script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Ketua Menteri Melaka Serahkan Borang Sertai Bersatu !


MELAKA -  Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menyerahkan borang pemohonan untuk menjadi anggota seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi.

Ketua Srikandi Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman berkata penyerahan borang itu disaksikan beliau dan beberapa pemimpin parti yang lain di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin dekat sini.

"Malam tadi sudah isi dan serah borang, saya sendiri yang daftarkan secara atas talian borang beliau (Mohd Adib). Diharap beliau dapat membantu saya mengukuhkan Bersatu di Jasin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata borang permohonan Mohd Adib telah diserahkan kepada Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Adib menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.