KUCHING, 6 April – Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) diiringi isterinya Siti Shorgayah Zaidin dan anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ke pusat penamaan calon bagi kawasan DUN Pantai Damai. Calon PKR Wan Zainal Abdin Wan Senusi pula diiringi Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyerah borang pencalonannya. Pertandingan bagi kerusi DUN Pantai Damai turut menarik calon Bebas, Suhaimi Selamat yang tiba di pusat penamaan calon pada 9.25 pagi. BN berdepan pertarungan tiga penjuru bagi DUN Padungan dan Bukit Lintang yang dikuasai pengundi Cina serta bakal ditentang seorang calon bagi kerusi DUN Pending.
Si Taib Mahmud Mungkir Janji Untuk Berundur
MUKAH - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pagi ini menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 di Dewan Suarah Mesra Mukah hari ini. Taib, 74, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.15 pagi selepas diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib. Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi yang juga Pegawai Daerah Mukah.
Bekas Timbalan Menteri Tanding Calon Bebas
Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin (foto), 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi. Salleh, diiringi isterinya Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong. Ditanya pemberita kemudian, Salleh hanya berkata, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan lambang kunci bagi mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Movement of Change Sarawak (MOCS). Proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri 16 April ini berlangsung selama sejam dan akan tamat pada 10 pagi.
Presiden PRS Lawan Calon PKD Di DUN Baleh
HULU REJANG - Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing tiba di Dewan Suarah Kapit setengah jam lebih awal dan menyerahkan kertas pencalonan untuk mempertahankan kubu kuatnya di DUN Baleh pada jam 9 pagi. Ini disusuli oleh lawan beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Bedindang ak Manjah.
Presiden SUPP Lawan Calon DAP Di DUN Piasau
MIRI - Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusi DUN Piasau, tiba pada 9.20 pagi di Dewan Suarah Miri untuk menyerahkan borang pencalonannya. Pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kong tiba lebih awal sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi dan menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding menentang Dr. Chan. Di Stadium Tertutup Miri, Datuk Lee Kim Shin daripada SUPP dan calon PKR Dr.Michael Teo Yu Keng tiba tepat 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka bagi kerusi DUN Senadin. Pada 2006, Kim Shin menang dengan majoriti 4,799 menewaskan calon PKR.
BN berdepan pertarungan tiga penjuru bagi DUN Padungan dan Bukit Lintang yang dikuasai pengundi Cina serta bakal ditentang seorang calon bagi kerusi DUN Pending. Muka baru daripada BN-SUPP Sim Kiang Chiok, pendatang baru daripada DAP Wong King Wei dan bekas wakil rakyat daripada PKR Dominique Ng (foto) menyerahkan borang masing-masing bagi kerusi DUN Padungan. Dominique, seorang peguam, bertanding sebagai calon Bebas. Beliau memenangi kerusi yang sama atas tiket PKR pada 2006 tetapi digugurkan oleh parti itu kali ini selepas PKR bertukar kerusi DUN Padungan bagi Bukit Lintang dengan DAP. Bagi DUN Bukit Lintang, tiga calon yang menyerahkan borang masing-masing adalah Sih Hua Tong (BN-SUPP), See Chee How (DAP) dan seorang calon Bebas, Soo Lina. Muka baru daripada BN dan pakar kardiologi Profesor Dr Sim Kui Hian daripada SUPP, dan calon DAP Violet Yong adalah dua calon yang menyerahkan borang mereka bagi kerusi DUN Pending.
Zulrusdi (PKR) Lawan Sharifah (BN) Di Petrajaya
PETRA JAYA - Penyandang daripada BN-PBB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan calon PKR Zulrusdi Mohamad Hol (foto) mengemukakan borang pencalonan masing-masing bagi kerusi DUN Samariang di Dewan Perdana SMK Semerah Padi.
Presiden SPDP Lawan Calon SNAP Di DUN Pakan
JULAU - Pemimpin parti komponen BN Sarawak, Datuk Seri William Mawan (foto) yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi DUN Pakan. Calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Jamal Abdullah @ Tedong ak Gunda merupakan satu lagi calon yang mengemukakan borang untuk bertanding bagi kerusi itu.
[Berita panas yang diterima ialah tentang pembatalan kemenangan calon PAS bagi kerusi N 15 DUN Muara Tuang diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud gagal menyerahkan butiran perbelanjaan pilihanraya pada 2008 lalu. Tapi.... Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah (foto) mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud. Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan. BOLEHKAH PENYATA DIBERI SELEPAS TAMAT TEMPOH PENAMAAN CALON DAN WAKTU BANTAHAN?. Nampaknya awal-awal lagi SPR sudah bermain "silap mata" dengan membantu UMNO BN dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Apakah kita yakin perjalanan selepas ini akan telus dan adil?. Rakyat kecewa dengan sikap SPR yang ternyata melanggar undang-undang pilihanraya itu]






Siapa yang tak kenal SPR.. Kompenan Barisan Nasional yang ke 14... selain PDRM., SPRM., ATM dan banyak lagi yang ehem-ehem..
BalasPadamkomen pendek akal, bebal..
BalasPadamPerangai babi negara mmg mcm tu.
BalasPadam