Trend artis menyertai parti politik nampaknya semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Paling menarik ialah selepas saja berita Bob Lokman mengisytiharkan diri menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS), tiba-tiba pula kita cuba dikejutkan dengan perkhabaran AC Mizal (foto) pula menyertai politik. tetapi, beliau tidak mengikut jejak langkah Bob Lokman sertai PAS. Dia lebih selesa memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya. Apa jua alasan yang diberikan oleh AC Mizal, namun ternyata keputusan dia mengumumkan untuk sertai UMNO itu adalah satu kesilapann besar dalam hidupnya. Malah, ramai melihat itu menandakan yang artis terbabit cukup selesa untuk terus bergelumang dalan maksiat yang selama ini dipelopori dan disuburkan oleh parti itu sendiri. Apa yang menarik antara Bob Lokman dengan AC Mizal ialah kedua-duanya "naik nama" ketika di Astro. AC Mizal menjadi Pengacara rancangan "AC Di Sini" dan kemudiannya "Akademi Fantasia". Manakala Bob Lokman pula adalah Pengacara "Teksi Tunai" dan juga menjadi pengkritik untuk rancangan realiti TV "Raja Lawak Astro" dan pernah juga bersama "Akademi Fantasia" sebelum itu. Cuma apa yang membezakan keduanya ialah Bob Lokman dulunya adalan Penulis Lirik dan Pencipta Lagu, sebaliknya AC Mizal pula adalah artis atau penyanyi ketika bersama kumpulan 4U2C satu ketika dulu. Namun, apa yang paling istimewa ialah selepas Bob Lokman berhijrah meninggalkan Raja Lawak 5 awal tahun ini, AC Mizal pula kembali ditawarkan menjadi Pengacara "Maharaja Lawak" yang sedang ditayangkan sekarang ini. Soalnya, apakah penyertaan AC Mizal dapat menggugat sokongan generasi muda kepada Bob Lokman?.

Salam keinsafan, dari kegelapan mencari kebenaran yang hakiki

Salam keinsafan, dari kegelapan mencari kebenaran yang hakiki
Daripada dua gambar di atas, jelas kita melihat kaedah bersalam itu sahaja sudah membuktikan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang haram mana yang tidak. Soalnya, apakah AC sedar semua ini?. Cicit Tok Kenali itu menyertai PAS dengan disaksikan oleh ribuan anak muda di Kedah. Namun, penyertaaan AC Mizal ke UMNO hanya disaksikan oleh beberapa kerat pimpinan sahaja. Apakah yang AC Mizal cari agaknya?. Ternyata beliau memang "mengejar dunia" dan akan terus karam dengan maksiat selepas ini. Tambahan pula menyertai UMNO bermakna dia bersedia untuk menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Malah sesuatu yang paling mengejutkan bila AC kata ada parti pembangkang yang menawarkan beliau jawatan tinggi sekiranya menyertai parti tersebut. Soalnya, parti mana yang mahukan orang seperti AC itu?. AC memang sesuai bersama UMNO dulu kini dan selamanya. Buat AC, memang sesuai sangatanda jadi "Maharaja Lawak UMNO" selepas ini.
[Kemasukan AC ke dalam UMNO tidak boleh disamakan dengan penyertaan Bob ke dalam PAS. Ini kerana wadah perjuangan itu jelas berbeza dan sama sekali berlainan hala tujunya. Oleh itu, penyertaan AC ke UMNO tidak lebih mahu mendapatkan "simpati" atas apa yang belum diperolehi selama ini. Umum mengetahui bahawa AC adalah seorang usahawan MLM yang sering menggunakan kelebihan namanya untuk mempengaruhi ramai orang. Malah hingga ke hari ini ramai ahli syarikat MLM AC masih kecewa dengan sikap artis itu. Ramai yang tertipu dengan konsep perniagaan yang dibuat oleh AC. Beliau bijak untuk mempengaruhi orang ramai dengan satu sistem yang jelas sekali menguntungkan dirinya. Mungkin dek kerana itu AC perlukan perlindungan, dan menyertai UMNO adalah salah satu darinya. Apakah beliau akan menemui jalan kebenaran dengan menyertai parti itu agaknya?. Semoga AC Mizal sedar apa yang beliau lakukan ini dan berani berhadapan dengan risikonya kemudian].

AC juga telah berbaik dan memohon sokongan dengan PERKASA.Plan pemasaran AC Kosortium itu memang bersifat "Piramid"...
BalasPadamSebab itu ramai tak dapat bonus lagi sehingga saat ini...
2 kembar beradik kongsi tarikh lahir
alamakkkk
BalasPadamsapa yg teringin ajak ac masuk pas atau pkr nihhh???
kahkahkah
ilang akal apa...
jantan ni elok masuk perkasam jer
pasal boleh juai gelang byk
kahkahkah
Biarlah si AC Mizal tu nak masuk parti politik mana pun. Janji tak kacau hidup aku sudah.
BalasPadamSemoga Allah memberi hidayat kepadanya nanti....masuk gapo janji PAS/PR akan menang PRU13 nanti....Takbirrrr!
BalasPadamPAS dah bungkus mbanyak kali prk dan prn ...jadi balaci dap....masih tak sedar diri....pigidah...
BalasPadamGiler ko...kang kalu tak salam kang marah lak "sahabat" kat dlm emsihir.
BalasPadamGiler ko...kang kalu tak salam kang marah lak "sahabat" kat dlm emsihir.
BalasPadamOK tak kisahla dia nk masuk Umno pun,org keadilan dgn Pas x rugi pun malah untung sbnrnya xde spesis mcm AC ni dlm PR.aku x bminat nk prejudis dgn AC dan Biz gelang beliau tp artis yg dlm line biz mmg tpksa pilih Umnopun utk kepentingan biz.esok klu PR memerintah plak tgk la Siti pun masu Pas,silap2 FasHa Sandha plak kawin dgn org Pas.secara peribadi aku dlm Biz wlpn meyokong PR tp tidak perlu terburu2 atau terlalu bterus terang dlm politik.dlm Biz byk pihak hati yg perlu dijaga.dgn keputusan AC dan Mamat Khalid join Umno pasti penyokong Pr x minat nk beli gelang ajaib atau pun menonton cite mengarut Mamat Khalid tu....
BalasPadamKalau tengok gambar2 tu....itulah sebenarnya tanda aras parti keris telanjang ni. Disokong pulak oleh penyertaan seorang manusia yang memang semua dah tahu benar dah latar belakang gelapnya itu. Sesuai benarlah tu...ke mana dibuangnya taik, kalau tidak ke tangki taik jua!!!
BalasPadamAgaknya apa cerita kalau Bob masuk UMNO dan AC pula masuk PAS?
BalasPadam