script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Mahathir: 'Anwar Akan Jadi Perdana Menteri, Itu Janji Saya'


NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

“Itu adalah janji saya," kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria.

Dr Mahathir berkata, beliau setuju menjadi Perdana Menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.

“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai Perdana Menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.

“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.

“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu," katanya.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mahu perdana menteri baharu tetapi Anwar masih dalam penjara ketika itu.

“Rakyat mahu Perdana Menteri baharu, bukan Perdana Menteri lama ini, tetapi pada masa itu mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau pun tak boleh menerajui parti.

“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan," katanya.

Mengenai usaha memerangi rasuah, Dr Mahathir berkata keutamaan adalah memastikan pemimpin adalah bersih.

"Jika pemimpin rasuah, tak mungkin kita dapat menghentikan rasuah daripada menular.

“Dalam setiap negara akan ada rasuah pada tahap tertentu tetapi matlamat kita ialah untuk mengekang rasuah pada tahap minimum dan ini dilakukan dengan apa yang kita panggil kepimpinan melalui teladan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, kerajaan serius dalam mengenakan sekatan terhadap anggota Kabinet, termasuk Perdana Menteri.

“Mereka semua dikehendaki mengisytiharkan harta dan pendapatan. Mereka akan diperhatikan bukan oleh ahli politik tetapi pegawai.

“Kami melakukan apa saja yang termampu untuk mengurangkan atau menghapuskan rasuah.

“Pada masa ini, rakyat berasa yakin bahawa kami menghentikan rasuah buruk yang menjadi amalan kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.