script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Doa Rakyat Malaysia, Akhirnya Terbukti Pelakon Lelaki Dalam Video Seks "Datuk T" Yang Di Dedahkan Itu Comfirm Bukan Anwar Ibrahim

Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau. Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik adalah sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian. Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.” Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas. Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding.

Pantulan Bayang Pada Dinding Memusykilkan

Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang. Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding. Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan. Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya). Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang. Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan. Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu. Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat sembunyi atau melunturkan imejnya.

Perut Buncit Tetek Labuh Aksi Paling Melucukan

Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu. Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas kenapa video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar. Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube? Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat. Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur. Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak. Dan, biarlah siasatan itu telus setelusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.


Terbukti, perut buncit, tetek labuh dan bayang pada dinding jadi saksi
[Mungkin dek kerana berkat doa alim ulamak yang tidak suka isu fitnah menfitnah yang boleh meruntuhkan tamadun Melayu dan Islam ini, maka akhirnya satu persatu kebenaran itu didedahkan. Hasil pendedahan video seks di internet yang sepatutnya menjadi simpanan pihak polis (masih dalam siasatan, satu-satunya yang ada) telah menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa segala yang berlaku ini adalah konspirasi jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan politik Anwar. Malahan ia juga adalah bukti jelas UMNO BN mahu menarik sokongan rakyat agar terus mengundi mereka dalam pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Mereka mungkin berjaya di Sarawak, tetapi tidak dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana ramai dikalangan mereka yang sudah mula percaya kes liwat Anwar, kini menjadi keliru semula dengan isu terbaru ini. Malah, mereka juga mula sangsi dengan apa yang berlaku terhadap Anwar selama ini. Tambahan pula UMNO BN tersilap memilih pelakon utama untuk pendedahan video seks berkenaan (Rahim Thamby). Gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bangkit semula dalam PRU13 nanti. Kerajaan BN perlu bersedia untuk melihat lebih banyak kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang nanti].

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Share:

41 ulasan:

  1. Hidden camera biasanya sangat kecil(lens nya mungkin sebesar duit 5 sen atu lebih kecil) dan menggunakan bateri jadi ia tidak berkeupayaan utk merakam dlm resolusi tinggi mcm 1920x1080 Full HD.

    jadi imejnya adalah hitam putih dan biasanya menggunakan wide angle lens serta fix focus/tiada auto focus atau zoom. Itu adalah ciri-ciri hidden camera yg mana jika ciri-ciri sebaliknya,ia adalah CCTV camera (ccd/cmos besar,visual dlm warna,resolusi lebih tinggi dan mungkin juga mempunyai fungsi nightvision.. pun dlm hitam putih atau imej kehijaun).

    Dan apabila merakam menggunakan hidden camera/spy camera selalunya imej kan kelihatan terherot atau distort terutama di tepi imej.

    Contohnya pintu lurus menjadi melengkung,wajah atau fizikal manusia akan melengkung atau mengembang. Itu adalah kesan sekiranya menggunakan extreme wide angle lens.

    Siapa pengguna SLR berpengalaman pasti faham apa yang saya sedang saya cakapkan ini. saya harap kepada mereka yg tiada pengetahuan tetapi nak juga megulas isu yg sedang panas ini dapat sedikit ilmu yg tak seberapa ini

    BalasPadam
  2. haha.. kena usaha kuat lagi bro.. masih x cukup nih.. hohoho

    BalasPadam
  3. x yah la memandai nak buat keputusan sendiri kata video ni fitnah ke hapa.. meh kita sokong penubuhan suruhanjaya diraja.. biar pakar yg menentukan.. baru ngam!

    BalasPadam
  4. aku setuju gila babi ngan hujah anoy 1st komen .. logik dan tepat ..

    BalasPadam
  5. hahahaha... anonymous yang pertama comment tu dah ketinggalan teknologi selama 20 tahun kebelakanag...

    kalau sekarang ni, mata kamera sehalus jarum peniti tu pun dah ada dan boleh capture hingga 8 megapixel, siap boleh nak yang optical zoom atau digital zoom...

    tapi optical zoom lebih sikit harganya... dan kalau utk orang2 besar seperti anwar ni tak rugi utk melabur optical zoom...

    tapi kalau jenis nak menfitnah orang, memang sesuai sangat dengan specification jenis kamera yang anonymous tu nyatakan....

    BalasPadam
  6. Seandainya anda muslim... saya nasihatkan supaya dihentikan kenyataan bertujuan untuk membenarkan video fitnah lucah tersebut. Ulama2 Malaysia(termasuk mufti Perak) dah sepakat mengatakan HARAM menyiarkan video fitnah tersebut, maka semua usaha dan kenyataan kearah menbenarkan fitnah tersebut adalah juga haram. Kalau buat yg haram tu berdosa dan kalau dah tahu berdosa tapi masih diteruskan juga ..takut2 nanti jatuh fasiq. fikir-fikirkan.

    BalasPadam
  7. betul la anoy no 1 tu bg ilmu ttg kamera...secara x langsung tambah ilmu..dia x comment btl ke x imej tu cuma dia nyatakan ttg lensa...x salahkan

    BalasPadam
  8. Menteri yang sanggup utk membawa kekebinet berhubung dgn suruhanjaya ini bukanlah calang2 ustaz. Yg tok2 mufti dan persatuan ulama tu bukan tahu sangat pasal ugama tu!
    Menteri tu pun Islam juga, kawan! Tapi jenisnya saya tak dpt mengesahkan. Kalau ada di antara pembaca yg dapat mengesah maka di persilakan. Kita cuba dptkan biography nya.
    Selepas dpt semua data pribadinya sama2lah kita rekomen dia menjadi murshidul Am UMNO,merangkap ketua ugama kpd negara dan punahsihat utama
    Kemudian kita mintak najib pecat menteri ugama jamil khir dan timbalannya mak cik tah. begitu juga dgn peunahsihat2 agama kpd PM. Ada mereka pun bukan hendak menjlnkan hukum hakam tuhan, menjahnam tu ,ada lah.
    Jangan permainkan hukum tuhan nooh....
    Apa pendapat pembaca sakalian?

    BalasPadam
  9. salam semua.. Tak payah cerita pasal kamera la.. Aku nak tanya.. Hotel tu katne ekk?? Kokak betul anwar tu.. Pakai hotel 'tong nam ah' jer cam kat area pudu jer..
    Lagi satu.. Kalau la betul anwar.. Nape la agak2nya si director tak panggil pencegah maksiat.. Lagi kaw2 punya..

    BalasPadam
  10. Pernahkah dalam sejarah perut Anwar sebuncit itu dan tetek Anwar selabuh itu. Perut Najib mungkin ada sebesar itu....

    Itu sahaja dah cukup sebagai bukti bagi orang yang terbuka pikirannya.

    BalasPadam
  11. Dahlah... baik orang UMNO baik orang PKR atau PAS. Cukuplah. Jangan melarat kita bergaduh pasal video ni. Baik patuh pada pandangan ulama dan para mufti.

    BalasPadam
  12. masa tuduh rahim dulu x nak ikut pandangan mufti.. tak nak pulak nak tutup keaiban orang.. sekarang baru la nak pikir.. sebab kena kat batang hidung sendiri.. haha

    BalasPadam
  13. 1) Apa yang pening-pening sangat ni? Video tu boleh edit.

    2) Babak yg pertama tu mungkin Anwar tp scene tu diambil kat situasi yg berbeza.

    3) Babak yg kuar dari toilet dah bukan Anwar. Tu dah orang lain yg susuk tubuh mcm Anwar.

    4) Lepas tu, kedua-dua babak tu dicantumkan dengan kaedah clone effect. Guna Movie Maker pun boleh. Tak percaya cuba tgk kat sini --> http://www.youtube.com/watch?v=8bgZHc3hTr4&feature=fvwrel

    5) Lepas tu buat dalam keadaan hitam putih nak bagi nampak real.

    BalasPadam
  14. UMNO dan pemimpin mereka sudah tersilap langkah..Allah menentukan segalanya.
    Mereka silap kerana penerbit dan pengarah video ini adalah orang terpalit dengan bangkai babi.

    BalasPadam
  15. bagi org2 pr yg mmg pasti bukan anwar pelakunye senang aje minta wan azizah tunjukkan jam omega tu kenapa nak dalih2 lagi buat org2 lain tertanya2 betul ke tidak perlaku tu anwar. penyelesaian yg cukup mudah tak perlulah nak tangguh2 lagi

    BalasPadam
  16. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    BalasPadam
  17. orang umno mana dia paham Firman Allah, yg mereka paham duit, ringgit, rupiah, rial, dollar, bath, spot toto, megnum, 4D paham la..

    BalasPadam
  18. Fikir fikir Bodoh benar anwar nk buat keje tu bila pergerakkan nya sentiasa di sekor dan di rakam.
    Haahahahh.unless they got something up their sleeves

    BalasPadam
  19. Memamg anwar bodoh. Siapa kata anwar tak bodoh?
    Anwar memang bodoh dan cuai (ceroboh kata orang Indon). Kalau Anwar tak bodoh dan cuai, kisah 16 September tidak akan, diulang TIDAK AKAN masuk carta teratas 'jenaka dan penglipur lara' Malaysia.

    Anwar memang pandir. Kalau Anwar tak pandir, title Anwar kini adalah YAB Perdana Menteri Malaysia dan bukannya BABI (Brother/Badut Anwar Bin Ibrahim)

    Anwar memang BODOH dan PANDIR. Kalau Anwar tak BODOH dan PANDIR, tidak akan ada ruang untuk ANWAR terlibat dan terjebak dalam kemelut yang menjahanamkan diri sendiri.

    BalasPadam
  20. kalau ayat komen berbunyi SUDAHLAH UMNO,PAS,KEADILAN JGN DOK BERDEBAT LAGI KES VIDIEO SEKS INI..." sudah pasti ini kepuak umno sebabnya... mereka2 ini sudah mati kutu,lutut menggeletar mungkin juga sudah ada yg terkencing di dlm seluar disebabkan apa... kebenaran akan muncul yg terianya pasti akan terbela. UMNO hantar peluru alih2 peluru pulak makan tuan. Mudahan sempat mengucap wahai kepuak umno gila seks.

    BalasPadam
  21. Gambar untuk orang berusia 64 tahun bila tak berbaju memang sepadan. Senang je nak menafikannya, Anwar boleh bersumpah, kalau dia tak nak suruh Nurul dan Azizah bersumpah bahawa waktu rakaman video tu dia ada di rumah dan tunjuk jam omega tu bersama siriel number dia, habis cerita, orang semua akan percaya tanpa banyak soalan.

    BalasPadam
  22. Lagi satu hal. Kenapa takut sangat dengan penubuhan Surruhanjaya Diraja? Kalau dalam kes2 sebelum ini yang dia berkepentingan, beriya-iya saangat mahukan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Sekarang pula remehlah dan apa-apa alasan yang dangkal. Daar manusia pengecut.

    BalasPadam
  23. Ngape kes video ni sibuk sgt nak rujuk mufti, dulu kes liwat 1, mufti bisu je! ,aku ambik gambar kambing buat sex guna hset cap ayam pong clear.

    BalasPadam
  24. GEMPAR....wan azizah mengamok di rumah dan minta cerai! harap penjilat nuar boleh jawab...

    BalasPadam
  25. mari mane pulok ni,cerita w.azizah ngamok ni,mufti kata klau org munafik bawa cerita kena siasat dulu,harap2 jgn munafik ya

    BalasPadam
  26. Entah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.
    Semalam, Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” berpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini. Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila di tanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
    Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
    Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum. Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
    Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
    Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu. Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
    Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar semalam. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit. Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
    Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya? Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? Sampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
    Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
    Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim. Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
    Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri. Sudah dilantik menjadi TPM, Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!

    BalasPadam
  27. WAN AZIZAH tak munafik ker??

    BalasPadam
  28. Laa... Rupenya Wan Azizah Tak Tahu Jam Omega Tu Limited Edition.
    Mamposss.... wan azizah sampai la ni masih tak dapat buktikan jam omega anwar tu pada wartawan walau pun dia kata jam tu ada dalam simpanan dia. hari tu dia meracau-racau bila ada seorang wartawan cina mintak dia tunjukan jam tu, menggelupur beruk dia beb...


    Pada mulanya wan azizah cukup confident yang dia boleh membuktikan jam omega ada dalam simpanannya, tapi setelah dia tahu, jam omega tu bukan jam biasa, dia dah start menggelabah, pada aku secara logiknya, kalau betul la jam tu ada di tangan dia, dah tentu, tak payah wartawan tanya, dengan rela hati wan azizah tayang jam tu pada wartawan, senang cerita dah tentu-tentu datuk eskay dia boleh chekmate.

    Difahamkan jam omega tu adalah limited edition, pemberian kerabat raja saudi, bentuk jam tu berlainan dengan jam omega yang ada di jual di kedai. jadi memang sah wan azizah tak mampu cari ganti kat mana nak beli jam yang serupa macam yang datuk eskay serahkan pada polis. wan azizah pun silap, tapi ye la kan dia mana nak tau nak jadi macam ni, sepatutnya dia ambik gambar jam tu dulu, bila jadi kes macam ni, apa susah-susah pi je la tempah yang baru ye tak?

    Maka itu sebapnya lah sampai la ni, anwar tak balik lagi ke semenanjung, dia dok pening kepala apa nak jawab kat wan azizah dan aku di fahamkan wan azizah pun turut datang ke kuching tapi tak jumpa dan duduk pun satu hotel dengan anwar.

    BalasPadam
  29. Anon 11:13
    Jam tangan Omega boleh dibeli kat mana2 pun..kat petaling steet ..yg tak ori (macam kamu) lebih murah. kalau terus nak cakap pasal jam Omega...jelas manusia ni dari jenis bangang bin Bahalol.
    Anon 11:14
    Wan Azizah TAK Munafiq... ada faham??? Orang yg menuduh muslimah tu munafiq atau membayangkan muslimah tu minafiq (menerusi "???") adalah fasiq. fikir2-kan.
    Untuk belaci2 murahan umno, tlg baca petikan dibawah baik2 seandainya anda seorang muslim yang patuh kepada ajaran islam.
    -------------------------------
    Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh “Datuk T” yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.
    Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”
    “Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,” katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.”
    Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan “keraguan” yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi.

    BalasPadam
  30. QUOTE :

    "Anonymous said...
    GEMPAR....wan azizah mengamok di rumah dan minta cerai! harap penjilat nuar boleh jawab..."

    Friday, April 08, 2011 9:54:00 AM

    Kau fikir CSI tak boleh cari kau ke kalau tak letak nama? every posting yang ada kat dalam ni boleh track by IP number. so. bersosial secara normal dan terbuka. jangan memfitnah dan mengutuk. nak ikut orang orang tak guna buat apa? tentukan time vote nanti. kat sini pun dah boleh nampak. Fitnah. dan belum terbukti.

    BalasPadam
  31. tanyalah wan azizah sendiri...dia tahu semuanya

    BalasPadam
  32. Apakah kalau ditunjukkan jam olih Wan Azizah, blogger,penyokong UMNO dan orang2 yng ragu bersumpah utk tidak lagi hidup dgn fitnah memfitnah? Dan setrusnya kita bersosial secara Ilmiah.
    Tolong jawab!
    Tiba masa persoalan ini akan di letupkan.

    BalasPadam
  33. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

    "Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari."

    Antara tanda-tanda dunia hampir kiamat
    - Fitnah bermaharajalela.
    - Orang yang benar dianggap salah, orang yang salah dianggap benar.
    - Lahirnya pemimpin2 yang zalim.
    - Cakap orang fasiq dipercayai, cakap orang beriman tidak dipeduli.

    BalasPadam
  34. Ya.... hari Jumaat yang mulia ni pun ada yang sibuk menyalak sebar fitnah dan merapu kat sini. Agaknya ada habuan dari bos kot.

    BalasPadam
  35. DEPA XDE CARA LAIN DAH..NAK MENJATUHKAN ANWAR...ORG2 UMNO/PEMIMPIN MEREKA NI DH TAKUT NGAN NUAR...SBB TU MCM2 FITNAH YG DTG DARI JUAK2 UMNO NI...pilihanraya serawak bantai cukup2 pd puak2 umno dan BN...

    BalasPadam
  36. Sarawak adalah fixed deposit UMNO BN.

    BalasPadam
  37. Aku memang mengharapkan sesangat lelaki bertuala tu bukan Anwar.Harap2lah bukan Anwar. Sembahyang hajat banyak2 lagi mendoakan itu bukan Anwar. Tetapi apa akan jadi kalau lelaki yg bertuala itu didapati sah Anwar. Kenyataan adalh kenyataan. Tak kiralah ada yg percaya ke tak. Dari feedback beberapa wartawan yg sdh menonton video itu, lelaki bertuala itu aktif semacam, tk sepadan dgn usia org yg berumur 60an. Maka hebat sungguh lah Anwar, kalau itulah Anwar. Tapi aku masih mengharapkan itu bukan Anwar. Sebagai org islam keaiban org lain mesti dilindungi.

    BalasPadam
  38. Dah tengok video singkat sebagai introduction, gaya jalan, mimik muka, saiz badan dan semuanya memang saling tak tumpah serupa Anwar. Agak sukar nak menidakkan. yang lelaki seorang lagi tu yang acted as a bapa ayam tu memang confirm Dato S. Dia buat kerja dia dengan dedikasi sekali agar boss puashati. Agak-agak Dato S ni memang close dengan dia dan berpengalaman mengatur segalanya.

    BalasPadam
  39. Confirm Anwar. Orang kurang akal saja yang masih tergamak menafikan.

    BalasPadam
  40. Kalau sudah mentaliti penzina, sampai hujung nyawa pun akan tetap berzina. Lebih2 lagi penzina tegar yang 'serba boleh' (depan bisa belakang bisa). Manusia seperti ini mungkin hanya berhenti berzina apabila sudah terbaring di liang lahad dan mulut sudah penuh berisi tanah.

    BalasPadam
  41. ...Confirmed orang umno metality lucah dan porno dak tak dapat hidayah. kesian melihat roh dalam jasad orangumno ni yg bakl di seksa di alam barzakh dan akhirnya roh dan jasad tu dilemparkan ke jahanam dan kekal di dalamnya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.