KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) – Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keputusan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Cheras yang disandang sejak 1998 dan sekali gus keluar UMNO, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata senario dan landskap serta percaturan politik masa kini dan persekitaran Malaysia baharu memerlukan pendekatan yang lebih realistik dan berpijak di bumi nyata.
"Saya terpaksa memilih laluan berbeza, merintis jalan berlainan arah dengan mengambil keputusan keluar dari UMNO bagi meneruskan kesinambungan perjuangan saya," katanya dalam kenyataan di sini mengenai tindakannya meninggalkan parti yang didukungnya selama lebih 40 tahun.
Syed Ali adalah anggota terbaharu UMNO yang bertindak keluar parti selepas dua nama besar parti iaitu Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian baru-baru ini.
Syed Ali pernah menjadi Anggota Dewan Negara. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan