script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lelaki Yang Di Buru Kerana Kes Samun Di Premis Dobi Di Tahan


SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan kes samun pelanggan dobi layan diri, kedai serbaneka 24 jam dan kedai runcit di sini pada minggu lalu berjaya ditahan di Juru, Pulau Pinang semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Balkhis Abdul Halim.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, kes samun tiga premis itu dianggap selesai dengan penahanan suspek tersebut.

Polis pada Khamis lalu menahan suspek utama kes berkenaan berusia 21 tahun dan isterinya berusia 32 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.