script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mahkamah Dedahkan DNA Lelaki 'Y' Milik Anwar, Tetapi Sankara Nair Bongkar Sebenarnya Kes Liwat Yang Di Dakwa 'Tidak Pernah' Berlaku!

KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”. “Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai bahan bukti.

Sankara Mendakwa Kejadian Liwat Rekaan Saiful

Sementara itu Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair (foto) hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. “Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. “Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup,” kata Sankara Nair.

Kaedah Ujian DNA Jelas Tidak Mematuhi Piawaian

Sankara Nair juga menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong (foto) dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli. “Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam. “Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam),” kata Sankara. Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik. Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari Hospital Kuala Lumpur dan kemudiannya membungkus semula.

[Apakah kes ini boleh selesai begitu mudah?. Sedangkan dalam masa yang sama berbagai keraguan masih boleh dipertikaikan dan dicabar oleh barisan peguam Anwar. Cuma yang menjadi masalanya sekarang ialah apakah diakhir perbicaraan nanti, Hakim akan berlaku telus dan adil dalam membuat keputusan?. Inilah yang paling ditakuti oleh seluruh rakyat sebenarnya. Dalam keadaan Anwar yang bakal berhadapan dengan konspirasi video seks, kini beliau terus berjuang untuk memepertahankan dirinya dengan kes liwat Saiful. Soalnya, kenapa kedua-dua isu ini berjalan serentak?. Apakah jika Anwar terlepas dari kes liwat, maka dia akan tetap terpenjara dek kerana isu liwat. Inilah yang paling memusykilkan rakyat sebenarnya. Apapun, rakyat perlu sama-sama berdoa agar kebenaran akan tertegak jua dalam kes yang beliau lalui ini].

Share:

7 ulasan:

  1. Semuga Allah memberi balasan kepada orang yang membuat fitnah..

    2 kembar beradik kongsi tarikh lahir

    BalasPadam
  2. tu le hari 2 suruh bagi sample DNA tak moh..

    BalasPadam
  3. tu le hari 2 suruh bagi sample DNA tak moh..

    BalasPadam
  4. keling tengah nak kelentong spin lah tak de orang percaya.

    BalasPadam
  5. tak bagi dsample pun dikatakan Anwar kalau diobagi lagi ler!!!! dah pasti mereka akan berkata: "sample yang diberikan bersamaan dengan sample yang didapati di Condominium Desa". apa cerita ni!!!! mana dia Dr Osman, mana dia pemilik Condominium tu... kenapa tidak dipanggil sebagai saksi?? kana itu jelas atu peniopuan.. Saiful tidak pernah berada didalam condominium itu.. cuba tanya saiful apa yang ada dalam bilik itu kalau dia benar berada dalam bilik itu pada hari itu???

    BalasPadam
  6. Buat lagi la solat hajat banyak2 biar Tuhan cepat tunjukkan bukti lebih banyak tentang KEBENARAN,KESUCIAN dan KEBERSIHAN anwar.

    BalasPadam
  7. Saiful tidak nak buat sumpah laknat lagi ke ? he...he...he... sumpahlah sekali lagi... he..he... lepas tu paksa pulak Anuar bersumpah heee..hee...

    Dulu bukan main lagi kata nak menegakkan kebenaran...kebenaran apa bro ? Allah yang menghidup dan mematikan manusia itu bangang ke bro... boleh menipu ikut sesuka hati ? he...he...he...

    Ketika ini hujah pendakwa teramat lemah.... he... he... he... sehingga semua fakta dan bukti tak penting... yang penting ialah ADA KEMUNGKINAN zakar masuk dalam dubur itu saja ? he..he...he...

    DNA air lior atau DNA air mani dalam dubur Saiful tu ? he...he...he... tak kan DNA air lior dalam dubur dikatakan meliwat? hee....he...he... itu menjilat bro.... hee..he..he...

    Memang kelakar cerita liwat II ni... he..he..he...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.