PULAU PINANG - Kejutan berlaku di Balik Pulau apabila majoriti ahli - ahli cabang berkenaan memilih Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan hari ini.
Menurut keputusan yang diperolehi sebentar tadi, Rafizi meraih 596 undi berbanding 200 oleh yang diperolehi penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, Nurul Izzah Anwar menerima undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden dengan 627 undi diikuti Datuk Johari Abdul sebanyak 286 undi.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berada di tangga ketiga menerusi 272 undian diikuti S.Kesavan (227).
Sementara itu, Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan sebagai ' orang kuat Azmin' sekadar meraih 176 undi diiikuti Tian Chua sebanyak 167 undi. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan