script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terpalit Rasuah, Peluang Zakaria Menang Jawatan Kian Berliku


BERA: Peluang Ketua PKR Cabang Bera, Zakaria Abd Hamid untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu kini berhadapan dengan laluan sukar apabila dia dikhabarkan terpalit dengan skandal rasuah baru-baru ini.

Zakaria bakal ditentang oleh Haji Abbas Awang pada pemilihan parti itu kali ini. Lawan beliau bukan calang-calang orang, malah  amat dikenali dan mempunyai pengaruh yang besar di Bera sebenarnya. Kes ini pasti akan mempengaruhi pola pengundian pada pemilihan cabang itu nanti.

Zakaria yang juga merupakan calon PKR bagi kerusi parlimen Bera pada PRU14 lalu dilaporkan membuat tawaran berupa sogokan rasuah dengan menjanjikan imbuhan dan projek untuk mendapatkan undi. 

Laporan SPRM telah dibuat oleh Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Razak kelmarin.Ia membabitkan Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Kerja Raya yang kini disandang oleh Zakaria.



Zakaria dikatakan cuba menyogok pemimpin-pemimpin tempatan PKR di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu berkaitan pemilihan parti itu. Diamemaklumkan bahawa dia akan mendapat peruntukan sebanyak RM300,000 daripada sebuah kementerian lain dan bakal mendapat peruntukan daripada satu lagi kementerian untuk diagih-agihkan kepada pemimpin-pemimpin setempat

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada pemilihan PKR kali ini, Zakaria turut bertanding jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). 

Isu ini sedikit memanaskan kempen calon dan menimbulkan keresahan kepada semua pihak. Apapun, segalanya terletak ditangan SPRM dan pucuk pimpinan tertinggi PKR sekarang. 

Sekiranya terbukti bersalah, maka seharusnya Zakaria akan diambil tindakan dan kelayakan untuk dia bertanding kedua-dua jawatan itu pasti gugur. Ini bermakna laluan Zakaria untuk menang jawatan parti pada kali ini nampaknya kian berliku.


Ini akan memberi tamparan hebat kepada "team Azmin Ali" dalam usaha memastikan beliau menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Zakaria dipercayai orang kuat Azmin dan sudah pasti ia akan merencatkan sedikit kempen mereka itu sebenarnya. 

Apa pun, biarkan mahkamah yang tentukan sama ada beliau bersalah atau pun tidak.#PDO
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.