script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Debat, Khairy Dakwa Pakatan Tidak Yakin Jana Ekonomi Maka Itu PTPTN Mahu Dihapuskan

SHAH ALAM, 23 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka. "Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian malam tadi. Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang. Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang. Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000. Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu. "Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. "BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," katanya.

[Kenyataan Khairy ini pastinya mengundang kemarahan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, baik yang berada di dewan mahu pun yang mengikuti debat malam tadi di rumah masing-masing. Namun, Khairy punyai hak untuk keluarkan pendapatnya. Secara tidak langsung beliau berani mengeluarkan hujjah tentang sesuatu isu yang kini sedang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat. Apak yang pasti, hujjah yang dikeluarkan oleh Khairy biar pun tidak dapat diterima oleh penyokong Rafizi, namun ia jelas sekali menggambarkan kematangan Ketua Pemuda UMNO itu dalam mempertahankan sesuatu isu. Kini, hanya rakyat dapat menilai siapa yang patut menjadi pemenang dalam debat itu sebenarnya].
Share:

20 ulasan:

  1. seriously? kelakar bila khairy mentioned pasal beban peminjam ptptn yg di blacklisted kan, tapi kenapa shahrizat 7 tajudin ramli di lepaskan begitu sahaja?
    khairy mengelak dari menjawab itu.

    BalasPadam
  2. ralat - bila RAFIZI mentioned pasal beban pelajar ptptn yg di blacklistedkan.

    BalasPadam
  3. tak ada cara dah nak published diri, moga terpilih lagi jadi calun, kena lah tunjuk, tetapi jawapan tak konsisten, tak payah lah debat dgn puak umporno ni.

    BalasPadam
  4. elok juga tu ada debat-debat. saya masih tertunggu-tunggu kalau-kalau ada debat antara pok nik dan kapal pusing soal hudud.

    BalasPadam
  5. Mamat seekor ni mana reti pasal pinjaman....dia belajar pun kat luar Malaysia dan free semua...Mana dia boleh faham masaalah ini...!!!!Itulah berketuakan orang kaya...mana pernah makan ubi rebus..!!

    BalasPadam
  6. Bodohlah menantu Pak Lah ni, org cerita pasal teruk peminjam PTPTN yg diburu seperti penjenayah, kroni Umno dilepaskan. Apa kena mengena pulak tak yakin ekonomi berkembang? Yg kata kalau tak bayar negara muflis tu, ekonomi berkembang ikut mana pulak.

    Tu lah, hanya pertaruhkan keberanian berdebat tetapi tak mampu nak berhujah. Adalah sesekali menghentam peribadi. Tetapi nak selesaikan beban kpd pelajar mmg Umno kemandulan idea

    BalasPadam
  7. Mak bapak ko lagi sepuluh kali lebih bodoh kerana mendidik ko jadi makhluk bodoh bacul tak reti diajar.

    BalasPadam
  8. anon 12.33, celupar sangat mulut anda, inilah anutan umporno, lain yg kita hujjah , mak bapak kita di kutuknya. memang lah umporno mendidik penyokong nya mcm sedara ni, sehingga mereka mengajar transformasi tonggeng punggung,dan menghalalkan carutmaki keatas musuh politik, berlapangdada lah syeikh.

    BalasPadam
  9. Alahai anon Wednesday, May 23, 2012 1:01:00 PM....
    Anda kata kita mulut celupar... apa masalahnya? 'ulama tersohor' anda kata tuhan pun pandai mencarut, tak jadi hal pula...? Lebih teruk lagi parti anutan dan pujaan hati anda pula menghalalkan 'PERSETUBUHAN HARAM' dengan kafir dan musuh Islam, anda suka pula bukan kepalang! Parti anda mengajar pengikutnya menjadi SAMPAH merusuh mengganggu ketenteraman awam, menganjur dan menyokong amalan seks songsang, kenapa anda boleh terima?

    BalasPadam
  10. BERLAPANG DADA SYIEKH, ULAMA KITA MENDASARI ALQURAN DAN SUNNAH, ITU RUJUKAN NYA BUKAN HUKUM AKAL, DAN PAS DENGAN TAHALUL SIASI NYA BERSEPAKAT, TAK ADA BEZANYA DENGAN UMPORNO YANG TIDOR SEBANTAL DENGAN MIC, MCA DAN YG LAIN2, MEREKA BUKAN KAFIR KE?. ISLAM ADALAH SUATU AGAMA YG UNIVERSAL, DAN PAS TAK PERNAH MENYOKONG PERKARA MUNGKAR, TETAPI UMNO TERUS DGN BUKIT JUDI, DAN BERBAGAI2 LAGI KEMUNGKARAN SEHINGGAKAN ORG BUKAN ISLAM TIDAK MENGHURMATI ISLAM KERANA BUDAYA YG DI BAWA OLEH UMNO, CONTOH TONGGENG PUNGGUNG,KACAUGANGGU MAJLIS ORANG. MEMFITNAH DAN YG BESAR NYA TIDAK MENDASARI ISLAM DLM PERLEMBAGAAN, FIKIR2 KAN LAH SEDARA, MAAF KALAU MENYENTUH PERASAAN ANDA, TETAPI JGN BERMAIN DGN PERSEPSI, AMBIL YG REALITI.

    BalasPadam
  11. Antara mahathir dengan khairy..mahathir lebih bodoh dari khairy..!!!

    BalasPadam
  12. Anon Wednesday, May 23, 2012 6:09:00 PM...
    Bukan PERSEPSI tetapi REALITI apabila anda dan parti anutan anda telah gagal menegakkan benang basah selama lebih 50 tahun. Bukan PERSEPSI tetapi REALITI bahawa yang terbaru parti anutan anda sekali lagi telah gagal menegakkan kampit kosong dalam siri PRK Tenang, Kedau, Galas, Merlimau, Hulu Selangor, Batu Sapi dan PRN10 Sarawak. Dan bukan PERSEPSI tetapi REALITI bahawa benang basah dan kampit kosong parti anutan anda bakal menghuni tapak pelupusan sampah dalam PRU13 nanti!

    Anda boleh terus bermain sambil berhibur dengan PERSEPSI murahan anda, tetapi REALITINYA anda BUKAN dan TIDAK lagi bersaing dengan BN, sebaliknya anda berperang dengan rakyat. PAKATAN HARAM VS BN pada PERSEPSINYA, namun PAKATAN HARAM VS RAKYAT pada REALITINYA.

    Pesanan buat anda... Jangan sampai ketaksuban kepada individu dan kumpulan tertentu menyebabkan anda terlupa dan alpa menjunjung langit di mana kaki berpijak. Dan jangan pernah lupa bahawa bumi tempat berpijak ini tidak hanya seluas padang bola!

    BalasPadam
  13. masa bapak mertua kamu jadi pm.kemain belagak nak mampus kau KJ.sekarang kojol lah kamu.tp takpe kau dah jutawan cukup lah makan 10 keturunan

    BalasPadam
  14. masa kamu jadi TPM kemain belagak nak mampus kau Anwar. sekarang kojol lah kamu.tp takpe kau dah jadi badut tersohor, cukup2 la MEMBADUT tu wahai BADUT!

    BalasPadam
  15. Kalau UMNO dan BN tak menipu lama dah BN ni bungukus. Aku ahli UMNO juga tetapi dah lama hati tak berkenaan dengan UMNO ni sejak mereka menggunakan PATI untuk mengekalkan kuasa. Pengkhianat dan petualang negaralah orang-orang Ameno dan Be End ini.

    BalasPadam
  16. Sah anda adalah spesis makhluk yang meletakkan otak di lutut, namun saya harap anda bodoh dan bacul bukan kerana anda dilahirkan dan didik oleh seorang ibu/bapa yang juga sama bodoh dan bacul macam anda. Tapi saya sama sekali tak hairan kalau anda diperbodoh dan diperbaculkan oleh pemimpin senteng otak dan terencat akal pujaan hati anda.

    Cubalah buka sedikit kotak fikir dan minda anda. Sekiranya BN benar menipu, PAKATAN HARAM tidak akan mampu dan berpeluang menawan Kedah, Selangor, Penang dalam PRU12 lepas.

    Untuk PAKATAN HARAM anda....
    Harrrkk tuihhhhh!

    BalasPadam
  17. sifir mudah dah nyata umno menipu org melayu ....hapuskan segera dimuka bumi ini

    BalasPadam
  18. Sekarang orang Melayu Pakatan menipu diri sendiri,berkerjasam dgn DAP utk menegakan Buku Jingga,apa yg ada dalam buku jingga pun mereka tak tahu.Dalam isu PTPTN ini adake DAP berbunyi menyokong janji Anwar nak hapuskan PTPTN?. tidak sekali-kali.Kerana DAP langsung tak sudi memberi biasiswa kepada jenis Melayu bodoh,bagi mereka biasiwa hanya utk orang ceredik ia itu mejoritinya dari gulungan mereka.Sebahgian besar Melayu hnya mendapat cgpa 2.5 itu pun boleh masuk U kerana ada koata.

    Melayu jangan berangan nak bisiswa,bukan ke yg bayar cukai banyak dari orag Cina.Kekayaan negara ni di cipta oleh orang Cina ,bukan Melayu pemalas macam kau orang yg hanya tahu berpolitik je ,sokong pengamal LGBT dan ualam sesat seperti Nik Aziz.Dalam hati LKSdan LGR sedkikit pun mereka tak huramt Wak sodo dan pok nik ni,mereka hanya berkawan utk mendapat kuasa.Tengok apa yg berlaku pada Tunku Aziz ,beliau ni 10 kali lebih hebat dari Wak Sodo dan Pok Nik dari kaca mata DAP tapi,bila bercanggah dgn mereka ,sorry out.Macam mana Melayu yg menulis lintang pukang di sini,ada nilai ke pada DAP nanti?.

    BalasPadam
  19. hidup!!!! melayu UMNO dengan ketaksuban, fitnah,mencarut , Maki hamun dan mudah percaya pimpinan yg mengharamjadahkan rakyat sendiri, dan menuduh org hanya dgn membaca utusan meloya dan tv3suku, buka minda tanpa pembangkang dah lamA malaysia tergadai ke APCO. hidup!!!!melayu umno dengan mengampu bodek. kerja malas. projek dapat sub ke bangsa asing tak dapat projek heboh satu malaysia...

    BalasPadam
  20. PR nak mansuhkan PTPTN sbb nak bagi pendidikan percuma itu pun xfaham ke bodoh dan bangang betul lah rakyat pencacai ni, nak bg pendidikan percuma pun xma masih nak pinjam dan nak byr nhtah lah bengong punya org.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.