script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Umumkan Kerjasama Dengan China, Najib Sengaja Memalukan MB Pahang Serta Mahu Rayu Undi Kaum Tersebut Pada PRU13 Ini Sebenarnya!

KUANTAN, 9 Mei - Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto), bahawa kerajaan bakal memperincikan kaedah dan usaha mewujudkan lokasi tapak perindustrian khas, iaitu Malaysia China-Kuantan Industrial Park (MCKIP), di Gebeng seluas 640 hektar di sini dalam masa terdekat, berikutan jalinan bersama Wilayah Naning, di China. Usaha itu sebagai lanjutan kepada persetujuan membabitkan kerajaan Malaysia dan Republik China, membangunkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) selepas majlis pecah tanah disempurnakan pada 1 April lalu oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatnya, Wen Jiabao. “Lokasi ini sebagai sister industrial park dan kedudu­kan Pelabuhan Kuantan juga menjadi titik penting dan dekat dengan wilayah tersebut. “Setakat ini kita sudah bertemu dengan bakal pelabur yang juga sebuah syarikat besar dan mereka menunjukkan minat membangunkannya,” katanya di Kuantan. Najib berkata demikian semasa aktiviti Bersantai di Taman Gelora, semalam sempena program tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) 2012 baru-baru ini. Persoalannya sekarang, kenapa ia di Gebeng dan apa motif Najib umumkan perkara demikian sebenarnya. Apa yang jelas, terdapat dua motif Najib berwar-warkan perkara itu sekarang. Pertamanya, beliau mahu membutkikan kepada orang Cina kononnya kerajaan tiada masalah dengan "kaum terbabit" selepas melihat mereka bangkit membantah isu Lynas secara besar-besaran sekarang. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa kerajaan tidak menganaktirikan pelaburan dari negara terbabit seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak selepas kontroversi Lynas. Bagi Najib, mungkin dengan cara ini sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan kembali pulih dengan pengumuman yang telah beliau buat itu.

Najib Mahu Malukan Adnan Yaakob Sebenarnya

Keduanya, Najib sengaja mahu memalukan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yang mengaitkan kononnya orang Cina yang menentang projek Lynas di Gebeng itu kemungkinan besar mendapat kerjasama dengan Asia Pasifik China Chamber Of Commerce. Adnan berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan seorang rakyat Australia di pejabatnya beberapa bulan yang lalu. Dalam wawancara iu, Adnan tanpa usul periksa dengan berani membuat kenyataan seperti berikut "Saya telah buat sikit kajian dan saya perhatikan dalam dunia sekarang ini bahawa tanah jarang (rare earth) buat masa ini dikeluarkan dengan banyaknya oleh negara China. Negera Cina mengawal hampir 97% pasaran tanah jarang ... dan Amerika Syarikat punyai rizab yang besar iaitu 13 juta matrik tan . Buat masa ini pengeluar terbesar ialah negara China .. dan kita harus ingat, China mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat teratur yang mempunyai struktur yang baik melalui Asia Pasifik China Chamber Of Commerce... Itu sebab kita dapat lihat di Malaysia, terutama di Kuantan mereka yang menentang terdiri daripada ramai pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan orang Cina, dan kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa ada kerjasama yang mungkin tidak diuruskan secara rasmi, tetapi kerjasama dengan dasar tahu sama tahu..... dan kita dapat lihat rata-rata di Kuantan ini yang menentang ialah orang-orang Cina. Kita rasa yakin ada kaitan ...." Sila rujuk video dibawah sebagai bukti kukuh berkenaan dakwaan yang dibuat MB itu.


Wawancara ini membuktikan Adnan membuat tuduhan melulu terhadap Cina

tanpa membuat kajian terperinci impak yang berlaku kepada BN sebenarnya

[Makanya, tindakan Najib itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Adnan selaku Menteri Besar Pahang sebenarnya. Tambahan pula, kini Najib membayangkan akan menukar MB Pahang dengan yang baru sekiranya BN masih terus berkuasa di Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Apa yang penting, rakyat harus sedar dengan permainan politik kedua-dua pemimpin ini. Mereka kini sebenarnya sudah terjerat apabila kajian menunjukkan lebih 80% kaum Cina terutamanya di Pahang kini akan menolak UMNO BN gara-gara isu Lynas. Langkah terbaik ialah cuba mengeluarkan kenyataan dan isu berkaitan projek dengan China, supaya kaum Cina akan menyokong mereka. Padahal, merekalah yang membuat provokasi keterlaluan yang mengaitkan kononnya Cina menentang Lynas kerana dengki projek itu dimonopoli oleh kontraktor berbangsa Melayu dan sebagainya. Inilah yang dimainkan oleh pemimpin UMNO bagi membuat tuduhan melulu terhadap rakyat yang membantah projek tersebut sebenarnya. Justeru rakyat perlulah sedar dengan permainan politik licik mereka ini. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan segala omongan kosong mereka hendaknya]. Lagi Info Klik SINI
Share:

3 ulasan:

  1. Tidakkah MB Pahang selalu pergi China semenjak duamenjak nih? Bertujuan berjumpa pelabur disana utk dibawa ke Pahang? Jika begitu, MB Pahang tu berperanan penting jugalah dlm realisasikan perjanjian itu. Mungkin selepas ini, ada pula pihak nak nak cuba sabotaj supaya pelabur china tak jadi datang utk kuatkan isu anti-Lynas? Mungkin jugak tu.

    BalasPadam
  2. Bila dia pergi?? tunjuk bukti!! itu je standard otak kamu. ingat kami bodoh macam kamu.

    BalasPadam
  3. kamu pn bodoh juga.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.