script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pasangan Suami Isteri Nyaris Maut, Kereta Terbakar Di Bangi !


BANGI - Tindakan pantas pasangan suami isteri keluar dari kenderaan yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue di sini malam tadi.

Kereta jenis Proton Satria Neo yang dinaiki mangsa, Erman Mahrilar, 43, bersama isterinya musnah 70 peratus akibat kebakaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 9 malam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.03 malam.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, seramai enam anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

“Setibanya di lokasi tersebut, kami mendapati kereta berkenaan sudah terbakar dengan api yang sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

ambahnya lagi, mangsa dikatakan menyedari sesuatu tidak kena di kereta miliknya apabila melihat asap keluar dari bahagian enjin kereta berkenaan.

“Setelah ternampak asap tersebut, mangsa terus memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta bersama isterinya. Tidak lama selepas itu api semakin marak yang menyebabkan orang awam menghubungi balai bomba.

“Disebabkan mangsa dan isterinya sempat keluar dari kenderaan mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran pula masih lagi dalam siasatan,” ujarnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.