KUANTAN, 13 April - Sidang Dewan Undang Negeri Pahang yang berlangsung semalam bergegar dengan kemarahan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob akibat tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang menyarankan supaya projek "Lynas" dibatalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. ADUN berkenaan ialah YB Pang Tsu Ming (foto), yang menjadi wakil rakyat kawasan Semambu. Beliau dikatakan telah dimarahi oleh Adnan, gara-gara bertindak mahu "mendahulukan rakyat" dalam isu ini. Pang Tsu Ming adalah salah seorang wakil rakyat BN yang turut hadir dalam Taklimat Awam Lynas yang mencetuskan kontroversi di Komplek Dagangan Indera Mahkota minggu lalu. Tidak dapat dipastikan bagaimana insiden ini boleh bermula, namun difahamkan MB Pahang itu kecewa dengan sikap pemimpin MCA terbabit yang tiba-tiba mahu menjadi "juara rakyat" untuk menyebelahi golongan yang membantah projek ini. Difahamkan Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat "satu sen pun untung" sepanjang 12 tahun projek Lynas beroperasi (tiada cukai) di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Makanya, apakah kewajaran mereka untuk meneruskan projek berkenaan, sedangkan rakyat kini terus memberontak mahu ia dibatalkan. Malah, tindakan MB mengherdik wakil rakyat BN sendiri yang mempertahankan kehendak rakyat itu jelas sekali satu tindakan biadap yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin yang kononnya membela rakyat. Jika inilah keadaannya, maka menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Pahang untuk menolak UMNO BN dan menunjukkan jalan keluar buat MB Pahang dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa untuk berubah kini nampaknya sudah semakin tiba. Marilah Kita Mendahulukan Rakyat !
[Jika beginilah caranya, maka ternyata sangkaan beberapa pihak bahawa memang terdapat rundingan "under table" yang menyebabkan "wang pelincir" telah berlaku dalam projek ini. Soalnya, siapa yang menerima dan meluluskannya. Rakyat tidak mahu menyalahkan pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia (EALB) dan lain-lainnya. Mereka tidak bersalah kerana terpaksa mengikut arahan pihak atasan. Kesalahan kini terletak dibahu pemimpin politik yang membawa masuk projek ini serta mengarahkan ia diluluskan tanpa memikirkan nasib rakyat. Kini sesuatu harus dibongkarkan demi kehidupan rakyat pada masa akan datang. Projek ini mesti dibatalkan segera. Sudahlah ia berbahaya, malahan ia juga tidak mendatang keuntungan kepada sesiapa dalam tempoh 12 tahun baik Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Kepada ADUN Semambu YB Pang Tsu Ming, jika beginilah caranya pemimpin BN memerintah maka eloklah anda letak jawatan dan kembali bersama rakyat sekarang. Apa ditunggu lagi, kini sudah terbukti laungan "Rakyat Di Dahulukan dan Tradisi Membela Rakyat" langsung tidak diedanhkan oleh mereka. Jom Turun dan bela rakyat kamu sekarang!].
[Jika beginilah caranya, maka ternyata sangkaan beberapa pihak bahawa memang terdapat rundingan "under table" yang menyebabkan "wang pelincir" telah berlaku dalam projek ini. Soalnya, siapa yang menerima dan meluluskannya. Rakyat tidak mahu menyalahkan pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia (EALB) dan lain-lainnya. Mereka tidak bersalah kerana terpaksa mengikut arahan pihak atasan. Kesalahan kini terletak dibahu pemimpin politik yang membawa masuk projek ini serta mengarahkan ia diluluskan tanpa memikirkan nasib rakyat. Kini sesuatu harus dibongkarkan demi kehidupan rakyat pada masa akan datang. Projek ini mesti dibatalkan segera. Sudahlah ia berbahaya, malahan ia juga tidak mendatang keuntungan kepada sesiapa dalam tempoh 12 tahun baik Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Kepada ADUN Semambu YB Pang Tsu Ming, jika beginilah caranya pemimpin BN memerintah maka eloklah anda letak jawatan dan kembali bersama rakyat sekarang. Apa ditunggu lagi, kini sudah terbukti laungan "Rakyat Di Dahulukan dan Tradisi Membela Rakyat" langsung tidak diedanhkan oleh mereka. Jom Turun dan bela rakyat kamu sekarang!].






dear all
BalasPadamitulah taraf MENTERI BESAR UMNO PAHANG, slogan bukan main sedap 'Rakyat didahulukan' tapi pada realiti habuk pun tadak....
juara rakyat la katakan..mb oh mb..ke mb dah tersepit.yelah tanah gebeng tu sape punyer yer..dah terbeli tak kan nak juai semula kot weh..tu la masa mula nak beli tak ingat kat rakyat..susah sgt ke nak explain kat rakyat pahang ni..
BalasPadamwa ada ingat ah..ini mb tak dak pikir guna kapala tapi dia guna dia punya kapala lutut
BalasPadamnak tau pasal apa puak2 ni bekeras bior jd projek ni..
BalasPadam1.puak2 ni dah bahan duit beratus2 juta masa awal2 lagi perjanjian dgn lynas ni dibuat.
2.puak2 ni pikir buatlah kut mana pun rakyat pahang ni marah sekejap je,pas tu bila ngundi dema ni pangkah dacing jugakkk.rakyat pahang mcm lembu kena cucuk hidung..puak2 ni kata.
jaga2...sandiwara mca dan mb utk menutup mata rakyat dan mengurangkan tekanan....
BalasPadammung hok kabo org pahang lembu tu,,,anok pahang jati ke...setakat merempat kt pahang ni nok kate org pahang lembu..mung balik negeri mung
BalasPadamcuba dedahkah sape kontraktor yang dapat projek bina kilang lynas.. confirm orang umno! cuba buat kajian dan statistik orang melayu yang berada dan kaya di malaysia.. confirm 99% ada kena mengena ngan barisan nasional..
BalasPadamJangan nak membodohkan Melayu..
BalasPadambiar aku yg jwb hok ni....
1. Cerita 16 sept.. Fakta: seramai 34 ahli parlimen, termasuk Pak Lah sendiri dah bersetuju untuk bergabung.Paling ramai dari Sabah dan Sarawak..
Ingat tak pada masa tu semua ahli parlimen Malaysia di bawa lari ke Taiwan dan mereka telah dipaksa menandatangani satu perjanjian sulit yg memaksa mereka stay dgn BN..
2. Soal sumpah laknat niy soal agama.. menurut Ulamak.. Anwar tak perlu bersumpah.. so buat apa dia bersumpah..
3. ni satu lagi kenyataan bangang.. Soal DNA. DNA anwar kan dah ada sejak dia ditahan 1998 dulu.. ini semua kerja nak menipu rakyat..
4.Anwar melenting sebab Datuk Johari dah kasi tau yg geng datuk 'T' mengaitkan video tu dgn anwar.. siap offer duit lagi suruh lompat parti..
begini je la.. kalau betul Anwar dlm video tu kenapa pada masa tu tak panggil Jais atau Polis tangkap Anwar.. lagi cun... ni nampak sgt ada unsur jahat dah memfitnah Anwar..
soal Twitter tu takpayah aku jwb.. PKR dah jawab dah sebelum ni..
5 dan 6. kes 1998 dulu Anwar dipenjara bukan kerana kes liwat dan mahkamah memutuskan Anwar dihukum 6 tahun kerana kes menyalah guna kuasa.. pada masa itu telah terbukti bahawa kes liwat ini adalah fitnah semata2..
Soal Chandra dan Ezam, Zulkifli Nordin (Zul Bisul - Bila nak bayar hutang??) lari dari Anwar tak payah la nak jawab.. ko pun tau kan..masyukkk...
Aku nak nasihatkan kau.. jgn la nak bodoh kan org Melayu dan pakcik makcik Felda lagi.. cukup lah dah 50 tahun Umno buat semua tu.. kasihan la rakyat yg menderita dgn kenaikan barang dan kos sara diri skrg... 'JANGAN BUAT NEGARA NI MACAM
Selagi anjing2 UMNO yang memerintah akan punah ranah lah negara ni.
BalasPadamSenang cakap, buatlah lagi solat hajat banyak2 biar cepat Tuhan tunjukkan bukti KEBENARAN, KESUCIAN, KEBERSIHAN dan KEJUJURAN Anwar. Kita cuma berasa bimbang akan ada nanti pihak yang tuding jari bahawa terdapat 'konspirasi' antara Tuhan dan BN (atau sekurang-kurang antara 'kerajaan langit' dengan UMNO) untuk memfitnah dan menjahanamkan Anwar. Kita tidak akan, diulang TIDAK AKAN terkejut kalau masa itu nanti barulah Anwar dan para pendewanya menutut diadakan suruhanjaya diraja.
BalasPadamorang cite pasal LYNAS cai2 bodo cite pasal anwar ..menggong..tu la mkn duit rasuah byk sgt..ati jd itam..takut tk pasal2.
BalasPadamAnon 7.29.00 kau punya hujjah tak berapa kuat nak di percayailah, tak kan kau tak tau budaya masyarakat kita memang kita mempercayai sumpah, contohnya perkara mudah kalau nak masuk kerja government pun kita kena bersumpah, tapi tidaklah seberat seperti sumpah laknat. Dan bersumpah tu besar kesannya kepada individu terbabit, sekiranya sumpah laknat tu bohong makan akan datang bala menimpa si pelakunya, so kesimpulannya siapa yang telah bersumpah dengan nama Allah menafikan sesuatu perkara yang tidak benar dituduh kepadanya dan dia masih sihat walafiat maka masyarakat kita percaya sumpah tersebut benar dan kita mempercayainya 100%. Tu lah uniknya budaya melayu Islam di Malaysia ni. kalau Anwar bersumpah laknat di Mesjid, semua rakyat Malaysia percaya dia adalah di pihak yang benar. Sebab tu kami orang2 kerdil ni nak di bersumpah sebab kami nak undi PR masi PRU13 nanti.
BalasPadamAku cadangkan: Kick Lynas out of Pahang. Kick BN out of Wisma Sri Pahang. Selamatkan Pahang dari kezaliman BN. Ubah sebelum parah. Sesiapa sokong cadangan aku, sila taip: NO TO BN.
BalasPadamada ahli undangan pahang nak jadi hero dan jagoh dipahang ,ke ada pakatan tertentu dengan bangsa dia ?kumpulan ini terdiri orang suka komplain saja nak buat jalan kampong pun tak mampu .cakap kata kat orang sedaplah esok kena batang hidung sendiri baru tau.
BalasPadamApa punya BANGANG. 'kerajaan Pahang tak dapat satu sen pun'. yg dapat MB(menteri BANGANG)
BalasPadam