script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Radioaktif Rare Earth Lynas Tidak Bahaya, Kenyataan Timbalan Menteri Itu Jelas Sekali Ikut Skrip Serta 'Kecewakan' Seluruh Rakyat Kuantan!

Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof bahawa a ktiviti yang dijalankan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng Kuantan adalah selamat sungguh mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Malah, beliau juga ada berkata "rare earth" yang diproses Lynas tidak membahayakan manusia kerana tahap keradioaktifannya adalah jauh lebih rendah daripada loji janakuasa nuklear. Alasan yang diberikan bahawa loji janakuasa nuklear bertujuan menghasilkan kuasa elektrik dari bahan nuklear, sementara kilang pemprosesan rare earth bertujuan menghasilkan bahan logam jarang ditemui daripada sumber galian yang turut mengandungi bahan galian radioaktif semula jadi. "Oleh itu, tahap keradioaktifan hasil sampingan dari kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan lebih kecil dari segi kuantiti serta keradioaktifannya, berbanding dengan hasil sampingan dari loji-loji janakuasa nuklear,” katanya menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah pada persidangan Dewan Negara semalam. Mohammed Najeeb ingin tahu sekiranya kementerian berkenaan berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynas Corporation untuk membina kilang tersebut. Kenyataan Fadillah ini jelas sekali sengaja menimbulkan kemarahan kepada rakyat Kuantan sebenarnya. Jika benar beliau berkata projek itu tidak berbahaya, maka eloklah Lynas dihantar ke Sarawak kerana negeri ini mempunyai kawasan yang lebih luas. Biar Fadillah tahu apa akan terjadi kepada rakyat di negeri kelahirannya itu 10 atau 20 tahun akan datang.

[Alasan dangkal yang diberikan kononnya tahap radioaktif Lynas rendah, adalah tidak wajar dan membuktikan beliau terpaksa mengikut skrip semata-mata. Ini kerana rendah atau tinggi ia tetap berisiko dan tidak wajar projek itu dibuat di negara ini. Jika tiada risiko kenapa Kerajaan Australia sendiri tidak membenarkan Lynas memproses rare earth di negeri mereka?. Kenyataan kononnya selamat, adalah bersandarkan kepada asas kajian pakar semata-mata. Namun, kajian pakar yang ada hari ini tidak semestinya sesuai untuk masa akan datang. Risiko bukan berlaku sekarang, tetapi untuk masa akan datang. Justeru itu, Fadillah tidak perlu menjawab sebegitu mudah untuk menutup kelemahan kerajaan yang meluluskan projek ini di Pahang. Rakyat akan terus bangkit membantah].

Share:

8 ulasan:

  1. Berani ke dia buat rumah dekat tempat tu?

    BalasPadam
  2. dah nama pun radioaktif.....rendah or xrendah radiasi xjd psoalan....sikit sikit , lama lama membukit...apa la susah sgt nk batal..dari xde penyakit, nk carik penyakit wtpe....

    BalasPadam
  3. kami semakin menyampah dgn umporno..semakin sewel perjuangannye.

    BalasPadam
  4. Umno bukan reti bab-bab radioaktif ni... Dia cuma pandai kebas duit rakyat, rasuah, bom org sampai berkecai, buat video seks, fitnah org dan yg seumpamanya.

    BalasPadam
  5. gini la weh...tak iralah org UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke...sama2 bangun dan protes terhadap pembinaan kilang rare earth ni. Ketpikan fahaman politik dan sama2 berganding bahu demi anak cucu kita nnt. Bersatu demi masa depan yg sihat. Sepatutnya perkara ini tak perlu campur tabgab politik jika tahap kesedaran dan kecaknaan rakyat berada di tahap yg tinggi berkaitan dengan isu2 begini. Bila bencana berlaku, tak kira awak org BN ke PR. Matanglah skit weyyyy...dok berjam-jam berfacebook boleh tapi utk mencari maklumat sebgini takde masa. Aloo bro...ketepikan sentimen politik, bangkit dan protes demi masa depan anak cucu kita...ada berani?

    BalasPadam
  6. aloo bro..dari politik lah mangkuk tu ada kuasa ..ada kuasa lah boleh buat itu ini bro..puncanya umngok.

    BalasPadam
  7. Tak kira sapa la, BN ke, UMNO ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke... sama2 la bantah projek ni demi masa depan anak2 kita..

    kita jangan taksub berparti je.. takde faedah pun...

    BalasPadam
  8. betul tu...koi sokong....kita ketepikan politik tapi sama2 bantah projek ini........TAPI yg buat masalah ini adalah kerajaan negeri pahang diketuai oleh UMNO/BN.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.