script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ikon Fesyen, Wak Doyok Dan Hassan Mahmud Sertai Amanah !


TEMERLOH - Ikon fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor hari ini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) walaupun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu kerap dilihat menghadiri program-program yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi kempen keanggotaan parti itu sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah yang berlangsung di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Turut diumumkan menyertai parti itu termasuk tokoh pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Sementara itu Wak Doyok, 39 yang berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini merupakan anggota parti PAS sejak 1997 lagi.

"Namun saya mula berminat menyertai menyertai Amanah setelah melihat ia lebih terbuka dan memperjuangkan konsep Islam untuk semua sehingga ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu menyertainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya menerusi penglibatan di dalam parti itu, beliau berharap dapat memperjuangkan kebajikan ekonomi golongan belia sesuai dengan perlantikannya sebagai ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia sebelum ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.