KUALA LUMPUR - Idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) tidak releven dan tidak pernah dibincang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan terus kekal dengan parti gabungan sedia ada iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Warisan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Keputusan kita dalam PH untuk membolehkan kita melonjakkan ekonomi, menyusun negara. Jadi tidak berbangkit cadangan lain, kita tidak pernah berbincang, keputusan kita kekal dengan PH.
“Tidak ada cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO, bagi saya ia tidak relevan untuk dibincangkan. Kita komited dengan PH, tidak perlu apa-apa perbincangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Wacana dan Pelancaran buku tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) hari ini.
Tambah beliau, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu juga menolak pembentukan kerajaan perpaduan tersebut.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, UMNO adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan dan berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk “kerajaan perpaduan” dengan mana-mana parti PH tidak lama lagi.
Tambah Zahid, walaupun UMNO tidak menetapkan tempoh tertentu, parti itu berharap ia dicapai menerusi persetujuan bersama.
"Kami terbuka (tubuh kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
"Perundingan dengan mana-mana parti tidak ada tempoh atau had masa kerana sesuatu keputusan memerlukan persetujuan sepenuhnya pihak satu lagi," ujarnya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan