script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Lynas Akan Lawat Kilang Tersebut Di Gebeng Khamis Ini

JOHOR BAHRU, 7 Mei - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant dijadual mengadakan lawatan ke lokasi kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang Khamis ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (foto) berkata dalam lawatan itu nanti PSC akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat untuk mengetahui lebih dekat permasalahan mereka berkaitan projek Lynas. "Kita juga akan meneliti segala isu berkaitan termasuk pencemaran, kesan radioaktif dan perkara lain bagi memastikan ia selamat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia (TS1M) di Pasir Gudang, dekat sini, semalam. Mohamed Khaled berkata perkara itu akan diteliti secara mendalam selain mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik daripada pakar berkaitan dalam bidang berkenaan. Sehingga kini, katanya jawatankuasa itu telahpun mengadakan mesyuarat bersama pihak kementerian serta agensi yang terlibat dan hasilnya akan dibentangkan di Parlimen sebelum diedarkan kepada rakyat. Mohamed Khaled turut melahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang enggan sertai jawatankuasa itu sedangkan segala perolehan maklumat dilakukan dengan kajian saintifik. "Kita berbeza dengan PSC Berhubungan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya kerana ia memerlukan hasil kajian saintifik dan tidak boleh mengambil jalan tengah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak. "Jadi saya tidak faham kenapa mereka tidak mahu terlibat dalam usaha mencari fakta sebenar," kata beliau.

[Khaled Nordin memang seronok bersuara kerana kilang Lynas tidak berada di negerinya. Bayangkan jika kilang itu didirikan di Pasir Gudang?. Apakah beliau berani bersuara?. Menuduh pembangkang tidak sertai PSC merugikan kerana ingin mencari sumber yang tepat dalam isi Lynas adalah satu kenyataan dangkal menteri berkaitan. Umum mengetahui, PSC yang ditubuhkan oleh parlimen hanyalah untuk menutup segala kelemahan yang ada dan dalam masa yang sama akan menolak segala idea dan pandangan daripada wakil pembangkang. Inilah yang terjadi ketika PSC berkaitan penambahbaikan pilihanraya baru-baru ini. Suara wakil pembangkang dianggap sebagai minoriti dan tidak penting. Ini membutkikan mereka menubuhkan PSC Lynas juga adalah bagi menutup kelemahan yang ada. Kunjungan sehari PSC Lynas ke kilang terbabit dan bertemu rakyat sebenarnya hanyalah satu kerja "buang masa". Ini kerana, apa yang ditakuti oleh rakyat adalah "sisa buangan" rare earth yang bakal terhasil selepas ia diproses nanti. Maka, kunjungan PSC itu hanyalah untuk mendengar kenyataan dari pihak Lynas yang sudah pasti akan mengatakan ia selamat kerana mereka sudah melaburkan berbilion ringgit untuk projek tersebut].

Share:

4 ulasan:

  1. tak faham faham rakyat tak lynas tak payah lah beriya iya panggil PSC. BATALKAN SAJA.

    BalasPadam
  2. aku faham ada pro ada kontra. yg aku tak faham, penulis ni degil nak mampos. agaknya dari kecik makan batu & kayu je kot. langsung tak pakai dah ckp sapa2 yg bukan dari pas, pkr dan dap. ari tu, mp pas ahli sains nuklear ckp pun kena bantah jugak. sebabnya dia ckp benda betul yg tak selari dgn pembangkang. lynas ni isu politik ke isu persekitaran? aku nak sikit nasik cap kayu ko tu, nak rasa jugak. biar aku ikut keras kepala...

    BalasPadam
  3. Fakta dan relitinya PAS dan PKR adalah sampah, diulang SAMPAH yang hanya menunggu masa untuk dibuang ke tapak pelupusan sampah. Majoriti rakyat Malaysia dah tak sabar nak tunggu PRU13.

    BalasPadam
  4. Faktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.