal melaksanakan tugas mereka untuk bersama saksi/suspek sepanjang waktu semasa kehadiran mereka di premis SPRM. Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, mendesak supaya badan anti-rasuah itu dirombak. "Walaupun SPRM berjanji kes seumpama itu tidak akan berulang... tetapi kematian Ahmad menunjukkan SPRM tidak belajar dari kematian Teoh," katanya semalam. malaysiakini

[Memang benar, lebih elok Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan seperti ini daripada sibuk mahu pihak berkenaan menyiasat isu video seks Anwar yang heboh dipertakakan sekarang ini. Apa yang berlaku terhadap Allahyarham Sarbani jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Tambahan pula siasatan kes pembunuhan mendian Teoh Beng Hock masih lagi berjalan dan belum dapat jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini. Biarpun SPRM mengatakan mereka tidak terlibat, namun dek kerana kematian berlaku dalam kawasan mereka maka pihak berkenaan hari dipertanggungjawabkan. Sesuatu harus dibongkarkan demi mengembalikan integriti dan persepsi negatif rakyat terhadap agensi terbabit. Rakyat mula tertanya-tanya, apakah kaedah siasatan yang digunakan oleh SPRM sekarang hingga menyebabkan berlaku kejadian kematian misteri begini?].
Share:

10 ulasan:

  1. Bangunan SPRM mesti dipindahkan dari bangunan yang kompleks kepada bangunan setingkat sahaja. Organisasi SPRM bukannya besar pun.
    Kalau tukang sapu pun nak bilik ...susah le.Teknik mati mengejut, terjatuh dari bangunan tidak akan berlaku lagi. Pindah sekarang, untuk menjaga kredibeliti SPRM. jangan sampai rakyat meluat dan merosakkan nama baik kakitaangan awam yang lain, yang bertugas kerana Allah taala.

    BalasPadam
  2. Rakyat sudah pun lama merasa meluat dengan SPRM ini. Kalau tidak takkan ungkapan ikan bilis ikan jerung,pendakwaan terpilih dll, selalu bermain di bibir.
    SPRM adalah badan kerajaan yang di amanahkan untuk mencegah dan menghapuskan penyelewengan - RASUAH. Pegawai2nya di bayar gaji dengan duit rakyat.
    Rakyat ramai bercakap tentang Kronism,rasuah ikan jerung,pendakwaan terpilih dll yang semuanya berkisar dalam bidang kusa SPRM. Ketidakadilan dalam menjalankan tugas juga adalah sifat perasuah dan rasuah. Dari sini pengamatan, penilaian dan pandangan rakyat tertumpu kapada:
    1. SPRM adalah satu badan yang gagal menjalankan tugas nya.
    2. SPRM sudah menjadi satu benteng kapada perasuah besar.
    3. SPRM belum lagi mencapai satu tahap professionalism yang membanggakan,integrity yang memuaskan dan kredibility yang diharapkan.
    4. SPRM tidak berupaya menilai keutamaan kes yg remeh temeh dengan kes yang besar2. contoh yang ketara adalah kes Nik Aziz hendak pergi keMekah dengan sposor rm65,000,kes Penyelenggaraan kereta MB, kes lembu korban dan kes Teo Beng Hock, kenapa di highlightkan begitu rupa dengan proper telicasting olih pegawai tingginya. Sehingga terlupa bahawa audience sekarang adalah kumpulan celik maklumat,peka dan inkuisitif. Kalau tidak masakan timbul situasi polemik yang bertukar menjadi divergence of bullet to produce backfire.
    5. SPRM sebagai whistle blower telah gagal memanfaatkan kedudukan. Kan rasuah ini adalah a two way process- situasi pemberi- penerima. Apakah nilainya memberi lencana 'saya anti pencuri' kapada pencuri? Apakah peranan masyarakat memuaskan? MASYARAKAT akan bertanya balik ,'Adakah peranan SPRM memuaskan?' Rata2 masyarakat memberi jawapan: Kenapa aku mesti memainkan peranan apbila Whistle blower berat sebelah?
    6 Tindak tanduk SPRM dinilai masyarakat sebagi 'Takut kapada Politikus'. 'Kalau tak silap' saya pernah mendengar jawapan dan penjelasan seorang menteri, yang berbentuk ugutan kapada pegawai tinggi SPRM yg disiar melalui media elektronik,mungkin bersangkutan penyiasatan kes rasuah keatasnya,'.....kita tengok siapa besar......'
    Pengakuan bekas Kutua Pengarah SPRM sendiri dianggap telah 'di bangkulsampahkan' Kemana perginya sifat kesetikawanan pegawai SPRM telah menghilangkan diri?Dimana integritinya?
    Ini semua situasi yang berligar di kepala setiap masyarakat dan saya.

    Persoalannya:
    Saya tidak pernah melihat dan mendengar satu kaji selidik dibuat SPRM tentang Integriti,keredibility,dan persepsi masyarakat terhadap SPRM Kenapa?
    Tenaga tidak mencukupi? Takut kapada keputusan kaji selidik? atau tunggu wahyu?
    Masyarakat sekarang sedang menilai kedudukan kematian Teo Beng Hock dan Allahyarham Sarbani. Ini telah dan sedang di highlightkan olih masyarakat. Soal intgriti dan credibility SPRM are at stake. Bangnan SPRM menjadi satu tempat BANGUNAN PUAKA. Siapa penghuninya? jawapan tidak ada pada SPRM tetapi pada Masyarakat.
    Alangkah eloknya kalau seorang lagi Harun Hashim dilahirkan kedunia.
    Insyaallah............
    Bangsaku akan gah di persada dunia dan wajah Islam bersinar diSPRM.

    bersambung.......ttg etika dan moral.

    BalasPadam
  3. Selagi SPRM duduk bawah JPM jgn haraplah nak berubah..SPRM ni kena letak bawah parlimen..

    BalasPadam
  4. Anon 11:48 tahu pun. Dok tunggu komen hak lain2 pula.

    BalasPadam
  5. setahu aku, arwah ni orang baik. dia biasa je datang dgn kawan2nya solat jumaat di masjid subang airport. korang taulah, masjid subang airport tu dah macam markas pas. orang umno hadrcore tak sanggup datang solat jumaat situ melainkan terpaksa. sebab tazkirah sebelum jumaat memang power. biasanya pimpinan pas yg datang bagi tazkirah. kaau tak pun pendakwah bebas yang bias pas macam ust shahril long cheroi.

    kadang2 abang mat (mat sabu) bg tazkirah dan khutbah jumaat. so begitulah halnya masjid subang airport ni. maka arwah antara orang yang dah sebati dgn suasana masjid subang airport. korang faham2 aje la jiwa dia macam mana.. kan..

    BalasPadam
  6. memang betul pun selg SPRM di bwh ketiak JPM jgn harap akan ada keadilan dlm memerangi rasuah, sbb itu k'jaan takut nak letakkan SPRM di bwh Perlembagaan nanti habis menteri2 yg rasuah mcm di negara2 lain tp selg UBN memerintah jgn haraplah ini akan berlaku byk kes2 rasuah yg di laporkan terutama oleh PR hanya di barrack bin aje lah, aku dah 30thn ahli umno tinggal ahli ajelah bg pencacai2 umno bila ada aje kes2 seks melibatkan DSAI bukan main lg mrk terus menghentam tanpa usul periksa,adakah ini fitnah atau sebagainya memang konsipirasi/komplot utk menjatuhkan musuh2 politik memang wujud dlm politik dimana2 negara pun tp m'sia memilih cara yg bertentangan dgn agama...dahsyat yg ikut memfitnah dpt lah SAHAM DOSA KALAU TAK TAHU RUJUK LAH SURAH AL HUJARAAT AYAT ;12 BACA LAH MUDAH2AN YG JUAK2 UMNO YG MENJADI PENYOKONG TEGAR MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT.

    BalasPadam
  7. SPRM kelantan dan perak dibawah telunjuk PASial...itu sbb kes nik aziz dan fauzi yg dikatakan hidup mewah tidak diamaik tindakan..malah ketua pengarah SPRM perak selalu mengadakan perjumpaan dgn org2 pembangkang malah dikatakan mendapat hadiah dari meraka....
    lagipun yg mati ni pun dibwh telunjuk pengikut PKR...malah kebanyakan pegawai kastam adalah org2 PR....jadi dia mati pun elok la..menyusahhkan....
    sama macm kes TBH.....org ni mati sbb nak hilangkan bukti...sbb ada sangkut paut dgn kepimpinan PKR selangor..sama mcm cina dapIG tu...
    yg mendapat bala dan dipersalahkan adalah kerajaan dan SPRM...
    alah...org dah tau..ini semua taktik pembangkang utk menutup kesalahana depa....xpayah la dok guna ayat al-quran...kalo dlm hati pun busuk bau bangkai...lama2 org tau bro...dok lama dlm UMNO konon...pigidah....

    BalasPadam
  8. Yg meluat adalah org2 PR makin takot akan SPRM...sbb depa dah byk buat penyelewangan...mlh kes pasir diselangor depa buat court sendiri utk buat keputusan...mlh keputusan itu dah diagak2 tidak akan ada apa2 tindakan....!!walaupun speaker selangor mengatakan agak mustahil dlm masa 6 bulan dah dapat bonus mengatasi bonus petronas...malah itu hanya cakap2 kosong hanya utk menyedapkan hati si manikavasangam...mlah bukti2 dan saksi2 yg dibwa pun tidak disoal..malah ditolak....sbb apa??..sbb takot byk lagi terbongkar...dah menjadi tradisi PR utk menyerang kredebiliti intitusi awam sperti SPRM dan Polis agar org membenci mereka..!tetapi bila berlaku sesuatu hal Polis la yg menjadi langkah terakhir utk depa membela diri..sbgai cth kes seks anwar aljuburi...ckap x serupa bikin...
    dlm kes rasuah tidak ada kes yg remeh temeh...sikit pun dikira rasuah..semuanya diamik kira..jika ada bukti dan saksi akan disiasat...sikit pun rasuah ma....bangang punya pembangkang...
    Mat sabu bagi takzirah?..bukan ke di kaki khlawat dibilik 122....
    ooooooo....dlm Isle PASial...yg pelacur pun boleh jadi imam....kah..kah..kah..

    BalasPadam
  9. Tak ada apa nak di jawab utk Anon9.33 n 9.43. Gaya penyampaian penulisan dan pengetahuan mereka tak bermutu langsung dan tidak menunjukkan intelektualisma yg tinggi.
    Kalau belum berdaftar menjadi ahli UMNO lebih baik pergi buat sekarang. Kita tak perlu ada org sebegini. Kita perlukan org yg bolih memperjuang dasar yg di ketengahkan.
    Perjuangan kita ada lah utk bangsa ugama dan negara.
    Kita mahu bersosial cara ilmiah,rasional,berpengetahuan dan membina.

    BalasPadam
  10. SPRM tahniah kerana berjaya menjadi institusi yg pertama membuat rekod penerjun bebas bunuh diri dlm masa setahun....syabas Umno da n Perkasa x lupa juga buat Zul Kulim 110 %

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.