Ianya merupakan langkah permulaan bagi penubuhan Menteri Besar Incorporated yang bakal menjadi badan utama dalam memacu pembangunan, pengurusan aset serta pelaburan Negeri Pahang.
Selain daripada itu, PIC juga ditubuhkan sebagai 'One-Stop-Centre' kepada 40 anak syarikat milik Kerajaan Negeri.
Dengan meletakkan syarikat ini dibawah satu bumbung, saya yakin ini dapat memudahkan Kerajaan Negeri untuk memantau prestasi berdasarkan KPI yang telah ditetapkan disamping memberikan khidmat nasihat kepada mereka untuk membuat pelaburan yang betul dengan pulangan yang menjanjikan keuntungan.
Diantara fungsi-fungsi lain Pahang Investment Corporation (PIC) adalah:-
1. Mengenalpasti sektor-sektor baru untuk dibangunkan.
2. Memastikan tiada pertindihan fokus perniagaan sesama syarikat GLCs melalui pengasingan perniagaan.
3. Memastikan setiap GLCs berdaya-saing untuk menjana pendapatan yang kukuh dan berterusan kepada Kerajaan Negeri.
Antara yang pihak terkesan melalui penubuhan PIC ini selain daripada syarikat GLCs dan Kerajaan Negeri sudah semestinya rakyat Negeri Pahang setelah GLCs ini dikemaskini dan distrukturkan.
Semoga penubuhan Pahang Investment Corporation (PIC) ini memberi manfaat kepada rakyat dalam langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi Negeri Pahang, #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan