script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRN Sarawak: Lagi Bukti PM Najib Razak Semakin Terdesak, Veteran "Sarawak Border Scouts" Pula Mendapat Habuan RM600 Ribu Selepas 41 Tahun

BA’KELALAN, 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM600,000 kepada veteran pasukan perbatasan, Sarawak Border Scouts (foto), yang pernah berkhidmat menjaga sempadan Sarawak-Indonesia sekitar tahun 1960-an. Setiap veteran atau waris akan menerima RM3,000, kata Najib pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Ba’Kelalan. "Bantuan ini sebagai menghargai jasa Border Scouts dalam menjaga keamanan di kawasan sempadan sewaktu Malaysia baru mencapai kemerdekaan,” kata Najib. Beliau berkata, sumbangan ini akan disalurkan melalui Kementerian Pertahanan sedikit masa lagi. Terdahulu, ketibaan rombongan Perdana Menteri diberi sambutan meriah kira-kira 2,000 penduduk Ba’Kelalan. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ba”Kelalan Willie Liau.

[Sungguh prihatin dan baiknyer Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan PM Najib Razak. Ke mana sahaja beliau pergi sekarang ini pasti duit akan ditaburkan. Kenapa selama ini jasa mereka dilupakan, terutamanya ketika dia menjadi Menteri Pertahanan dulu. Kenyataan Najib kononnya bantuan diberikan bagi menghargai jasa Border Scouts menjaga keamanan di kawasan sempadan sewaktu Malaysia bari mencapai kemerdekaan. Masalahnya, tahun 1960 itu Sarawak bukanlah sebahagian daripada Tanah Melayu. Malaysia hanya ditubuhkan pada 16 September 1963, maknanya Border Scouts ketika itu tidak berada dalam Malaysia lagi. Maka itu tahniahlah kepada Najib atas keprihatinan ini. Semoga beliau tidak "gila meroyan" bila melihat rakyat Sarawak sedar mereka diperalatkan ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak sekarang ini. Walhal selama ini nasib mereka dilupakan dan kebajikan mereka dipinggirkan!].

Share:

19 ulasan:

  1. Baguslah dia bagi nampak jugak dia mampu bagi..bukan orang lain..org Srwk jugak...ni PR dok janji dgn air liur jek buat pe??Kalau PR yg menang..pengundi pulak tertelan air liur nyesal x sudah...sbb satu sen pun x dpt rasa...

    BalasPadam
  2. bagus lah dia tabur duit..tapi jangan lupa lepas ni siapla dengan semua harega barang akan lagi...hu,hu,hu.rakyat jugak yang didahulukan

    BalasPadam
  3. bagus lah dia tabur duit..tapi jangan lupa lepas ni siapla dengan semua harega barang akan naik dan naik lagi...hu,hu,hu.rakyat jugak yang didahulukan

    BalasPadam
  4. bagusla dia tabur duit, kalau PR yang tabur duit, abis satu dunia kecoh PR rasuah pilihanraya. makhluk UMNO BN ni mane tau undang2. die punya pengikut die lg haprak. konon pandai la, tp apa pun tarak. ptuih!

    BalasPadam
  5. pr ni takat boleh "ptuih" je la apa yg bn buat. itu je la yg mampu selain buat janji palsu. bnyk mana janji dlm manifesto pr masa pru12 dulu & bnyk mana dah tunai? pr ni duplicate bn jugak. tp pd nilaian aku, bn ada la janji yg ditunaikan. pr, ceh! pahit!!!

    BalasPadam
  6. rakan semua,jgn lupa sb pmbgkg kuat la dpt semua ni.cuba klu bn kuat,xkan merasa punya

    BalasPadam
  7. Sokong anon 5:54. BN masa pilihanraya nilah nak tabur duit lepas pilihanraya tgk lahnasib rakyat semua. Semua barang akan naik sbb nak cover balik apa yang dah bagi. Cuba2 belajar daripada Selangor. Pemimpin yang bijak akan sentiasa menghargai rakyatnya. Bagilah peluang PR takdbit serawak selama sepenggal. Pastu bolehlah nilai tgk.

    BalasPadam
  8. PUKIMAK UMNO..... KERANA UMNO MELAYU BERTERABUR

    BalasPadam
  9. usin pecacai umno.

    duit yg ditabur bukan duit bapak dia . itu duit pembayar cukai la puaka.. kenapa bangang sangat usin ni?

    carilah cara lain kalau nak menang PRN!

    BalasPadam
  10. Kesian orang macam Usin,nampak sangat rendah IQ nya.Orang macam ni je lah yang masih mengagung-agungkan Umno,tanpa Umno orang bodoh memang tak berguna langsung.Berapa tinggi pelajarannya Usin ni, berapa banyak duit dia ada, berapa pendapatan bulanan dia agaknya?.Aku rasa tak seberapa,mungkin hanya seorang kontrektor kelas F kecil-kecilan.Kata orang sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya.Jadi dari ulasan-ulasan orang yg bernama Usin ni,aku buat kesimpulan dia memang IQ rendah.

    BalasPadam
  11. jangan kena tipu lagi, dah beratus juta dia cakap nk melabur kat serawak, apa pun takda.

    sekarang veteran perang ni pulak kena auta, abis pilihanraya menang atau kalah, semua yg diwarwarkan akan dimuziumkan sahaja, benda2 macamni dah lama berlaku diMalaysia

    BalasPadam
  12. Mintak tuan punya blog cek balik fakta. Jangan nampak bodoh semata-mata nak mengampu pemimpin parti sendiri.

    Tulislah dengan fakta bukannya emosi.

    Sarawak Border Scouts (SBS) ditubuhkan di Sarawak iaitu salah sebuah negeri dalam Malaysia. Jika veteran perang lawan komunis boleh dapat duit kerajaan, kenapa WIRA PERANG ZAMAN KONFRONTASI TAK BOLEH DAPAT???

    Jangan terlalu jumud dengan keSemenanjungan anda. Ambil berat nasib rakan-rakan anda di Sarawak. Jangan nak sebunyikan fakta semata-mata nak mencacai.

    http://sas.narfed.com/Borneo.htm

    BalasPadam
  13. Ntah le najib ni.....dia jaga betul pengundi kat luar...aku ni tinggal kat parlimen pekan ... lampu jalan takde ... internet tak de coverage .. siaran tv tak berapa nak jelas ..... TM nak pasang talifon pun mcam nak tak je... coverage hand set lak paling cantik pun dua bar.... mungkin agaknya pasal kem tentera so dia buat dek je gan pengundi kat parlimen dia.....

    BalasPadam
  14. 16 April...
    Di Bumi Kenyalang
    Anwar akan sedar akan tinggi rendahnya langit.
    Anwar akan sedar betapa bumi Sarawak tidak hanya seluas padang bola.
    Anwar dan para perndewanya akan terpaksa menjilat balik segala kahak pekat dan air liur sendiri.
    Anwar akan sedar betapa rakyat Sarawak tidak sebacul dan sebodoh yang dia sangka.

    BalasPadam
  15. DAP akan memerintah serawak, padan muka hampa.....

    BalasPadam
  16. KALAU DAP LEH BANTU SEMUA RAKYAT SARAWAK///BAIK PANGKAH DAP DRP PANGKAH BN YG KUAT SONGLAP DUIT RAKYAT..UTK KAYAKAN ANAK BERANAK DEPA...AYUH TUMBNGKAN SARAWAK..JGN TUNGGU2 LG....AKU PUN BEKAS TENTERA GAK...DULU MENTERI PERTAHANAN KATA NAK KASI IMBUHAN MCM DUIT PENCENLA PADA ANGGOTA TENTERA YG TAMAT PERKHIDMATAN TAK SAMPAI 21 TAHUN...HAH...SEKARANG BRAPA LAMA MAU TUNGGU NAK DILULUSKAN...NAK TUNGGU MCM (SBS) BARU NAK KASI...MASATU USIA KAMI PUN DAH LANJUT MCM DEPA TU...INILAH JANJI2 SEKADAR JANJI PILIHANRAYA SEGERA...AKU DAH MELUAT DGN BN/UMNO NI....WPUN DULU AKU PERNAH BERJUANG MENENTANG KOMUNIS...SKRG APA YG AKU DPT...NAK SEKOLAHKAN ANAK PUN SUSAH BILA NAK MINTA BANTUAN...BEKAS TENTERA MMG DAIF..KALAU XCAYA BUATLA SERVEY TTG NASIB TENTERA MCM KAMI NI....OLEH ITU NYAHKANLAH KERAJAAN YG ADA SEKARANG...TUKARLAH KEPADA YG BARU..AGAR YG BARU INI AKAN LEBIH PRIHATIN KPD RAKYAT JELATA...

    BalasPadam
  17. Kalau BN menang itu kerana rakyat Sarawak bijak membezakan antara kaca dengan intan. Rakyat Sarawan tahu mana pilihan terbaik.

    Sebaiknya kalau PR kalah itu kerana PR memang didukungi dan ditunjangi oleh manusia-manusia yang BODOH, BACUL, GOBLOK dan TIDAK BERWAWASAN. Kalau pokoknya saja sudah bengkok, maka jangan hairan kalau bayang-bayangnya juga bengkok.

    BalasPadam
  18. Sila semak balik kenyataan Najib...beliau kata TAHUN 1960-AN...sekali lagi...1960-AN...dan BUKANNYA 1960...hahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.