script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Setiausaha UMNO 'Indera Mahkota' Dakwa Projek Lynas Tidak Berbahaya Dan Mendedahkan Ada Pemimpin Pembangkang Telah Beri Sokongan

KUANTAN, 12 April - Penduduk bandar ini dan sekitarnya diharap tidak khuatir dengan Projek Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif "Rare Earth" Lynas yang sedang rancak dijalankan dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini. Demikian didedahkan oleh salah seorang pemimpin UMNO negeri ini, Bahazelan Wahab (foto). Beliau yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan dalam posting terbarunya di laman sembang sosial Facebook beliau. "Mengikut pendapat dan pandangan seorang Pemimpin PAS YB Dr Che Rosli Che Mat yang juga pakar dan profesor dalam science and Atomic, Projek Lynas di gebeng adalah selamat dan Lynas mengunakan lanthanide sebagai bahan mentahnya yang sangat berbez...a dengan rare earth yang di bukit merah! menakala pandangan YB Leong Ngah Ngah dari DAP pulak mengatakan dia yakin projek ini tidak merbahaya setelah mendengar penjelasan daripada pakar AELB dan DOE! Bahkan mereka mengatakan ini bukan kilang nuklear! Pihak Lynas pulak mengalu alukan pakar-pakar berkecuali dan berkelayakan untuk menyemak lapuran keselamatan radiasi dan alam sekitar, bahkan mencadangkan supaya pakar tersebut menyertai AELB dan DOE untuk menjalankan ujian mereka sendiri! apa kah alasan kita lagi untuk mengatakan Projek ini tidak selamat! Ada ke kawan-kawan yang tau dan pakar dalam bidang radiasi ini untuk memberikan fakta untuk membolehkan kita menolak projek Lynas ini? kita memang sedang menunggu perunding bebas di bentuk", katanya semalam.

[Sebelum ini beliau telah beberapa kali menegaskan projek tersebut tidak berbahaya dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan "putar belit" pihak pembangkang. Malah kenyataan beliau itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak yang membantah projek berkenaan. Apapun, kenyataan beliau yang mengaitkan pemimpin PAS dan DAP yang kononnya menyokong isu ini perlulah disiasat. Apakah ia benar dikeluarkan oleh pemimpin terbabit, atau sekadar bagi menguatkan hujjah beliau semata-mata. Difahamkan malam ini (12 April) satu lagi Taklimat Awam Isu Lynas akan diadakan selepas solat asar petang ini di Surau Al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol. Manakala pada malam ini jam 8.00 malam sekali lagi di Komplek Dagangan Indera Mahkota. Justeru orang ramai adalah dijemput hadir untuk sama-sama mendapatkan maklumat dan memahami info sebenar isu Lynas ini].
Share:

6 ulasan:

  1. yea ke dok mu ni bahar weh..kawe kenal deme tu sape..

    BalasPadam
  2. Kalau tak bahaya pasai apa tak buat kilang kat Australia je..

    BalasPadam
  3. klu stakat nk komen tp x nk tunjuk identiti baik x payah kritik...

    BalasPadam
  4. Ruangan komen ni untuk komen artikel, bukan nak komen pengkomen. BAHLOL!!

    BalasPadam
  5. orang yang buat loji nuklear kat fukushima dulu pun kata projek tu tak bahaya..

    BalasPadam
  6. c'mon lah.
    takde benda yang tak bahaya kan?
    yg pentingnya apakah tindakan strategik (jangka panjang) kita untuk mengurangkan risiko terbabit.

    kalau ikutkan semua benda bahaya, amik spm kalau score tak seberapa pun bahaya, bina sub-station TNB tu pun bahaya, longkang besar tepi rumah pun bahaya dan road bumper tu pun bahaya.... kan kan kan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.