script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang


KUANTAN - Kegagalan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk beroperasi di Pahang mungkin menjadi satu 'tragedi' memandangkan kilang itu merupakan pelaburan perintis bagi negara Australia di Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.

"Lynas amat penting buat kami kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada Australia mahupun Malaysia.

"Oleh itu, kami mahu memastikan ia dapat terus berkembang dan mencipta banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik lebih banyak syarikat gergasi Australia lain datang melabur di sini.

"Jika operasi kilang Lynas ini gagal, berita ini pasti tersebar ke seluruh Australia dan pastinya syarikat-syarikat besar yang pada mulanya berminat tidak lagi mahu membuat pelaburan di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Lynas adalah satu kesilapan merugikan Rakyat pahang dan menguntungkan golongan tertentu ada ahlil politicians yang flep flop dlm issue Lynas sedarlah baik pajak je pahang itu lebih memudahkan perlu faham bila pelabur mengugat ugut itu sudah jadi sesuatu yg nonsense dimana leluhur bumi berdaulat selama ini adakah ianya sesuatu yg rhetoric hahaha hahaha hahaha hahaha p/s bila najib bermain seluruh Alam buana melayu terkena hahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.